ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  PANAHOME MKH MALAYSIA MENAMBAHKAN NILAI KEPADA INDUSTRI PERUMAHAN MALAYSIA MELALUI PEMBINAAN BAHARU DAN PERNIAGAAN REKA BENTUK KEHIDUPAN

Wednesday 30/03/2016



Pelancaran 490 rumah teres di Maple @ Hillpark Shah Alam Utara menandakan projek sulung syarikat usaha sama itu di negara ini

 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 March (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PanaHome MKH Malaysia Sdn Bhd (PanaHome MKH Malaysia), sebuah anak syarikat disatukan milik PanaHome Corporation (PanaHome), akan menyediakan kedua-dua pembinaan (kerangka bangunan) dan Pakej Living Design (hiasan dalaman bina-dalam dan perancangan susun atur) untuk Maple @ Hillpark Shah Alam Utara, sebuah kompleks perumahan yang terdiri daripada 490 unit rumah teres dua tingkat yang merangkumi kawasan seluas 161,510m2. Ini menandakan penglibatan syarikat itu ke dalam perniagaan perumahan di Malaysia. Pembinaan bagi Maple @ Hillpark Shah Alam Utara bermula pada awal bulan ini dan dijangka siap pada Mei 2018. Projek lain dalam perancangan termasuk dua projek perumahan bangunan bertingkat – SAVILLE @ D’LAKE PUCHONG dan TEMARA KL.

Di Malaysia, keputusan pembelian hartanah biasanya melibatkan dua langkah – seorang pembeli akan membeli rumah daripada pemaju dengan kemasan dalaman yang minimum, dan kemudian secara berasingan melibatkan pereka dalaman untuk menyesuaikan pencahayaan serta perabot bina-dalam bagi kawasan seperti dapur, dan almari pakaian di dalam bilik tidur, menurut keutamaan dan bajet mereka. Peruntukan pembinaan PanaHome MKH Malaysia dan Pakej Living Design berfungsi sebagai penyelesaian sehenti bagi bakal pembeli, yang menawarkan satu kerangka bangunan dengan hiasan dalaman yang serasi.

Tiga teknologi PanaHome berkualiti Jepun yang akan digunakan:

  1. Kaedah pembinaan Dinding Konkrit Tuang Siap (W-PC) yang menggunakan bahan dan struktur pasang siap. W-PC disesuaikan untuk pasaran Asia bertujuan untuk menjaga kos di paras kompetitif. PanaHome telah membangunkan W-PC dengan memanfaatkan kepakaran pembinaan dan pengetahuan di Jepun. Berbanding dengan rumah-rumah yang dibina menggunakan kaedah tradisional, rumah1 pasang siap yang dibina di bawah kaedah W-PC melibatkan kerja-kerja yang kurang kompleks, memastikan rumah yang berkualiti tinggi dan, mengurangkan masa pembinaan dengan membina sebuah kilang sementara di tapak pembangunan. Di kilang sementara, komponen bahagian luar bangunan seperti kepingan lantai, dinding dan bumbung adalah dibuat dengan menuang konkrit ke dalam acuan keluli, kemudian dipasang melalui kren.
  2. Sistem pengudaraan PURETECH menapis habuk dan pencemaran udara, sekali gus mengekalkan udara segar dalaman untuk pemilik rumah. Penapis khas Air-Tech boleh mengeluarkan sehingga lebih 95% daripada zarah udara yang berbahaya.
  3. Selain sistem pengudaraan PURETECH, Pakej Living Design juga terdiri daripada sebuah pendingin hawa Panasonic yang cekap tenaga, sistem keselamatan rumah dan sistem penyimpanan dapur menjimatkan ruang akan disediakan untuk rumah-rumah teres di Maple @ Hillpark Shah Alam North. "Kajiraku2" sebuah konsep Jepun yang menggambarkan kecekapan aliran di dalam rumah akan diperkenalkan. "Kajiraku" memberi tumpuan kepada menyediakan penyelesaian melalui susun atur rumah yang direka bijak dan penggunaan ruang yang cekap yang membuat kerja rumah lebih mudah, dan pada masa yang sama meningkatkan ciri-ciri keselamatan  dan komunikasi di kalangan ahli keluarga. Syarikat usaha sama itu akan menyediakan Pakej Living Design untuk dua projek perumahan bangunan bertingkat tinggi akan datang - SAVILLE @ D’LAKE PUCHONG dan TEMARA KL.

1 Rumah pasang siap: sejenis rumah yang sebahagiannya atau sepenuhnya dibuat terlebih dahulu di kilang, dan kemudian, dipasang di tapak pembangunan di mana rumah itu akan dibina.

2 "Kajiraku" adalah tanda dagangan bagi PanaHome.

 

Syarikat itu akan meningkatkan nilai ruang kehidupan dengan menggabungkan tiga elemen penting dalam sesebuah rumah - pembinaan bangunan, hiasan dalaman dan perancangan susun atur, serta suit peralatan rumah. Pihak yang berminat boleh melihat teknologi dan penyelesaian ini di bilik pameran yang terletak di Kuala Lumpur dari 31 Mac dan seterusnya.

PanaHome MKH Malaysia bersedia untuk melancarkan penyelesaian kepada cabaran yang berkaitan dengan perumahan yang dihadapi oleh rakyat di negara itu dan membezakan dirinya daripada kontraktor tempatan dengan mengambil kesempatan daripada kekuatan perniagaan dan kepakaran kejuruteraan yang komprehensif oleh Kumpulan Panasonic.

