ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  H.B. FULLER COMPANY SETUJU AMBIL ALIH PERNIAGAAN BAHARU

Thursday 07/04/2016



Advanced Adhesives Untuk Kembangkan Keupayaan Syarikat di Australia dan New Zealand

 

ST. PAUL, Minn., April 7 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- H.B. Fuller Company (NYSE:FUL) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian untuk membeli Advanced Adhesives iaitu pembekal pelekat perindustrian di Australia dan New Zealand. Dengan pendapatan bersih bagi tahun 2015 bernilai $17 juta, perniagaan ini akan dimasukkan dalam segmen operasi H.B. Fuller di Asia Pasifik.

Advanced Adhesives yang ditubuhkan pada tahun 1985 bekerjasama rapat dengan pelanggan dalam pelbagai jenis industri, termasuk barangan bungkusan pengguna, pertukangan kayu dan aplikasi pemasangan produk. Tambahan perniagaan ini akan membolehkan H.B. Fuller untuk mengukuhkan kedudukan pasaran pelekat perindustriannya dan memanfaatkan portfolio teknologi yang lebih luas di Australia mahu pun New Zealand.

“Dengan pengambilalihan ini, kami akan mempercepatkan agenda pertumbuhan menguntungkan kami di Australia dan New Zealand,” ujar Heather Campe, Naib Presiden, Asia Pasifik, H.B. Fuller. Keupayaan pembuatan “Pelekat Canggih’ dan kepakaran pasaran tempatan kami melengkapi rangkaian kukuh kami di China, Malaysia dan Filipina. Perniagaan baharu ini juga membolehkan kami memanfaatkan keupayaan di rantau ini dengan mengendalikan pelanggan kami dengan lebih baik dan juga menilai pasaran baharu.”

Pihak syarikat menjangka pengambilalihan ini akan diselesaikan menjelang April 2016 sementara menunggu syarat-syarat kerajaan dan kawal selia.

Mengenai H.B. Fuller:

Selama hampir 130 tahun, H.B. Fuller telah menjadi pembekal pelekat terkemuka di dunia yang menumpukan pada menyempurnakan pelekat, pengedap dan produk kimia khusus lain bagi meningkatkan prestasi produk dan kehidupan. Dengan pendapatan bersih tahun fiskal 2015 sebanyak $2.1 bilion, komitmen H.B. Fuller terhadap inovasi menyatukan manusia, produk dan proses yang menjawab dan menyelesaikan beberapa cabaran terbesar di dunia. Perkhidmatan kami yang boleh dipercayai dan responsif mewujudkan perhubungan yang berkekalan dan memberi keuntungan dengan pelanggan dalam bidang kejuruteraan, elektronik dan bahan pemasangan, kebersihan, pembinaan, automotif, pembungkusan dan perniagaan pengguna lain. Bersama dengan janji kami kepada pekerja bagi menghubungkan mereka dengan peluang untuk berinovasi dan berkembang maju. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di www.hbfuller.com dan langgani blog kami.

Kimberlee Sinclair Komunikasi Global +1 651 236 5823 kimberlee.sinclair@hbfuller.com Maximillian Marcy Perhubungan Pelabur +1 651 236 5062 max.marcy@hbfuller.com

 

SUMBER : H.B. Fuller Company

--BERNAMA

 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.