ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  VEDANTA RESOURCES PLC: PENUTUPAN TEMPOH PROGRAM PEMBELIAN BALIK

Friday 01/04/2016



LONDON, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BUKAN UNTUK SIARAN, PENERBITAN ATAU PENGAGIHAN DI DALAM ATAU KE AMERIKA SYARIKAT, WILAYAHNYA DAN PEMILIKANNYA (TERMASUK PUERTO RICO, KEPULAUAN VIRGIN, GUAM, AMERICAN SAMOA, KEPULAUAN WAKE DAN KEPULAUAN NORTHERN MARIANA), MANA-MANA NEGERI DI AMERIKA SYARIKAT DAN DAERAH COLUMBIA ("AMERIKA SYARIKAT") ATAU MANA-MANA RAKYAT AMERIKA SYARIKAT (SEBAGAIMANA DITAKRIFKAN DI BAWAH PERATURAN AKTA SEKURITI AMERIKA SYARIKAT 1933, SEBAGAIMANA YANG DIPINDA (MASING-MASING "RAKYAT AMERIKA SYARIKAT")) ATAU MANA-MANA ​​ORANG YANG BERADA OR BERMASTAUTIN DI MANA-MANA ​​BIDANG KUASA LAIN DI MANA IA ADALAH MENYALAHI UNDANG-UNDANG UNTUK MENGEDARKAN PENGUMUMAN INI. SEKATAN LAIN DIKUATKUASAKAN (LIHAT "SEKATAN PENGEDARAN" DI BAWAH).

Vedanta Resources plc ("Syarikat" itu) mengumumkan bahawa, sebelum bermulanya penutupan tempoh yang dijadualkan pada 1 April 2016, ia bercadang untuk mengadakan satu perjanjian yang tidak boleh ditarik balik dengan satu atau lebih broker pihak ketiga ("Broker") untuk memulakan program pembelian balik bagi membeli balik, dalam parameter penetapan tertentu, bagi pihaknya:

(a) sehingga AS$148.6 juta (iaitu sehingga 20 peratus) daripada AS$743 juta amaun prinsipal yang belum lunus bagi 6.75% bon yang matang pada tahun 2016 bagi Vedanta Resources plc ("Bon 2016"); dan

(b) sehingga AS$200 juta daripada AS$582 juta amaun prinsipal yang belum lunus bagi 5.50 peratus. Bon Boleh Tukar Yang Dijamin yang matang pada tahun 2016 bagi Vedanta Resources Jersey Limited ("Bon Boleh Tukar" dan, bersama-sama dengan Bon 2016, "Bon" itu),

semasa tempoh penutupan itu. Adalah dijangkakan bahawa peraturan itu akan berkuat kuasa pada 4 April 2016. Selaras dengan terma dan syarat Bon 2016 itu, Bon 2016 yang dibeli itu boleh sama ada dibatalkan atau dimiliki sehingga tarikh matang mereka. Mengikut terma dan syarat Bon Boleh Tukar, Bon Boleh Tukar yang dibeli itu boleh sama ada diserahkan untuk pembatalan atau dipegang sehingga tarikh matang mereka.

Pembelian Bon itu akan dibiayai oleh Syarikat berkenaan daripada dana mereka yang sedia ada dan daripada dana yang akan disediakan berikutan pembayaran balik sebahagiannya oleh Vedanta Limited bagi satu pinjaman antara syarikat di antara Syarikat itu dan Vedanta Limited.

Broker berkenaan akan membuat keputusan dagangan berhubung dengan pembelian Bon itu secara berasingan, dan tanpa dipengaruhi oleh, setiap satu daripada Syarikat itu dan Vedanta Resources Jersey Limited.

Menjelang bermulanya tempoh penutupan itu, Syarikat berkenaan juga ingin mengumumkan bahawa bank-bank pinjaman mereka telah bersetuju dengan perubahan tertentu yang diminta oleh Syarikat itu kepada perjanjian di bawah syarat-syarat kemudahan hutang yang berkaitan berkuatkuasa dari 31 Mac 2016 sehingga tempoh yang berakhir pada 30 September 2018. Ini akan memastikan pematuhan oleh Syarikat itu dengan perjanjian berkenaan yang berkaitan dengan semua kemudahan bagi tempoh ujian yang berakhir 31 Mac 2016.

Pengumuman ini tidak membawa maksud, atau menjadi sebahagian daripada, tawaran atau mana-mana rayuan bagi tawaran bagi sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa.

31 Mac 2016

Pertanyaan:

Vedanta Resources plc
6 St Andrew Street
London EC4A 3AE
United Kingdom

Tel: +353 1 945 1212

Maklumat mengenai Vedanta Resources

Vedanta Resources plc ("Vedanta") adalah sebuah syarikat sumber asli global yang dipelbagaikan yang disenaraikan di London. Kumpulan itu menghasilkan aluminium, tembaga, zink, plumbum, perak, bijih besi, minyak & gas dan tenaga komersil. Vedanta mempunyai operasi di India, Zambia, Namibia, Afrika Selatan, Ireland, Liberia, Australia dan Sri Lanka. Dengan mempunyai tenaga kerja yang berbakat di seluruh dunia, Vedanta menekankan terhadap amalan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan berdasarkan kepada nilai-nilai teras kepercayaan, kemapanan, pertumbuhan, keusahawanan, integriti, rasa hormat dan penjagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vedantaresources.com

