TOKYO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo amat bangga untuk mengumumkan satu tawaran masa yang terhad bagi bilik tetamu Hello Kitty dari 1 April hingga 30 Jun; sebuah anak patung asli khas Hello Kitty yang memakaikan uniform petugas bell sempena sambutan ulang tahun ke-45 operasinya sejak tahun 1971.
Bilik-bilik Hello Kitty dibuka pada tahun 2014 untuk meraikan ulang tahun ke-40 Hello Kitty pada 1 November. Keio Plaza Hotel Tokyo menawarkan sejumlah lapan buah bilik Hello Kitty, dalam dua tema “KITTY TOWN,” dengan hiasan pop yang menyeronokkan, dan “PRINCESS KITTY,” di mana perabotnya juga dikhususkan kepada daya tarikan Kitty. Bilik-bilik ini telah mengumpulkan perhatian media dari seluruh dunia dan amat popular di kalangan tetamu penduduk Jepun dan rakyat asing.
Di samping membolehkan para tetamu kami untuk menghayati diri dalam dunia Hello Kitty semasa mereka menginap di bilik-bilik Hello Kitty itu, kami akan memberikan mereka kemudahan Hello Kitty yang dicipta khas termasuk set peralatan surat, pen, beg plastik, selipar dan barangan Hello Kitty yang lain untuk diambil oleh mereka sebagai kenangan manis semasa penginapan mereka. Selain itu, Keio Plaza Hotel Tokyo secara kerap menukarkan pakaian anak patung Hello Kitty yang berada dalam reka bentuk asal mereka yang dicipta khas untuk bilik-bilik Hello Kitty kami, agar dapat melayan pelanggan tetap kami. Tetamu bilik Hello Kitty kami akan dapat menikmati sarapan servis bilik yang istimewa yang termasuk telur dadar, sandwic, sup dan lain-lain yang direka dalam konsep Hello Kitty. Selain itu, tetamu akan menikmati pelbagai rancangan penginapan khas yang diperincikan dengan kek reka bentuk asli, koktel dan minuman.
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang bertaraf hebat, dan layanan yang mesra. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawang kami, YouTube, Facebook, atau Instagram.
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51309551&lang=en
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp
Sumber: Keio Plaza Hotel
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA