ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  BIOTEKNOLOGI /TANAMAN GM DITANAM DI DUA JUTA HEKTAR DARI TAHUN 1996 HINGGA 2015

Wednesday 13/04/2016



Petani Mengaut Lebih AS$150 Bilion daripada Kemajuan dalam Tanaman Bioteknologi sepanjang lebih 20 Tahun
 
BEIJING, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- International Service for the Acquisition of Agri-Biotech Applications (ISAAA) hari ini mengeluarkan laporan tahunan mereka dengan memperincikan penggunaan tanaman bioteknologi, "Ulang Tahun ke-20 Pengkomersialan Global bagi Tanaman Bioteknologi (1996 hingga 2015) dan Sorotan Tanaman Bioteknologi pada 2015," dengan mempamerkan peningkatan global dalam keluasan bioteknologi daripada 1.7 juta hektar pada 1996 kepada 179.7 juta hektar pada tahun 2015. Peningkatan 100 kali ganda ini dalam masa hanya 20 tahun menjadikan bioteknologi sebagai tanaman teknologi yang paling banyak digunakan sejak kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan kepuasan petani dengan tanaman bioteknologi.
 
Sejak tahun 1996, 2 bilon hektar tanah pertanian – satu kawasan yang besar iaitu dua kali ganda berbanding jisim bumi China atau Amerika Syarikat - telah ditanam dengan tanaman bioteknologi. Selain itu, dianggarkan bahawa para petani di sehingga 28 buah negara telah meraih lebih AS$150 bilion dalam manfaat daripada tanaman bioteknologi sejak tahun 1996. Ini telah membantu mengurangkan kemiskinan sehingga 16.5 juta petani kecil dan keluarga mereka setiap tahun yang berjumlah kira-kira 65 juta orang, yang merupakan antara rakyat termiskin di dunia.
 
"Lebih ramai petani kini mengusahakan tanaman bioteknologi di negara-negara membangun dengan tepat kerana tanaman bioteknologi adalah satu pilihan yang telah diuji dengan ketat untuk meningkatkan hasil tanaman," kata Clive James, pengasas dan pengerusi Emeritus ISAAA, yang telah menulis laporan ISAAA itu sejak dua dekad yang lalu. "Walaupun ada dakwaan daripada pihak lawan bahawa bioteknologi hanya memberi manfaat kepada petani di negara-negara perindustrian, penggunaan teknologi itu secara berterusan di negara-negara membangun telah menyanggah dakwaan itu," kata James.
 
Buat tahun keempat berturut-turut, negara-negara membangun telah menanam lebih banyak tanaman bioteknologi (14.5 juta hektar) berbanding negara-negara perindustrian. Pada tahun 2015, petani di Amerika Latin, Asia dan Afrika telah mengusahakan tanaman bioteknologi di 54 peratus daripada keluasan bioteknologi global (97.1 juta hektar daripada 179.7 juta hektar bioteknologi) dan daripada 28 negara yang menanam tanaman bioteknologi, 20 adalah merupakan negara membangun. Setiap tahun, sehingga 18 juta orang petani, 90 peratus daripada mereka adalah penanam kecil-kecilan yang mempunyai sumber yang terlalu sedikit di negara-negara membangun, mendapat manfaat daripada menanam tanaman bioteknologi dari tahun 1996 hingga 2015.
 
"China adalah hanya satu contoh mengenai manfaat bioteknologi kepada petani di negara-negara membangun. Antara tahun 1997 dan 2014, pelbagai jenis bioteknologi kapas telah menghasilkan kira-kira $17.5 bilion nilai manfaat kepada petani kapas China, dan mereka telah merealisasikan $1.3 bilion pada tahun 2014 sahaja," kata Penyelaras ISAAA Global, Randy Hautea.
 
