ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TORANOMON HILLS BERKEMBANG SEBAGAI SEBUAH HAB PERNIAGAAN GLOBAL

Wednesday 13/04/2016



-Mori Building mengumumkan tiga projek pembangunan semula sehingga tahun 2020 dan seterusnya-

TOKYO, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building, sebuah pemaju landskap bandar yang terkemuka, hari ini mengumumkan satu senarai projek pembangunan semula besar-besaran yang melibatkan pembinaan tiga menara di sekitar Toranomon Hills yang sedia ada. Pelan itu akan mentransformasikan kawasan itu untuk menjadi sebuah hab perniagaan yang lebih menyerlah, boleh diakses secara global dan akan menarik orang perseorangan dan perusahaan dari seluruh pelusuk dunia untuk menetap, bekerja dan bermain di Toranomon.

Transformasi mempercepatkan Toranomon

Untuk beberapa tahun akan datang, Mori Building akan membangunkan tiga menara bercampur yang baharu yang secara tentatif akan diberi nama Menara Perniagaan Toranomon Hills, Menara Kediaman Toranomon Hills dan Menara Stesen Toranomon Hills di sekitar kawasan Toranomon Hills yang sedia ada, yang dibuka pada Jun 2014.

Apabila siap kelak, jumlah keseluruhan kawasan kompleks Toranomon Hills akan mencapai kira-kira 7.5 hektar, termasuk empat menara Toranomon Hills, stesen pengangkutan baharu, jalan raya dan kawasan hijau. Terdapat kira-kira 800,000m2 jumlah ruang lantai, yang bersamaan dengan kawasan di Roppongi Hills, termasuk kira-kira 300,000m2 ruang pejabat dan 26,000m2 ruang runcit. Tapak itu juga akan menempatkan sebuah stesen kereta api bawah tanah yang baharu di Laluan Hibiya dan stesen Bus Rapid Transit (BRT) baharu yang akan menghubungkan pusat bandar Tokyo dan kawasan teluk.

Projek-projek pembangunan semula Mori di Toranomon telah membawa hasil yang ketara ke kawasan itu, satu kesan yang dijangka akan mempercepatkan projek-projek baharu itu. Sejak perasmian rasmi Toranomon Hills yang sedia ada, harga tanah telah melonjak kira-kira 34.4 peratus dan bilangan orang yang menggunakan Stesen Toranomon telah meningkat sebanyak 7 peratus. Di kompleks Toranomon Hills sahaja, ruang pejabat berskala besar yang akan diwujudkan dalam pembangunan ini dijangka meningkatkan tiga kali ganda bilangan orang yang bekerja di kompleks itu kepada 30,000 orang. Sementara itu, projek-projek oleh Mori dan pemaju lain di kawasan Toranomon yang lebih besar diramalkan akan menambah lebih banyak ruang pejabat baharu dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding yang ditambah sejak 30 tahun yang lalu.

Bilangan penduduk di kawasan itu juga dijangka meningkat memandangkan Menara Kediaman Toranomon akan menambahkan kira-kira 600 unit kediaman. Projek itu juga termasuk penanaman kawasan hijau yang luas, lebih daripada dua kali ganda kawasan yang ada sekarang iaitu 6,000m2 kepada 15,000m2. Ini akan membentuk satu rangkaian kawasan hijau yang menghubungkan Toranomon Hills kepada cerun Mt. Atago dan kompleks Atago Green Hills yang bersebelahan, sekali gus mewujudkan satu pulau yang mesra alam semula jadi dan menyegarkan.

"Bandar raya itu dan penduduknya perlu sentiasa berkembang bagi mengukuhkan kuasa  bandar raya itu untuk menarik individu yang kreatif dan perusahaan dari seluruh dunia," kata Shingo Tsuji, Ketua Pegawai Eksekutif Mori Building. "Kami percaya bahawa kompleks Toranomon Hills akan terus menjadi pemangkin perubahan ekonomi, kebudayaan dan alam sekitar, yang mewujudkan kawasan itu sebagai sebuah hab perniagaan antarabangsa yang akan memeriah dan mengukuhkan Tokyo secara keseluruhannya."

Bangunan pencakar langit bercampur bersepadu dan stesen baharu membentuk sebuah 'gerbang ke Tokyo'

Mori membayangkan projek ini sebagai struktur pelbagai yang membentuk sebuah kompleks yang harmoni dari segi konsep yang lancar disepadukan dengan kesemua pilihan pengangkutan, yang membentuk semula Toranomon sebagai sebuah gerbang ke Tokyo dan hab untuk perniagaan antarabangsa.

"Kami percaya bahawa orang ramai mempunyai kuasa untuk mengubah sesebuah bandar raya. Berdasarkan kepada konsep reka bentuk urban Bandar Raya Taman Menegak atau Vertical Garden Cities kami yang unik, yang menggunakan struktur ultra tinggi yang pintar dan ruang bawah tanah untuk meningkatkan kecekapan infrastruktur dan mengintegrasikan fungsi bandar yang pelbagai, kami berusaha untuk membentuk semula Toranomon Hills menjadi bukan sahaja sebagai tempat untuk perniagaan tetapi juga sebagai satu komuniti yang menghubung dan memupuk pelbagai orang yang berkumpul di sini," kata Shingo Tsuji.

