ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  PH MINERS INC TAWAR $3000 PENJIMATAN PADA MINER BITCOIN DAN LITECOIN

Wednesday 13/04/2016



NEW YORK, April 13 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ph Miners Inc telah melancarkan tawaran istimewa ke atas miner Bitcoin dan Litecoin mereka yang hebat bagi membolehkan pelanggan membeli empat miner untuk harga tiga miner, penjimatan sebanyak $3000.

Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bda9439e-1925-4eeb-9349-6d69660ac72b

Tawaran baru ini membolehkan pelanggan untuk mencampur dan memadankan unit mengikut pilihan mereka pada Bitcoin atau Litecoin. Sebagai contoh, jika pelanggan mahukan dua miner Bitcoin dan satu miner Litecoin, mereka masih layak untuk tawaran istimewa dan  dapat memilih sama ada miner Bitcoin atau Litecoin sebagai unit percuma keempat mereka. Tanpa mengira miner yang mereka pilih, mereka masih layak untuk tawaran tersebut apabila mereka membeli tiga unit serentak.  Dengan setiap peranti yang dijual pada $3000 setiap satu, promosi ini menawarkan penjimatan hebat kepada para pelanggan pH Miners Inc.

pH Miners Inc telah ditubuhkan dua tahun lalu dengan tujuan untuk menyediakan teknologi tinggi dan penyelesaian mining kripto-mata wang yang sangat menguntungkan. Semua komponen miner Bitcoin dan Litecoin mereka adalah sungguh unik dan dihasilkan secara berasingan tanpa menggunakan teknologi pihak ketiga. Dengan menggunakan cara ini, pH Miners Inc kekal berdedikasi untuk menghasilkan teknologi baharu dan berinovatif yang boleh mengurangkan kos peranti sambil mengekalkan tahap prestasi yang tinggi.

Bercakap tentang tawaran istimewa terkini, seorang jurucakap pH Miners menjelaskan bahawa ciri tersendiri ini untuk kos rendah dan prestasi tinggi yang telah membenarkan mereka melancarkan promosi mesra pengguna seumpamanya. "Kami merupakan  sebuah pasukan pakar yang pesat berkembang yang amat bersemangat dengan apa yang kami lakukan."  Kami ingin menyediakan kripto-mata wang kepada pelbagai jenis pelanggan, dan dengan sentiasa membangunkan teknologi alternatif yang meningkatkan prestasi tanpa meningkatkan kos, kami berupaya untuk menawarkan promosi beli-tiga-dapat-satu yang akan meningkatkan keuntungan secara mendadak buat pelanggan-pelanggan kami. "

Walaupun miner Bitcoin dan Litecoin pH Miners Inc adalah lebih murah daripada  unit lain yang bersaing di pasaran, kualiti peranti tidak terjejas dalam apa jua cara. Setiap miner tunggal perlu lulus prosedur ujian dua peringkat; pertama dilakukan pada akhir proses pembuatan dan kedua sebelum peranti dihantar untuk memastikan bahawa setiap unit sampai di tangan pelanggan dalam keadaan  berfungsi dengan sempurna. Tambahan pula, miner Bitcoin dilengkapi jaminan selama lima tahun, manakala miner Litecoin menikmati jaminan lebih lama iaitu selama 15 tahun.

pH Miners Inc juga menawarkan penghantaran antarabangsa percuma ke atas semua peranti yang dibeli, yang memberikan lebih banyak penjimatan untuk pelanggan mereka. Oleh kerana peranti tersebut adalah unit yang agak besar dan berat, mereka cenderung untuk menaikkan caj penghantaran yang ketara. Oleh sebab  mereka sendiri yang menanggung kos tersebut, pH Miners Inc menjimatkan pelanggan beratus-ratus dolar dalam kos penghantaran.

Walaupun sebuah syarikat yang agak baru dan secara rasmi melancarkan peranti mereka pada suku pertama 2016, pH Miners Inc nampaknya sudah bersedia untuk memberikan impak yang besar kepada industri dengan menawarkan miner pada harga yang berpatutan. Dengan keuntungan yang meyakinkan daripada unit mereka, syarikat menjangka untuk menarik pelanggan yang masih baru dengan mining Bitcoin dan Litecoin dan tidak sabar-sabar untuk melabur dalam mata wang digital popular ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pH Miners Inc dan peranti mereka, atau untuk memanfaatkan tawaran istimewa mereka dan membeli empat unit untuk harga tiga unit, sila lawati www.phminers.com.

Sila ajukan pertanyaan kepada: Eric Franklin, pH Miners Inc. eric@phminers.com

SUMBER : Ph Miners Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.