Pada tahun 2015 juga, India menjadi pengeluar kapas yang terkemuka di dunia dengan sebahagian besar daripada pertumbuhannya disebabkan oleh bioteknologi Bt kapas. India adalah negara kapas bioteknologi yang terbesar di dunia dengan kawasan seluas 11.6 juta hektar diusahakan pada tahun 2015 oleh 7.7 juta orang petani kecil. Pada tahun 2014 dan 2015, sebanyak 95 peratus daripada tanaman kapas India telah ditanam dengan menggunakan benih bioteknologi; manakala penggunaan oleh China pada tahun 2015 adalah 96 peratus.
 
"Petani, yang secara tradisinya adalah pembenci risiko, mengakui nilai tanaman bioteknologi, yang menawarkan faedah kepada petani dan pengguna, termasuk toleransi kepada kemarau, tahan serangan serangga dan penyakit, toleransi kepada racun herba, dan peningkatan nilai pemakanan dan kualiti makanan," kata Hautea. "Selain itu, tanaman bioteknologi menyumbang kepada sistem pengeluaran makanan yang lebih mampan yang menangani kebimbangan mengenai perubahan iklim dan keselamatan makanan global."
 
Berikutan pertumbuhan yang luar biasa selama 19 tahun dari tahun 1996 hingga 2014, dengan 12 tahun menyaksikan pertumbuhan dua angka, keluasan tanaman bioteknologi secara global memuncak pada 181.5 juta hektar pada tahun 2014, berbanding dengan 179.7 juta hektar pada tahun 2015, yang bersamaan dengan penurunan bersih yang kecil sebanyak 1 peratus. Perubahan ini adalah disebabkan terutamanya oleh penurunan secara keseluruhan dalam jumlah kawasan tanaman, yang dikaitkan dengan harga yang rendah untuk tanaman komoditi pada tahun 2015. ISAAA menjangkakan jumlah kawasan tanaman akan meningkat apabila harga tanaman bertambah baik. Sebagai contoh, Kanada mengunjurkan keluasan canola pada tahun 2016 akan kembali ke tahap yang lebih tinggi daripada angka 2014. Faktor lain yang mempengaruhi keluasan bioteknologi pada tahun 2015 termasuk kemarau yang dahsyat di Afrika Selatan, yang membawa kepada penurunan besar-besaran sebanyak 23 peratus daripada 700,000 hektar di kawasan tanaman yang dimaksudkan dalam tahun 2015. Kemarau di Afrika timur dan selatan pada tahun 2015/2016 menyebabkan sehingga 15 hingga 20 juta orang miskin berisiko kepada kebimbangan kecukupan makanan dan memaksa Afrika Selatan, yang secara lazimnya adalah pengeksport jagung, untuk bergantung kepada pengimportan jagung.
 
Sorotan tambahan daripada laporan ISAAA 2015 termasuk:

  • Tanaman bioteknologi yang baharu telah diluluskan dan/ atau dikomersialkan di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat, Brazil, Argentina, Kanada dan Myanmar.
  • Amerika Syarikat menyaksikan beberapa kejayaan termasuk pengkomersilan produk baharu seperti:
    • Ubi kentang Innate™ Generasi 1, dengan tahap akrilamid yang lebih rendah,  sejenis karsinogen yang berpotensi, dan daya tahan kepada lebam. InnateTM  Generasi 2, yang diluluskan pada tahun 2015, juga mempunyai daya tahan kepada perosak. Perlu dinyatakan bahawa ubi kentang merupakan tanaman makanan yang keempat paling penting di dunia.
    • Epal Arctic® yang tidak menjadi perang apabila dihiris.
    • Tanaman genom bukan transgenik yang pertama yang dikomersialkan di peringkat global, SU Canola™, telah ditanam di Amerika Syarikat.
    • Produk makanan haiwan GM yang diluluskan kali pertama, GM salmon, untuk penggunaan manusia.
 
