ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  KER1M MELALUI MCPF SUMBANGKAN 5 UNIT KERUSI RODA KEPADA PASUKAN SSPDRM

Thursday 31/03/2016



KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) menyerahkan sumbangan kerusi roda sebanyak 5 unit kepada Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia (SSPDRM) Kontigen Pulau Pinang melalui Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang berlangsung di Ibu Pejabat MCPF hari ini.

Menurut Dato’ Ranjith, KER1M komited dan konsisten dalam membantu, memberi sumbangan serta penghargaan kepada warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang selama ini berkhidmat kepada rakyat demi menjaga keselamatan negara.

“KER1M amat berbesar hati kerana berpeluang untuk menghulurkan bantuan kerusi roda ini kepada anggota-anggota PDRM yang terlibat dalam kemalangan ketika mereka sedang bertugas dan diharap pemberian sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban bagi mereka yang kurang berkemampuan selain dapat menjaga kebajikan mereka”, kata Ranjith.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi KER1M, YH Penolong Pesuruhjaya Kehormat  Rela Datuk Ranjith Raja; Naib Pengerusi MCPF, Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye; Setiausaha Sulit Pengerusi KER1M, Mejar Kehormat Rela Ceros; Setiausaha Eksekutif MCPF, DSP Lai Lee Peng; Ketua Pegawai Perhubungan Awam merangkap Ketua Penerangan KER1M, Azeem Pishal; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang (JPJKKPP), SAC Abdul Rahman Ibrahim diiringi oleh SUPT Ooi Leng Chuan; Komandan SSPDRM, SUPT/SP Wan Putra Wan Hussein dan wakil-wakil anggota SSPDRM.
Menurut Lee Lam Thye, sumbangan KER1M ini merupakan satu usaha yang sangat murni dan harus dijadikan contoh oleh badan bukan kerajaan (NGO) lain kerana selain dapat membantu anggota-anggota yang kurang berkeupayaan, ia juga mempunyai elemen suntikan semangat.

“Saya melihat sumbangan ini sebagai simbol suntikan semangat kepada warga PDRM untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, berintegriti dalam tugasan harian dan berharap melalui usahasama seperti ini, kebajikan anggota-anggota akan sentiasa dipelihara selain bakal membuka ruang kepada ramai lagi individu untuk menyertai pasukan PDRM”, kata Lee Lam Thye.

Pengerusi KER1M menyatakan bahawa komitmen ini akan diteruskan lagi dengan merangka beberapa program kesedaran seperti edaran buku tips pencegahan jenayah dan penganjuran kempen keselamatan bersama MCPF dan PDRM.

Sektor korporat yang berminat untuk menyertai program-program kebajikan dan kempen-kempen pencegahan jenayah boleh menghubungi ibu Pejabat KER1M di talian 03-2164 4999 atau emel admin@1malaysia.info

 
Sumber: Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azeem Pishal
Ketua Pegawai Perhubungan Awam KER1M
Tel : 
0122425899
Emel : 
azeem@1malaysia.info

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.