ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  OCEANIA CRUISES UMUM JADUAL PELAYARAN BAHARU 2017-18

Thursday 07/04/2016

AsiaNet 64017

SYDNEY, 7 April, 2016 /Medianet International-AsiaNet/ --

Kapal pelayaran Nautica milik Oceania akan menghabiskan 6 bulan belayar ke Asia dan Afrika, Sirena baharu akan menghabiskan 4 bulan belayar ke Australia, New Zealand dan Pasifik Selatan

Pemimpin pelayaran bertaraf premium atasan, Oceania Cruises telah melancarkan 109 jadual pelayaran baharu yang unik merentasi 173 pelayaran dan 41 pelayaran lanjutan untuk Musim Gelombang April 2017 hingga Jun 2018 – mula dijual sekarang.

"Oceania Cruises menyediakan pelayaran yang mendalam, destinasi yang kaya, yang mendapat inspirasi dengan masakan. Jadual perjalanan baharu itu menawarkan gabungan destinasi tempatan dan antarabangsa yang popular dan baru muncul, dengan kemuncaknya termasuk tujuh jadual perjalanan berasaskan Asia dengan menggunakan kapal Nautica, lima pelayaran di Asia Pasifik dengan kapal Insignia, dan Sirena yang akan dilancarkan tidak lama lagi yang akan menghabiskan empat bulan pelayaran ke Australia, New Zealand dan Pasifik Selatan," kata Steve Odell, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan bagi Norwegian Cruise Line Holdings Asia Pasifik.

Jadual perjalanan baharu itu termasuk pelayaran ke Mediterranean, Eropah Barat dan Utara, lintasan Transatlantik, pengembaraan Alaska dan persinggahan Amerika Selatan, yang menampilkan persinggahan ke enam pelabuhan baharu: Bastia (Corsica); Husavik (Iceland); Nantes dan Villefranche (Perancis); Rijeka (Croatia); Sept-Iles (Quebec), dan Charlotte Amalie (St Thomas).

Mengelilingi Dunia dalam masa 180 Hari dengan kapal Insignia, bermula pada 3 Januari 2018, menerokai keempat-empat penjuru dunia termasuk Caribbean, Brazil, Afrika, permata Lautan Hindi, khazanah Asia, bandar raya-bandar raya di Australia dan New Zealand, dan keseronokan tropika di Pasifik Selatan, Hawaii dan Terusan Panama.

Nautica akan berada di Eropah utara untuk musim panas 2017 dengan melawat pelabuhan termasuk Greenland, Iceland, Stockholm dan St Petersburg, sebelum menghabiskan 6 bulan belayar ke Asia, termasuk pelayaran 30 hari dari Dubai ke Cape Town dan Cape Town ke Singapura, sebelum mengikuti satu siri pelayaran 15 hari dari Singapura ke Hong Kong, Hong Kong ke Bangkok, Bangkok ke Shanghai. Destinasi Asia termasuk Sri Lanka, Thailand, Malaysia, Singapura, Kemboja, Vietnam, Kemboja, Myanmar (Burma), Taiwan, Jepun, China, India, Emiriyah Arab Bersatu dan Oman.

Sirena akan tiba di Asia Pasifik pada November 2017 untuk satu siri pelayaran 10 hari hingga 12 hari dari Papeete ke Papeete, pelayaran 16 hari dari Papeete ke Auckland, pelayaran 14 hari dari Auckland ke Sydney, dan persinggahan 18 hari dari Sydney ke Papeete.

Riviera dan Marina akan melakukan pelayaran magik ke Mediterranean dan Eropah Utara, dengan menggabungkan fiord dan Rivieras Perancis dan Itali.

Regatta akan belayar ke Caribbean dan jadual perjalanan baharu yang sensasi di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dengan singgah ke destinasi termasuk Mexico, Guatemala, Ecuador, Peru, Brazil, Argentina, Uruguay dan Chile.

Untuk menempah pelayaran dengan  Oceania Cruises, sila layari www.oceaniacruises.com

E-mel: res.apac@oceaniacruises.com

 

SUMBER: Norwegian Cruise Line Holdings 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Malaysia, telefon: +612 9224 6098
Singapura, telefon: 800-6167-096

 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.