ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  HOT 97 SUMMER JAM BERGANDINGAN DENGAN AVEX LIVE CREATIVE UNTUK SUMMER JAM TOKYO

Thursday 07/04/2016

AsiaNet 64003

TOKYO, 7 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

WQHT HOT 97 FM, stesen # 1 untuk Hip Hop dan R&B, mengumumkan pada 30 Mac satu pengembangan monumental bagi jenama HOT 97 SUMMER JAM, dengan membawa festival Hip Hop yang terbesar ke Tokyo pada Julai 2016. Sebagai negara yang pertama di luar Amerika syarikat, Jepun telah mengikat satu perjanjian pelesenan dengan HOT 97. Perkongsian pelbagai tahun itu adalah di antara Avex Live Creative, sebuah syarikat hiburan langsung dan penerbitan terulung, yang merupakan sebahagian daripada Avex Group Holdings yang berpangkalan di Jepun, dan Trevanna Entertainment, pasukan penerbitan yang bertanggungjawab menganjurkan HOT 97 SUMMER JAM di New York.

(Logo1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103763/201604069586/_prw_OI1fl_3tOv9LHa.jpg)

(Logo 2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103763/201604069586/_prw_OI3fl_k6hKgIw4.jpg)
 
(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103763/201604069586/_prw_OI8fl_5k9P2ki8.jpg)
(Video: https://youtu.be/CerSlJlj2t0)
 
HOT 97 SUMMER JAM TOKYO adalah satu contoh luar biasa mengenai kekuatan HOT 97 dan budaya Hip Hop yang meliputi ke seluruh dunia, melampaui radio dan muzik dan menghasilkan satu pengalaman buat penonton. Peluang untuk membawa satu acara yang sebesar ini ke Jepun pada tahun ini adalah sejajar dengan bukan sahaja kemasukan Hip Hop ke dalam budaya Jepun, tetapi juga peningkatan berterusan dalam sektor pelancongan yang dinikmati oleh Tokyo sejak beberapa tahun kebelakangan ini. HOT 97 SUMMER JAM TOKYO akan memberikan pelancong, serta penduduk tempatan, terutamanya millennial atau mereka yang mencapai kedewasaan pada sekitar tahun 2000, dengan satu pengembaraan baharu di sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan tradisi. Dengan Jepun sebagai pangkalannya, HOT 97 SUMMER JAM merancang untuk berkembang ke rantau Asia Pasifik.

Apa itu HOT 97 SUMMER JAM?

Festival Hop Hip yang terbesar di New York yang dihoskan oleh HOT 97, stesen radio Hip Hop yang paling berpengaruh di New York. Festival itu menarik minat penduduk New York dan pengguna yang menghayati budaya Hip Hop dari seluruh pelusuk dunia, dan adalah tempat bagi artis yang telah memenangi anugerah, deejay HOT 97 – artis-artis terkemuka dalam acara itu. Festival itu dimulakan pada tahun 1994 dan mempunyai sejarah selama 20 tahun, dengan pantas menjual 50,000 tiket pada setiap tahun. Sebagai negara yang pertama di dunia di luar Amerika Syarikat, Jepun akan menjadi tuan rumah kepada HOT 97 SUMMER JAM TOKYO pada tahun 2016.

HOT 97 SUMMER JAM TOKYO 2016 akan berlangsung pada Jumaat, 29 Julai, 2016, di ZEPP TOKYO. Barisannya, yang bukan sahaja termasuk beberapa nama yang paling terkenal dalam Hop Hip di seluruh dunia, tetapi juga aksi Hop Hip yang terbesar di Jepun, akan diumumkan pada satu tarikh yang ditentukan kelak. Untuk maklumat terkini, termasuk maklumat jualan, sila layari  (http://www.hot97summerjamtokyo.jp) atau ikuti HOT 97 SUMMER JAM TOKYO di Facebook di (http://www.facebook.com/HOT97SummerJamTokyo)
 
Sumber: Avex Live Creative

Hubungi (untuk tujuan pelesenan):
Hiroki Aonuma
Jawatankuasa Eksekutif HOT 97 SUMMER JAM TOKYO
Avex Live Creative Inc.
Tel: +81-3-5545-9283
E-mel: aonuma-hiroki@av.avex.co.jp

 
Hubungi (untuk pertanyaan media)
Atsuko Matsuda
HOT 97 SUMMER JAM TOKYO PR
TANK Inc.
Tel: +81-3-4330-4469
E-mel: matsuda@tankpr.jp 


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.