ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 18, 2024 -Sabtu

 
  NTT COM MEMPERLUAS ID FEDERATION UNTUK PERUSAHAAN

Thursday 31/03/2016



Perkhidmatan pengurusan ID yang dipermudahkan kini boleh didapati di Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Vietnam

TOKYO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia akan mengembangkan jualan ID Federation ke luar negara, satu Identiti sebagai satu Perkhidmatan (IDaaS) yang membolehkan aplikasi perniagaan yang pelbagai untuk  digunakan dengan mudah dan secara selamat dengan menggunakan satu ID, bermula 1 April 2016.

Selain Jepun, Singapura dan Thailand, di mana NTT Com telah menawarkan ID Federation sejak Oktober 2015, NTT Com akan mula menyediakan perkhidmatan itu di Hong Kong dan Taiwan, di mana industri perkhidmatan awan adalah kukuh, dan Malaysia, Indonesia dan Vietnam, di mana banyak perniagaan mempunyai tapak perkilangan.

Kelebihan                                           
Perusahaan kini menghadapi cabaran yang sukar untuk menguruskan pelbagai ID dan kata laluan dengan selamat dan cekap bagi setiap pekerja pada pelbagai aplikasi awan dan di premis, termasuk Sales Force Automation (SFA), Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) sistem, Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) dan penyimpanan data.

ID Federation membolehkan perusahaan untuk daftar masuk secara lancar dengan menggunakan satu ID bagi lebih 1,600 aplikasi Perisian sebagai satu Perkhidmatan (Saas), yang termasuk Microsoft Office 365, Salesforce, Box, dan Google Apps, serta sistem pelanggan di premis. Ia juga boleh digunakan dalam persekitaran yang mempunyai pelbagai Direktori Aktif (AD) atau yang tidak mempunyainya.
 
Menu Perkhidmatan
Menu Kandungan
Asas • Daftar masuk tunggal kepada SaaS ditawarkan oleh NTT Com
• Pengesahan ID dan kata laluan
• Pengesahan standard berasaskan risiko
• Perkhidmatan Federation Direktori Aktif (ADFS) segerak
• Portal ID, panel kawalan untuk pentadbir
• Awan atas meja, portal SSO untuk pengguna
 
 
 
Pilihan Aplikasi tambahan 
Satu aplikasi
  Lima aplikasi
  10 aplikasi
 Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA) 
Menyapu
  Pengesahan peranti
  TOTP (Kata laluan Sekali sahaja Berasaskan Masa)
 
Melangkah ke hadapan, NTT Com merancang untuk melancarkan perkhidmatan itu di Eropah dan Amerika Utara.

Guna maklumat hubungan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apliksi dan harga bagi setiap negara.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, reka bentuk, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran perusahaan bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 utama global, rangkaian VPN Arcstar Universal One™ yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications menggerakkan sumber global bagi syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data dan NTT DOCOMO dan NTT DATA.
 
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51307299&lang=en

Hubungi
NTT Communications Corporation
(Encik) Hiroshi Souda / (Cik) Kana Sato / (Cik) Minkyung Jung, +81-3-6733-9663
Aplikasi dan Isi Kandungan
idf-info-ac@ntt.com
Di Malaysia
+60 3 8319 0000 (Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)


Sumber: NTT Communications Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160330006487/en
  
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.