Pelan rangka Maple @ Hillpark Shah Alam Utara

Projek pembangunan, yang dilaksanakan oleh MKH di daerah Shah Alam di Negeri Selangor, memulakan pembinaan pada tahun 2014. Sebanyak 2,000 unit rumah dijadual dibina. PanaHome MKH Malaysia akan membina kira-kira 490 rumah teres di presint Maple di bawah projek ini dengan menggunakan kaedah W-PC yang direka untuk pasaran Asia. Pembinaan untuk Maple @ Hillpark Shah Alam Utara bermula pada awal bulan ini dan dijangka siap pada Mei 2018.

Lokasi

 

:

 

Shah Alam, Negeri Selangor

Skala pembangunan

 

:

 

161,510 m2

Jenis rumah

 

:

 

Rumah teres 2 tingkat

Jumlah unit yang dibina

 

:

 

490 unit

Kawasan bagi setiap unit

 

:

 

144 m2

Tarikh mula pembinaan

 

:

 

1 Mac, 2016

Tarikh mula jualan

 

:

 

Pertengahan April, 2016

Serahan

 

:

 

Mei, 2018

Pemaju

 

:

 

Hillpark Resources Sdn. Bhd. (anak syarikat MKH Berhad)

Pembinaan bangunan dan perhiasan dalaman (menggunakan Pakej Living Design)

 

:

 

PanaHome MKH Malaysia Sdn. Bhd.

 

Pelan rangka Saville @ D’Lake Puchong

Pakej Living Design bagi PanaHome MKH Malaysia telah pun diterima pakai untuk sebuah projek kondominium besar-besaran di Puchong. Unit-unit kondominium di bawah projek ini akan mula dijual pada pertengahan April 2016. Pakej Living Design boleh dilihat di bilik pameran di Kuala Lumpur yang bakal dibuka pada 31 Mac.

Lokasi

 

:

 

Puchong

Kemudahan

 

:

 

34 tingkat (untuk kediaman),
2 tingkat (untuk kemudahan komersil)

Jumlah unit yang dibina

 

:

 

305 unit (kediaman), 30 kedai

Kawasan bagi setiap unit

 

:

 

Rumah kediaman 63 m2, 83 m2, 102 m2,

Kedai 167 m2

Tarikh mula jualan

 

:

 

Pertengahan April, 2016 (sementara)

Pemaju

 

:

 

Achieve Acres Sdn. Bhd.
(anak syarikat MKH Berhad)

Perhiasan dalaman (menerusi Pakej Living Design)

 

:

 

PanaHome MKH Malaysia Sdn. Bhd.

 

Maklumat mengenai PanaHome

Diwujudkan pada tahun 1963, sejarah PanaHome Corporation boleh dikesan daripada keghairahan visi Konosuke Matsushita, pengasas Panasonic Corporation, yang percaya dalam membina rumah yang berkualiti untuk meningkatkan tahap kehidupan orang ramai. Sebagai anak syarikat perumahan bagi Kumpulan Panasonic, PanaHome mencatatkan jualan bersih disatukan sebanyak 325.6 bilion yen bagi tahun berakhir 31 Mac 2015.

PanaHome telah membina sejumlah kira-kira 470,000 kediaman di Jepun sejak 50 tahun yang lalu. Ia telah mengembangkan perniagaannya ke luar negara, ke Taiwan pada tahun 2010, dan Malaysia pada tahun 2012. Pada April 2015, ia mewujudkan PanaHome Asia Pacific Pte. Ltd. untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam industri perumahan di seluruh rantau Asia Tenggara dan Oceania. Syarikat itu berhasrat untuk menjana 15 bilion yen dalam jualan daripada pasaran Malaysia menjelang Tahun Kewangan 2018 (tahun berakhir Mac 2019).

Untuk maklumat lanjut mengenai PanaHome, sila layari laman web syarikat di http://www.panahome.jp/english/
Hubungi Panasonic Homes & Living di LinkedIn di https://www.linkedin.com/company/panasonichousing

Maklumat mengenai MKH Berhad

MKH Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Metro Kajang Holdings Bhd), adalah sebuah pemaju hartanah terkenal di Kajang - Semenyih dengan rekod pencapaian keuntungan tidak putus-putus sejak penubuhannya 35 tahun yang lalu. Sejak tahun 1979, MKH telah memperoleh reputasi yang cemerlang dalam meningkatkan kualiti kehidupan dengan membina rumah berkualiti dan perbandaran bersepadu, manakala tahun 2008 menandakan kemasukan Kumpulan itu ke dalam perladangan kelapa sawit. Berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia pada Oktober 1995, MKH telah menyiapkan lebih 35,000 unit hartanah di Kajang dan Greater Kuala Lumpur dengan jumlah nilai melebihi RM11.6 bilion.

Kumpulan itu telah menerima pelbagai anugerah termasuk "Syarikat Terbaik bagi Perhubungan Pelabur 2014", "Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2014", "Anugerah Teknologi Hijau", "Anugerah Kecemerlangan Perumahan Bandar Mampu Milik The Edge Malaysia 2014 & 2015," "Anugerah Pemaju Hartanah Terkemuka The Edge 2015", dan "Anugerah Hartanah Asia Pasifik" bagi tujuh pembangunan hartanah mereka, selain pengiktirafan untuk pemimpin Pengurusan di atas peranan mereka dalam mentransformasikan bandar Kajang dan menyumbang kepada industri hartanah Malaysia. MKH memperolehi konsesi sehingga 90 tahun bagi tanah perladangan seluas 15,900 hektar di Kalimantan Timur, Indonesia. Kilang MSM mereka telah dinaik taraf untuk beroperasi sepenuhnya pada kadar 90 tan metrik sejam.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51309539&lang=en

 

Hubungi

Media Contact
Panasonic Corporation
Global Communications Department
Media Promotion Office
+81-3-3574-5729
presscontact@ml.jp.panasonic.com


Sumber: Panasonic Corporation
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.