Penafian

Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan yang berpandangan ke hadapan" - iaitu, kenyataan yang berkaitan dengan masa hadapan dan bukan peristiwa masa lampau. Dalam konteks ini, kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini sering kali menangani jangkaan perniagaan dan prestasi kewangan kami di masa hadapan, dan sering mengandungi perkataan seperti "menjangka," "menjangkakan," "berhasrat," "merancang," "percaya," "bertujuan", "harus" atau "akan." Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu mengikut sifat mereka menangani perkara yang tidak menentu, dalam keadaan yang berbeza. Bagi kami, ketidaktentuan timbul daripada tindakan pasaran kewangan dan logam termasuk Bursa Logam London, naik turun dalam kadar faedah dan/ atau kadar pertukaran wang dan harga logam; daripada integrasi perniagaan yang diperoleh di masa hadapan; dan daripada banyak perkara lain dalam skala nasional, serantau dan global, termasuk yang bersifat politik, ekonomi, perniagaan, berdaya saing atau kawal selia. Ketidaktentuan ini boleh menyebabkan keputusan sebenar kami di masa hadapan untuk berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan berpandangan ke hadapan kami itu.

Sekatan Pengedaran

PENGUMUMAN INI BUKAN UNTUK SIARAN, PENERBITAN ATAU PENGAGIHAN DI DALAM ATAU KE AMERIKA SYARIKAT ATAU MANA-MANA BIDANG KUASA LAIN DI MANA IA ADALAH MENYALAHI UNDANG-UNDANG UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

Amerika Syarikat

Program pembelian balik berkenaan bagi Bon Boleh Tukar ("Program Pembelian Balik") tidak disediakan dan tidak akan disediakan, secara langsung atau tidak langsung, atau ke dalam, atau dengan menggunakan mel, atau melalui apa jua cara atau perantaraan antara negeri atau perdagangan asing, atau mana-mana kemudahan bagi sesuatu bursa sekuriti nasional, Amerika Syarikat atau kepada, atau untuk faedah, mana-mana rakyat Amerika Syarikat (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan S di bawah Akta Sekuriti Amerika Syarikat 1933, sebagaimana yang dipinda (setiap "Rakyat Amerika Syarikat")). Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penghantaran faks, mel elektronik, melalui teleks, telefon, internet dan bentuk komunikasi elektronik yang lain. Oleh itu, salinan pengumuman ini dan apa-apa dokumen atau bahan lain yang berkaitan dengan Program Pembelian Balik tidak boleh,  dan tidak harus, secara langsung atau tidak langsung, dihantar atau sebaliknya, diedar, diagihkan atau dikemukakan (termasuk, tanpa had, oleh kustodian, penama atau pemegang amanah) di dalam atau ke dalam Amerika Syarikat atau kepada, atau untuk akaun faedah, seseorang rakyat Amerika Syarikat dan Bon Boleh Tukar itu tidak boleh diperolehi melalui Program Pembelian Balik oleh sebarang penggunaan sedemikian, cara, perantaraan atau kemudahan atau daripada atau dalam atau oleh orang yang berada atau bermastautin di Amerika Syarikat atau oleh mana-mana rakyat Amerika Syarikat atau mana-mana orang yang bertindak bagi akaun atau manfaat rakyat Amerika Syarikat. Apa-apa perolehan berupa Bon Boleh Tukar dalam Program Pembelian Balik yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada satu pelanggaran sekatan ini akan menjadi tidak sah dan apa-apa jualan berupa Bon Boleh Tukar yang dibuat oleh seseorang yang berada di Amerika Syarikat, Rakyat Amerika Syarikat, atau mana-mana orang yang bertindak untuk akaun atau faedah bagi seorang Rakyat Amerika Syarikat, atau oleh mana-mana ejen, fidusiari atau orang perantara lain yang bertindak atas dasar bukan budi bicara bagi seseorang prinsipal memberi arahan dari dalam Amerika Syarikat akan menjadi tidak sah dan tidak akan diterima.

Setiap pemegang Bon Boleh Tukar yang turut serta dalam Program Pembelian Balik itu akan dianggap mewakili bahawa ia bukan seorang Rakyat Amerika Syarikat, tidak berada di Amerika Syarikat dan tidak mengambil bahagian dalam Program Pembelian Balik dari Amerika Syarikat, atau ia tidak terletak di Amerika Syarikat dan ia bertindak bukan atas dasar budi bicara untuk seorang prinsipal yang berada di luar Amerika Syarikat yang tidak memberi satu perintah untuk mengambil bahagian di dalam Program Pembelian Balik dari Amerika Syarikat dan yang bukan merupakan seorang Rakyat Amerika Syarikat.

Am

Baik pengumuman ini mahupun penghantaran elektronik berkenaan tidak merupakan satu tawaran untuk membeli atau mendapatkan satu tawaran untuk menjual Bon (dan tawaran Bon bagi pembelian menurut Program Pembelian Balik tidak akan diterima) dalam apa jua keadaan di mana tawaran atau permintaan itu adalah menyalahi undang-undang

Hubungi

Vedanta Resources plc
Perhubungan
Roma Balwani, +91 22 6646 1000
Presiden – Perhubungan, Kelestarian dan CSR Kumpulan
gc@vedanta.co.in
atau
Pelabur
Ashwin Bajaj
Pengarah – Perhubungan Pelabur
atau
Radhika Arora
Pengurus Besar Bersekutu – Perhubungan Pelabur
atau
Ravindra Bhandari
Pengurus – Perhubungan Pelabur
+44 (0)20 7659 4732
+91 22 6646 1531
ir@vedanta.co.in

 

Sumber: Vedanta Resources plc


Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160331006523/en

 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.