ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  UNISYS MENGELUARKAN VERSI EKSPRES BAGI PERISIAN PERDANA CLEARPATH FORWARD

Wednesday 30/03/2016

AsiaNet 63926

BLUE BELL, Pa. 30 Mac, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

Persekitaran pengoperasian MCP dan OS 2200 Express memperluaskan kemahiran pengaturcara dan pada masa yang sama membantu organisasi mengekalkan kos operasi

Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com) hari ini mengumumkan ketersediaan ClearPath Forward (TM) MCP Express dan OS 2200 Express. Versi-versi utama  Unisys bagi persekitaran pengoperasian sistem besar ClearPath Forward berfungsi pada komputer yang menggunakan Microsoft Windows. Ia direka untuk membantu pengaturcara aplikasi perusahaan dan ahli akademik mengembangkan pengetahuan mereka mengenai fungsi dan keupayaan sistem.

MCP Express
http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-mcp-software/clearpath-mcp-express

OS 2200 Express
http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-os-2200-software/clearpath-os-2200-express

ClearPath Forward
http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems

Diiktiraf secara meluas disebabkan oleh tahap keselamatan mereka yang tiada tandingan http://assets.unisys.com/Documents/Global/Misc/MISC_20160205_Clear
PathNISTNationalVulnerabilityDatabase.pdf
), persekitaran pengoperasian Unisys telah diuji, dengan susunan bersepadu sepenuhnya yang terdiri daripada lebih 100 produk perisian. MCP dan OS 2200 menangani keperluan pengkomputeran perusahaan yang kritikal, daripada cache yang cekap, penggunaan memori dan pengurusan sistem fail kepada pemprosesan urus niaga bervolum tinggi.

MCP dan OS 2200 Express mengesan keluaran terbaharu bagi setiap persekitaran pengoperasian, termasuk bagi kebanyakan produk yang terdapat di dalam susunan perisian yang lengkap. Mereka membolehkan pengguna untuk belajar tentang keupayaan pengkomputeran perusahaan yang berkuasa dan mempertimbangkan cara bagaimana mereka mungkin dapat disesuaikan dengan aplikasi yang dibangunkan bagi persekitaran pengoperasian yang berbeza, seperti Windows, Linux dan Apple iOS.

"Dengan MCP Express dan OS 2200 Express, generasi baharu bagi pengaturcara aplikasi ClearPath Forward boleh membangunkan kemahiran mereka dan pada masa yang sama  belajar tentang prinsip-prinsip utama di sebalik persekitaran pengoperasian perusahaan yang bertaraf dunia," kata Brian Herkalo, pengarah, ClearPath Forward Solutions, Unisys. "Mereka juga boleh menganalisis aplikasi ujian tanpa mengambil kitaran yang bernilai pada platform pengeluaran yang sedang aktif."

Dengan memerlukan Microsoft Windows 7 atau yang lebih tinggi, MCP Express dan OS 2200 Express boleh diperolehi dengan kadar segera tanpa sebarang kos. Setiap satu adalah tertakluk kepada satu lesen tahunan yang berulang, yang memerlukan dimuat turun salinan terbaharu persekitaran pengoperasian untuk memperbaharui hak-hak penggunaan.

Untuk mendaftar dan memuat turun versi Express bagi persekitaran pengoperasian ClearPath Forward, sila layari laman-laman berikut:
* MCP Express: http://outreach.unisys.com/LP=1317
* OS 2200 Express: http://outreach.unisys.com/OS2200ExpressDownload

Maklumat mengenai Unisys

Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang bekerja dengan kebanyakan syarikat terbesar di dunia dan organisasi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling mendesak. Unisys pakar di dalam menyediakan penyelesaian bersepadu dan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersil. Dengan mempunyai lebih 20,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi pelayan atasan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisys.com.

Ikuti Unisys di Twitter (https://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn (https://www.linkedin.com/company/unisys).
 
Hubungi:                 
Brian Daly
Unisys
215-986-2214
brian.daly@unisys.com

Rich Grasso
Hill+Knowlton Strategies bagi pihak Unisys
212-885-0563
Unisys.Team@hkstrategies.com

###

NOMBOR KELUARAN: 0330/9408

Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diiktiraf sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemilik masing-masing.

UIS-C

SUMBER: Unisys Corporation 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.