ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 01, 2024 -Rabu

 
  OGFICE MENYEDIAKAN BANTUAN PENDIDIKAN KEPADA INDONESIA, MALAYSIA, DAN TIMOR TIMUR MELALUI PROGRAM TAHUN KEWANGAN 2015 MEREKA

Wednesday 30/03/2016



Bantuan diberikan kepada Asia Tenggara dan wilayah lain dalam bidang pendidikan,  ahli akademik, sains dan teknologi melebihi 457 juta yen untuk tempoh 24 tahun

OSAKA, Jepun, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Osaka Gas bagi Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa (OGFICE) telah mengumumkan peruntukannya bagi bantuan pelajaran kepada Indonesia, Malaysia, dan Timor Timur melalui program bantuan yang dilengkapkan pada tahun kewangan 2015. Termasuk jumlah bantuan fiskal tahun ini sebanyak 26.77 juta yen, yayasan itu telah menyediakan sejumlah 457 juta yen dalam bentuk bantuan untuk sepanjang tempoh 24 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1992.

Osaka Gas mewujudkan OGFICE pada tahun 1992 untuk mengukuhkan persefahaman bersama di antara Jepun dan negara-negara pengeluar gas asli seperti yang terletak di Asia Tenggara.

Dalam tahun kewangan ini, yayasan itu menyediakan sejumlah 15.65 juta yen dalam bantuan kepada Indonesia dalam bentuk geran sekolah untuk peralatan pendidikan, biasiswa bagi 400 orang pelajar, geran penyelidikan, geran latihan, dan bantuan lain. Daripada jumlah ini, geran penyelidikan telah diberikan kepada tiga buah universiti, termasuk Universiti Indonesia, untuk digunakan dalam penyelidikan dalam bidang tenaga dan alam sekitar.

Bantuan latihan diberikan kepada dua pelajar lulusan Universiti Indonesia untuk pengajian jangka pendek di luar negara bagi bahasa Jepun*1, dan di samping 14 kakitangan dari Universiti Terbuka terlibat di dalam penyediaan bahan pendidikan telah diberikan dengan latihan untuk membangunkan bahan pengajaran yang berasaskan media.

Bagi Malaysia, sejumlah 7.47 juta yen dalam bantuan telah disediakan, yang termasuk geran kepada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sarawak bagi bahan-bahan pendidikan, geran penyelidikan dengan Universiti Sarawak, dan biasiswa kepada 12 orang pelajar.

Untuk Timor Timur, sebagai tambahan kepada sejumlah 1.13 juta yen nilai biasiswa untuk 20 orang pelajar dari Universiti Nasional Timor Timur, dua orang pensyarah dari universiti yang sama juga diberi latihan jangka pendek di Jepun. Program-program ini, yang mewakili usaha berterusan oleh yayasan itu, diiktiraf sebagai aktiviti bagi satu inisiatif yang ditetapkan bagi "2012 - Tahun Persahabatan dan Keamanan antara Jepun dan Timor Timur," yang memperingati ulang tahun ke-10 Hubungan Diplomatik antara Timor Timur dan Jepun*2.

Yayasan itu berhasrat untuk terus melibatkan diri di dalam aktiviti yang bertujuan  menggalakkan pertukaran antarabangsa melalui bantuan pendidikan di kawasan seperti Asia Tenggara.

*1 – Sebuah program latihan bahasa Jepun untuk pelajar Universiti di mana yayasan itu menaja bersama dengan Yayasan Jepun.

*2 – Satu inisiatif dilaksanakan pada tahun 2012 untuk memperingati ulang tahun ke-10 mewujudkan hubungan diplomatik di antara Kementerian Luar Timor Timur dan Jepun.
 
Lampiran
Program Bantuan Tahun Kewangan 2015: Jumlah 26.77 juta yen
1. Sumbangan kepada Indonesia: 15.65 juta yen
 1)Geran peralatan pendidikan: 3.64 juta yen
     a.      Peralatan sukan, instrumen muzik, komputer peribadi, peralatan IT, dan sebagainya, kepada sekolah rendah, menengah rendah dan menengah tinggi, dan sebuah universiti di kawasan Bontang 
     b.      Bantuan pendidikan jarak jauh kepada Universiti Terbuka melalui geran peralatan pendidikan
     c.       Bantuan perpustakaan bagi kawasan Banda Aceh 
   
 2)Biasiswa: 5.03 juta yen bagi 400 orang pelajar
   a. Kawasan Bontang (pelajar sekolah menengah dan universiti)145 pelajar
   b. Kawasan Lhokseumawe (pelajar sekolah menengah)100 pelajar
   c. Universiti Mulawarman (pelajar universiti)60 pelajar
   d. Kawasan Banda Aceh (pelajar sekolah rendah, menengah rendah, menengah tinggi)65 pelajar
   e. Universiti Syiah Kuala (pelajar universiti)30 pelajar
   
 3)Geran ujian dan penyelidikan: 4.81 juta yen bagi 10 mata pelajaran
   a. Universiti Indonesia3 mata pelajaran
   b. Institut Teknologi, Bandung3 mata pelajaran
   c. Universiti Pertanian Bogor4 mata pelajaran
   
 4)Geran latihan: 2.17 juta yen bagi 16 orang pelajar dan kakitangan
     a.      Pengajian jangka pendek di luar negara bagi bahasa Jepun (2 pelajar graduan daripada Universiti Indonesia)
     b.      Program latihan pembangunan bahan multimedia (14 orang kakitangan fakulti daripada Universiti Terbuka)
 
2. Sumbangan kepada Malaysia: 7.47 juta yen
  1) Geran peralatan pendidikan: 530,000 yen
    Buku teks dan buku kepada 40 buah sekolah bagi pendidikan jarak jauh di kawasan Sarawak 
 
  2) Biasiswa: 3.24 juta yen bagi 12 orang pelajar
    Universiti Sarawak (pelajar universiti), 12 orang pelajar
 
  3) Geran ujian dan penyelidikan: 1.60 juta yen bagi 13 mata pelajaran
    Universiti Sarawak, 13 mata pelajaran
 
  4) Geran latihan: 2.10 juta yen
    Geran bagi kakitangan latihan mengajar dari sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak
 
3. Sumbangan bagi Timor Timur: 3.65 juta yen
  1) Biasiswa: 1.13 juta yen bagi 20 orang pelajar
    Universiti Nasional Timor Timur (pelajar universiti), 20 orang pelajar
 
  2) Geran latihan: 2.52 juta yen bagi 2 orang kakitangan
    Program pengajian jangka pendek di Jepun bagi dua orang pensyarah daripada Universiti Nasional Timor Timur
 
Satu gambaran keseluruhan bagi Yayasan Osaka Gas bagi Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa (OGFICE), boleh diperolehi di pautan berikut:
http://www.osakagas.co.jp/company/efforts/international/english/index.html

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51305210&lang=en

Hubungi
Untuk pertanyaan:
Yayasan Osaka Gas bagi Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa (OGFICE)
Wakil: Toru Yoshioka (Pengarah Eksekutif)
Telefon: +81-6-6205-4700
E-mel: ogfice-info@osakagas.co.jp


Sumber: Yayasan Osaka Gas bagi Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.