Menara Perniagaan Toranomon akan mengadakan kira-kira 94,000m2 ruang pejabat menjelang tahun 2019. Menara 36 tingkat itu akan menempatkan Pusat Inovasi, menawarkan ruang pejabat, salon dan tempat seminar bagi kapitalis usaha niaga dan bahagian pembangunan perniagaan baharu syarikat utama. Untuk membawa kecanggihan reka bentuk yang bertaraf dunia, Mori telah menggunakan kecekapan arkitek Jerman Christoph Ingenhoven untuk mengarahkan reka bentuk luaran menara itu dan pereka dalaman Jepun yang terkemuka Masamichi Katayama untuk melaksanakan reka bentuk dalaman bagi kemudahan runcit.

Menara ini akan menempatkan stesen baharu BRT yang menghubungkan pusat bandar Tokyo, kawasan teluk dan pelbagai venue untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2020 Tokyo, serta terminal bas Limousin Lapangan Terbang baharu yang akan menghubungkan Toranomon ke lapangan terbang antarabangsa Tokyo. BRT akan dapat membawa kira-kira 3,000 orang pada setiap jam dan dijangka berkhidmat sebagai satu mod penting dalam pengangkutan semasa Sukan itu, untuk membawa atlet dan penonton antarabangsa.

Menara Kediaman Toranomon Hills akan membekalkan 600 unit kediaman premium pada tahun 2019, menjadikan jumlah keseluruhan di kompleks Toranomon Hills kepada kira-kira 800. Sebagai respons kepada keperluan pengunjung asing untuk jangka panjang, menara setinggi 56 tingkat itu akan menawarkan unit kediaman berskala besar dan apartmen perkhidmatan dengan bilik mandi suite gaya Barat, spa dan pusat kecergasan, kemudahan penjagaan anak dan concierge dwibahasa 24-jam di tempat itu. Dalaman itu akan direka oleh Tony Chi, pereka yang berpangkalan di New York yang bertanggungjawab untuk Grand Hyatt Tokyo dan Andaz Tokyo. Christoph Ingenhoven akan mereka bentuk bahagian luar menara ini selain memastikan keseimbangan yang harmoni dengan Menara Perniagaan Toranomon Hills dan Toranomon Hills sedia ada yang terletak berselahan.

Menara Stesen Toranomon Hills akan menjadi kerjasama pembangunan semula yang unik yang menggabungkan bangunan pencakar langit pelbagai guna yang dibina oleh Mori dengan sebuah stesen kereta api bawah tanah baharu yang diwujudkan oleh Urban Renaissance Agency. Menara itu akan menggabungkan stesen kereta api bawah tanah Hibiya Line yang baharu yang dijadual memulakan perkhidmatan separa pada tahun 2020 dan dek terbuka yang ditinggikan dengan kawasan hijau yang menghubungkan menara itu dengan seluruh kompleks melalui Toranomon Hills yang sedia ada. Pembangunan bersepadu gaya Mori Building akan menyediakan persekitaran kehijauan yang  menenangkan yang juga memudahkan pergerakan pelawat, pekerja, dan penduduk di sekitar kompleks dan melalui bandar raya itu. Projek itu akan direka oleh OMA prinsipal Shohei Shigematsu dengan kerjasama pengasas utama Rem Koolhaas. Ciri-ciri spesifikasi  untuk Menara Stesen Toranomon Hills masih dibincangkan, tetapi ia dijadualkan dibuka pada tahun 2022.

Untuk pengangkutan darat, Toranomon Hills akan terus menyediakan akses yang lancar untuk Loop Road No. 2, satu laluan utama yang akan menghubungkan Shimbashi ke Toyosu apabila bahagian terakhir selesai pada tahun 2020, yang menghubungkan kawasan itu terus ke kawasan teluk yang pesat membangun di Tokyo .

Melangkah ke hadapan, Mori Building akan melaksanakan sejumlah 10 projek pembangunan semula besar-besaran di Toranomon dan kawasan sekitarnya, dengan ketiga-tiga menara sebagai tempat yang paling penting.

Untuk maklumat lanjut dan imej/ video yang boleh dimuat turun:
www.mori.co.jp/dl/image.zip
www.mori.co.jp/dl/video.zip

Lihat video rasmi di youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=SuzeIhU47Yc

Maklumat mengenai Mori Building

Mori Building Co., Ltd. yang berpangkalan di Tokyo, mewujudkan konsep berinovatif untuk kehidupan di bandar di seluruh Jepun dan di seluruh Asia. Sebagai satu daripada pemaju landskap bandar yang utama di Jepun, Mori Building terlibat di dalam pembangunan semula bandar, pajakan harta tanah dan pengurusan dan perundingan yang meliputi bidang-bidang seperti kompleks percutian, pejabat dan kediaman berkelas tinggi. Contohnya termasuk kompleks Roppongi Hills di Tokyo dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Mori Building  diwujudkan pada tahun 1959. Sila layari www.mori.co.jp/en.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51315456&lang=en

Hubungi

Pertanyaan media
Weber Shandwick
Rutsuko Nakajima / Masashi Nonaka, +81-90-9006-2769 / +81-80-1037-7879
moribldg@webershandwick.com

Sumber: Mori Building Co., Ltd.

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160412006906/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.