  • Tanaman bioteknologi dengan pelbagai ciri-ciri, seringkali diberi nama "ciri-ciri tersusun," telah ditanam di 58.5 juta hektar, yang mewakili 33 peratus daripada kesemua kawasan bioteknologi yang ditanam dan satu peningkatan 14 peratus tahun ke tahun.
  • Vietnam menanam bioteknologi Bt yang tersusun dan jagung yang toleren racun herba sebagai tanaman bioteknologi yang pertama.
  • Jagung bioteknologi DroughtGard™, mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 2013, dan meningkat 15 kali ganda daripada 50,000 hektar pada tahun 2013 kepada 810,000 hektar yang mencerminkan penerimaan yang tinggi oleh petani.
  • Sudan meningkat keluasan Bt kapas sebanyak 30 peratus kepada 120,000 hektar, manakala pelbagai faktor menghalangkan keluasan yang lebih tinggi di Burkina Faso.
  • Lapan negara Afrika telah menjalankan ujian di medan, mengadakan polisi untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi, keutamaan tanaman Afrika, langkah kedua terakhir sebelum diluluskan.
 
Melihat ke hadapan untuk masa hadapan bioteknologi dalam bidang pertanian, ISAAA telah mengenal pasti tiga peluang utama untuk merealisasikan pertumbuhan yang berterusan di dalam penggunaan tanaman bioteknologi, yang adalah seperti berikut:
  • Kadar tinggi bagi penerimaan (90 peratus hingga 100 peratus) dalam pasaran bioteknologi utama semasa yang meninggalkan hanya sedikit ruang yang kecil untuk pengembangan. Walau bagaimanapun, terdapat potensi yang besar di negara-negara "baharu" yang lain untuk produk terpilih seperti jagung bioteknologi, yang mempunyai potensi kira-kira lebih 100 juta hektar di peringkat global, 60 juta hektar di Asia, yang mana 35 juta sahaja adalah di China, selain 35 juta hektar di Afrika.
  • Lebih 85 produk baharu yang berpotensi berada dalam perancangan kini sedang diuji; termasuk sejenis jagung bioteknologi yang toleren kepada kemarau daripada projek WEMA (Jagung Yang Cekap Air untuk Afrika) yang dijangka dikeluarkan di Afrika pada tahun 2017, Padi Emas di Asia, dan pisang yang diperkuat dan kacang duduk yang tahan perosak di Afrika.
  • CRISPR (Palindromik Pendek Berkelompok Yang Berulang dengan Tetap) satu teknologi genom baharu yang berkuasa yang mempunyai kelebihan perbandingan yang ketara ke atas tanaman konvensional dan tanaman GM dalam empat domain: ketepatan, kelajuan, kos dan pengawalan. Apabila digabungkan dengan kemajuan lain dalam sains tanaman, CRISPR boleh meningkatkan produktiviti tanaman dalam mod "kemampanan yang bertambah hebat" pada 1.5 bilion hektar tanah pertanian di dunia, dan memberi sumbangan penting kepada keselamatan makanan global.
 
Untuk maklumat lanjut atau ringkasan eksekutif bagi laporan itu, sila layari www.isaaa.org.

Maklumat mengenai ISAAA:

International Service for the Acquisition of Agri-biotech Applications (ISAAA) adalah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan dengan satu pusat rangkaian antarabangsa yang direka untuk menyumbang kepada pembasmian kelaparan dan kemiskinan dengan berkongsi aplikasi pengetahuan dan bioteknologi tanaman. Clive James, Pengerusi Emeritus dan Pengasas ISAAA, telah menetap dan/ atau bekerja untuk tempoh 30 tahun yang lalu di negara-negara membangun di Asia, Amerika Latin dan Afrika, dengan menumpukan usaha beliau kepada isu-isu penyelidikan dan pembangunan pertanian dengan memberi tumpuan kepada tanaman bioteknologi dan keselamatan makanan global. Randy Hautea, Penyelaras Global bagi ISAAA dan Pengarah Pusat Asia Tenggara ISAAA, menyertai ISAAA pada tahun 1998 selepas berkhidmat sebagai Pengarah di Institut Pembiakan Tumbuh-tumbuhan di Universiti Filipina Los Baños.

Hubungi
ISAAA
Mollie Dreibrodt, 713-513-9524
Mollie.Dreibrodt@fleishman.com

Sumber: International Service for the Acquisition of Agri-Biotech Applications (ISAAA)

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160412005217/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.