ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  MAJLIS PERASMIAN BAGI WARISAN DAN KETUKANGAN - ANUGERAH REKA BENTUK PAKAIAN TRADISIONAL CHINA YANG PERTAMA BERMULA DI BEIJING

Friday 01/04/2016

AsiaNet 63962

BEIJING, China, 1 April, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Hampir setiap negara mempunyai ssebuah wakil pakaian tradisional wakil di dunia, seperti  Kimono di Jepun, Hanbok di Korea Selatan, Ao Dai di Vietnam dan Sarli di India. China, sebuah negara yang mempunyai lima ribu tahun sejarah dan ketamadunan kini menjalani pengubahsuaian, dan pakaian tradisional Cina adalah satu ikon yang signifikan untuk melambangkan implikasi budaya.
 
Untuk melihat kepada bakat-bakat fesyen yang mampu mereka bentuk pakaian dengan ciri-ciri etnik dan semangat China pada hari ini, majlis perasmian Warisan dan Ketukangan -Anugerah Reka Bentuk Pakaian Tradisional China yang pertama dimulakan di Beijing pada 22 Mac.
 
Di bawah bimbingan Majlis Tekstil dan Pakaian Kebangsaan China, yang dianjurkan bersama oleh Agensi Berita Xinhua, Xinhuanet dan Majalah Mingguan Textile Apparel,  pertandingan itu akan berlangsung sehingga Oktober dan termasuk lawatan ke seluruh negara dan ke luar negara pada bulan November untuk hasil kerja yang cemerlang. Bagi menarik penyertaan yang lebih luas, pertandingan itu dibahagikan kepada kumpulan pereka amatur dan profesional.
 
Mentor + E-dagang
 
Pereka terkenal negara akan bertindak sebagai mentor di dalam pertandingan itu, dan bekerjasama dengan jenama-jenama terkenal yang memberikan sokongan keseluruhan kepada calon-calon.
 
Di bawah bimbingan tiga mentor, 24 peserta akhir yang terbaik akan menyaksikan reka bentuk mereka dimodelkan pada satu pertandingan secara langsung, dengan pemenang  akan menerima RMB150,000 ($23,100). Hasil kerja 24 finalis itu juga akan diperagakan ke bandar raya utama termasuk Suzhou, Shanghai, Beijing, Hong Kong dan Paris. Sementara itu, keputusan pertandingan itu akan dipindahkan kepada platform e-dagang, pereka yang menang dan jenama yang ditaja akan mewujudkan "platform e-dagang pakaian China baharu  termaju yang disesuaikan" bersama-sama, untuk menghalakan pengeluaran terus ke pasaran jualan dan meningkatkan lagi pengaruh industri tekstil dan pakaian.
 
Satu gesaan untuk pengiktirafan budaya
 
Tekstil sutera adalah satu elemen yang besar dalam memajukan dasar pembangunan "One Belt and One Road”. Pertandingan ini akan mengumpulkan hasil karya yang bertemakan "Warisan dan Ketukangan" daripada kedua-dua bidang domestik dan luar negara.
 
"Pengaruh China di peringkat global terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita harus membawa ke hadapan budaya pakaian dan fesyen China pada masa ini. Warisan membawa maksud yang lebih mendalam daripada tiruan dan pengeluaran semula, iaitu penciptaan. Saya percaya pertandingan ini akan memainkan satu peranan penting bagi perniagaan pakaian masa hadapan, terutamanya bagi pembaharuan struktur penawaran industri semasa." Kata Encik Li Dangqi, Pengerusi Persatuan Pereka Fesyen China.
 
Syarat kemasukan dan permohonan
 
Jika ada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan itu, calon dikehendaki menyediakan bahan-bahan seperti berikut:
 
1.Tema reka bentuk: "Warisan dan ketukangan" (3-4 helai pakaian).
 
2. Lukisan kesan lakaran warna: sila siapkan lakaran itu dalam saiz 27sm*40sm. Nama hasil karya itu perlu ditandakan di sudut kiri atas. Satu sampel bahan kain 4sm*4sm hendaklah dilampirkan bersama pada sudut kanan bawah. Nama calon dan hasil karya hendaklah ditandatangani di sudut kanan bawah di bahagian belakang.
 
3.Struktur lukisan: sila sediakan struktur atau lukisan kraf bagi setiap pakaian dengan penjelasan tema dan konsep.
 
4.Bentuk aplikasi: sila muat turun dan cetak borang permohonan di laman web rasmi pertandingan itu (www.zhongguoguofu.com). Isi borang, gambar hendaklah disertakan bersama.
 
5. Arahan kreativiti:
   Rasional reka bentuk
   Huraian fabrik
   Penjelasan teknik pembuatan
   Sorotan unik (bagaimana untuk disesuaikan dengan tema pertandingan)
 
6.Satu salinan kad ID peribadi (kedua-dua belah).
 
Perhatian:
 
Semua bahan di atas hendaklah disediakan dalam versi elektronik dan kertas.
Sila hantar salinan elektronik kepada zggf@news.cn dengan "nama pereka + nama kerja" sebagai subjek.
 
Sila hantar salinan kertas kepada alamat hubungan seperti di bawah:
 
Alamat: Bilik 1007, Plaza Zhidi, NO. 55 Jalan Hongwu, Daerah Xuanwu,
Nanjing, Wilayah Jiangsu, P.R.China
 
Poskod: 210005
 
Orang yang boleh dihubungi: Puan Lv +86 139 1448 8485, Encik Zhang +86 150 7782 1366
 
Hubungi QQ: 3109519599
 
Tarikh Akhir: 31 Mei, 2015, berdasarkan kepada tarikh cop pos
 
Di bungkusan luar, sila tulis perkataan "pertandingan", bayaran pos tidak akan dijelaskan.
 
Sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai perhubungan pertandingan melalui QQ.
 
Sumber: Jawatankuasa Anugerah Reka Bentuk Warisan dan Ketukangan-TCC
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=268508
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.