ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  NTT COMMUNICATIONS LANCAR SAP HANA MENU DI ENTERPRISE CLOUD

Friday 01/04/2016



TOKYO, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan SAP HANA Menu, satu pilihan berskala untuk menggabungkan sistem pengurusan pangkalan data dalam memori SAP, SAP HANA® pada perkhidmatan Enterprise Cloud mereka. Dengan memanfaatkan penyelesaian awan NTT Com yang lancar, perusahaan yang mahu mengembangkan perniagaan mereka di peringkat global boleh menggunakan sistem teras termasuk SAP HANA untuk satu tempoh yang singkat dan pada kos yang rendah. Perkhidmatan itu kini boleh didapati di Jepun dan boleh didapati di negara-negara lain pada akhir tahun 2016.
 

Kelebihan
  • Perkhidmatan berskala tanpa sebarang kos permulaan, tiada keperluan perkhidmatan minimum
Yuran perkhidmatan dikira mengikut tempoh penggunaan, tanpa kos permulaan atau keperluan perkhidmatan minimum, oleh itu pelanggan boleh mendapatkan akses kepada persekitaran SAP HANA untuk masa yang mereka perlukan tanpa perlu membeli perkakas lengkap, seperti yang diperlukan sebelum ini.
  • Model TDI yang memenuhi standard kualiti dan ketersediaan SAP
NTT Com menyampaikan perkhidmatan itu sebagai satu set SAP HANA berdasarkan kepada Integrasi Pusat Data yang Disesuaikan (TDI), dengan menggunakan SAP HANA Menu yang dipasang pada server tanpa sistem pengoperasian pada Enterprise Cloud, dan penyimpanan fail yang serasi dengan NFS, yang menawarkan pemprosesan fail volumetrik dengan pantas. NFS adalah protokol fail diedarkan yang digunakan dalam UNIX OX. Model TDI membekalkan perkakasan yang disahkan oleh SAP HANA seperti penyimpanan, komponen rangkaian dan server, sekali gus mengurangkan dengan ketara masa pelaksanaan dan memberikan pelanggan akses dengan cepat dan stabil kepada sistem itu sebagai satu persekitaran pembangunan, pengesahan dan pengeluaran.
  • Spesifikasi standard di peringkat global
Dengan menawarkan pilihan SAP HANA Menu pada Enterprise Cloud, NTT Com mampu secara global dan secara seragam menyampaikan Global Management One, iaitu platform awan dan perkhidmatan pengurusan untuk SAP HANA. Ini menggabungkan tadbir urus global dan mengurangkan keseluruhan kos operasi IT dan kos penyelenggaraan untuk perusahaan yang sedang berkembang. SAP telah mengesahkan NTT Com sebagai sebuah Pembekal Operasi Penyumberan Luar SAP di dalam kategori Hos, SAP HANA dan Perkhidmatan Awan.
 
Pelan SAP HANA Set 256GB yang terdiri daripada perkhidmatan server tanpa sistem pengoperasian, perkhidmatan penyimpanan fail dan pakej penyelesaian SAP HANA Menu, boleh didapati daripada harga 276,800 JPY, atau kira-kira 2,500 USD, sebulan tidak termasuk cukai. Pelan 512GB dirancang untuk diperkenalkan bermula bulan Mei. Model TDI termasuk server tanpa sistem pengoperasian, Penyimpanan Fail Premium, Red Hat Enterprise Linux 6.7 untuk SAP HANA dan SAP HANA Enterprise Edisi 1.0. Pelanggan dikehendaki mempunyai lesen perisian bagi SAP HANA Enterprise Edisi 1.0 termasuk perkakasan pemantauan dan pengoperasian, kesemuanya termasuk dalam harga.

NTT Com melancarkan Enterprise Cloud yang telah diperkukuhkan di Jepun pada 1 Mac dan di United Kingdom pada 22 Mac, dan tidak lama selepas itu bercadang untuk melancarkan perkhidmatan yang diperluaskan di Singapura dan Amerika Syarikat, dengan lebih banyak negara bakal menyusul. SAP HANA Set dijadual dilancarkan bersama-sama dengan perkhidmatan Enterprise Cloud yang diperluaskan di kawasan-kawasan berkenaan.

Nama-nama syarikat dan produk adalah cap dagang berdaftar atau cap dagang bagi setiap syarikat.

Penukaran harga dikira pada kadar 113 JPY kepada satu USD.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, reka bentuk, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan persekitaran perusahaan bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 utama global, rangkaian VPN Arcstar Universal One™ yang menjangkau ke 196 buah negara/ wilayah, dan 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications menggerakkan sumber global bagi syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data dan NTT DOCOMO dan NTT DATA.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Hubungi
Hubungan Media
NTT Communications Corporation
(Encik) Yasumasa Morita / (Encik) Masayuki Hayashi / (Cik) Yuko Tomita, +81 3 6733 9521
Perkhidmatan Awan
g-cl@ntt.com
 
Sumber: NTT Communications Corporation

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160331006589/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.