ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  12 TAHUN TERUS MEMPERJUANGKAN INTEGRITI

Wednesday 13/04/2016



KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Sempena sambutan ulangtahun Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang ke-12 pada 23 April 2016 ini. INTEGRITI akan menganjurkan pelbagai program sempena Sambutan Ulangtahun ke-12.

14 April 2016 - “Breakfast Talk” yang diadakan pada setiap bulan kali ini memasuki siri empat dengan topik "Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi" akan diadakan. Dalam usaha kerajaan  membasmi rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, kawalan sistem atau undang-undang merupakan suatu mekanisme yang dirangka bagi mencegah berlakunya  kelemahan pengurusan di semua peringkat pelaksanaan operasi jabatan atau organisasi.  Contoh, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Act) akta yang mampu melindungi pemberi maklumat menghadapi risiko tinggi pendedahan tersebut. Sejauh mana kepercayaan masyarakat dan kesahihan perlindungan yang diberikan akan turut dibincangkan.

19 April 2016 – INTEGRITI juga akan mengadakan Majlis Perlancaran yang akan melibatkan empat program INTEGRITI dan akan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI. Program dalam majlis tersebut adalah perlancaran Pertandingan Mencipta Klip Video Integriti dengan tema “Nilai Integriti Pelbagai Agama Teras Kesejahteraan Rakyat” merupakan anjuran bersama INTEGRITI dan Universiti Tun Abdul Rahman (UTAR). Ianya sebagai langkah memperluaskan usaha penerapan integriti dalam golongan belia terutama dalam kalangan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS). 

Seterusnya, turut akan dilancarkan adalah Pertandingan Lukisan Integriti “The Art of PAINT”EGRITY”  yang akan memberi cetusan idea dan platform kepada para peserta dan pengkarya seni visual kanvas untuk menghasilkan karya yang menakrifkan integriti dalam luahan karya yang bermakna. Usaha ini juga untuk menjadikan INTEGRITI sebagai hub dan galeri lukisan yang bertemakan nilai-nilai integriti. Syarat pertandingan yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia akan mencetuskan idea untuk mendalami makna integriti. Pada majlis tersebut juga berlangsung Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi INTEGRITI yang telah dibuka penyertaan sejak 01 Disember 2015 hingga 1 Januari 2016. Pemenang telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh INTEGRITI.

20 April 2016 – Sempena sambutan ulangtahun ke-12, INTEGRITI juga akan mengadakan Dialog Khas Integriti Agensi Penguatkuasa “Dialog Khas Integriti Agensi Penguatkuasaan, Kebanjiran Pendatang Asing – Apakah kesudahannya? akan diadakan bertujuan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang usaha yang telah dilakukan dalam membanteras isu ini. Selain dapat mengenalpasti cabaran dan halangan yang dihadapi anggota penguatkuasa dalam menangani kebanjiran pendatang asing. Dialog ini juga akan membuka ruang kepada agensi lain untuk memberi pandangan apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini.

27 April 2016 – Rountable Discussion “Strategi bagi memantapkan Institusi Keluarga selaras dengan Tekad Integriti ke-4”. Objektif program ini dianjurkan adalah bagi membincangkan isu-isu integriti keluarga yang perlu diberi perhatian dan mengenalpasti strategi serta pendekatan yang boleh diperkasa untuk menambaik sistem kekeluargaan di Malaysia.

28 April 2016 - Roundtable Discussion “Integriti Para Peniaga Selepas Setahun Pelaksaaan GST”. Program ini akan membincangkan tahap sebenar pematuhan para peniaga dan persepsi para pengguna terhadap integriti peniaga dalam tempoh setahun selepas pelaksanaan GST. Antara panel yang akan hadir Encik Tan Kim Siat, Pengarah GST, KASTAM.

29 April 2016 – Integrity Art Night yang memasuki siri ke-3 tahun ini akan membawakan malam seni bertemakan “Integriti di Hati”. Bertepatan dengan tema ini, sebuah kumpulan anak muda yang digelar “Recycled Band” telah dijemput bagi berkongsi karya kreatif yang mana muzik yang dihasilkan adalah menggunakan instrumen atau peralatan yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Mesejnya jelas, dalam usaha mereka menyampaikan karya seni kepada masyarakat, anak muda ini menggunakan kreativiti untuk mencipta peralatan muzik disamping dapat menjaga alam sekitar. Selain Recycled Band, seorang insan seni jalanan yang lebih dikenali dengan nama “Pak Zaki Peniup Seruling Jalanan” akan membuat persembahan istimewa. Insan kurang upaya ini telah membuktikan kepada masyarakat bahawa kekurangan bukanlah penghalang kepada beliau untuk berkarya dan melalui karya ini beliau dapat menampung kehidupan dengan menggunakan kebolehan yang ada.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Anis Yusal Yusoff, sejak mengambil alih sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sejak Jun 2015, beliau telah mengambil pendekatan berbeza dalam penganjuran program di INTEGRITI yang menggalakkan masyarakat daripada pelbagai latarbelakang untuk datang dan berdiskusi bagi membentuk kerjasama dalam usaha kita mengangkat agenda INTEGRITI dan matlamat akhir adalah untuk membentuk sebuah negara yang masyarakatnya berintegriti tinggi, iaitu berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.  

SUMBER : Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norsheeda Din
Penolong Pengarah, Program Komunikasi

Tel: 03-6209 2014 / 019-3029545
Emel: sheeda@integriti.my

Nama : Aimi Farhana Mohd Amin
Penolong Pengarah, Program Komunikasi
Telefon: 03 – 6209 2013 / 019-3021494
Emel : aimi@integriti.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.