ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MOMENTUM PERNIAGAAN TRIPWIRE SEMAKIN PANTAS DALAM 2015

Thursday 14/04/2016



PORTLAND, Ore., 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tripwire, Inc., sebuah pembekal terkemuka dunia bagi penyelesaian pengesanan dan tindak balas akhir, keselamatan, pematuhan dan operasi IT, hari ini mengumumkan pencapaian tertinggi hasil dan keuntungan dalam tahun 2015 yang diterajui oleh jualan kukuh oleh Tripwire® IP360™, sebuah penyelesaian pengurusan kerentanan; Tripwire® Enterprise, sebuah penyelesaian pengurusan konfigurasi keselamatan dan pematuhan dasar; dan Tripwire NERC Solution Suite, sebuah penyelesaian keselamatan dan pematuhan yang direka untuk memenuhi keperluan keselamatan pematuhan dan siber yang unik bagi organisasi tenaga.

"Selepas pengambilalihan kami oleh Belden pada tahun lepas, pertumbuhan dan keuntungan terus dicapai pada satu kadar yang agresif," kata Gus Malezis, Presiden bagi Tripwire. "Kami berupaya mengambil kesempatan daripada peluang-peluang dalam pasaran utama dalam pelbagai industri infrastruktur kritikal pada tahun 2015, dan kami menjangkakan momentum ini akan berterusan. Kami terus melabur dengan banyaknya dalam inovasi teknologi, perhubungan pelanggan, saluran dan perkongsian vendor pihak ketiga, dan menjajarkan penyelesaian kami untuk penghantaran yang optimum." 

Sorotan utama perniagaan pada tahun 2015 termasuk:
  • Jualan NERC Solutions Suite meningkat lebih 200 peratus.
  • Tempahan untuk Eropah, Timur Tengah dan Afrika meningkat satu kali ganda dalam separuh kedua tahun 2015.
  • Memperolehi urus janji terbesar di dalam sejarah syarikat itu yang bernilai berjuta-juta dolar.
  • Jualan saluran tahun ke tahun meningkat dengan ketara.
Sorotan teknikal utama pada tahun 2015 termasuk:
  • Suite penyelesaian pengurusan kerentanan Tripwire kini mengesan lebih 108,000 keadaan, yang merupakan peningkatan 73 peratus dalam liputan kerentanan dan peningkatan 153 peratus dalam liputan aplikasi berbanding tahun 2014.
  • Liputan dasar dan pematuhan kawal selia untuk Tripwire Enterprise meningkat lebih 200 dasar baharu merentasi 26 jenis dasar.
  • Craig Young, seorang penyelidik keselamatan dengan Pasukan Kerentanan Pendedahan dan Penyelidikan (VERT) Tripwire, diberi penghargaan kerana penyerahan kerentanan di dalam Notis Isi Kandungan Keselamatan Apple iOS 8.4 pada November 2015 dan dalam buletin keselamatan HP pada Disember 2015. Beliau juga telah disenaraikan di dalam Google Hall of Fame bagi penyelidik keselamatan.
  • Tripwire Enterprise dan Tripwire IP360 termasuk platform komprehensif dan sokongan dasar bagi Industri Kad Pembayaran Standard Keselamatan Data (PCI DSS) versi 3.2.
"Keputusan perniagaan kami jelas menunjukkan nilai penyelesaian kami yang disampaikan kepada pelanggan kami," kata Dwayne Melancon, ketua pegawai teknologi dan naib presiden bahagian penyelidikan dan pembangunan bagi Tripwire. "Kami terus melabur dalam teknologi dan penyelesaian yang terkemuka di dalam industri, menyampaikan penyelesaian yang berkesan, bersepadu dan berskala yang memenuhi isu-isu keselamatan dan pematuhan yang paling mencabar yang dihadapi oleh pelanggan kami."

Penyelesaian pengurusan keselamatan dan kerentanan Tripwire melindungi server kritikal dan titik akhir untuk lebih 9,500 pelanggan di 91 buah negara. Lebih separuh daripada syarikat-syarikat Fortune 500 menaruh kepercayaan terhadap Tripwire dengan keperluan keselamatan dan pematuhan mereka. Penyelesaian Tripwire melindungi kebanyakan daripada rangkaian terbesar dan paling sensitif di dunia, termasuk sembilan daripada 10 utiliti terbesar di Amerika Syarikat, lapan daripada 10 peruncit utama di dunia, dan tujuh daripada 10 syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia. Di seluruh dunia, penyelesaian Tripwire melindungi lebih 10 juta aset.

Tripwire adalah merupakan pesaing “pure-play” atau syarikat yang memberi tumpuan semata-mata pada produk atau perkhidmatan tertentu yang terbesar yang menumpukan secara eksklusif kepada pasaran pengurusan konfigurasi keselamatan dan pasaran keselamatan dan pengurusan kerentanan. Laporan tahunan The International Data Corporation (IDC), "Bahagian Pasaran Keselamatan Di Seluruh Dunia dan Pengurusan Kerentanan, 2014: Keperluan untuk Meningkatkan Tindak Balas Insiden Memacukan Pertumbuhan Yang Lebih Tinggi Merentasi Pasaran," menunjukkan bahawa Tripwire kekal sebagai vendor kedua terbesar dalam kategori dasar dan pematuhan. Dengan menguasai 10.3 peratus bahagian pasaran dalam kategori ini, kehadiran Tripwire di pasaran kini melebihi Symantec dan berada di tempat kedua di belakang IBM. Tripwire juga berada pada kedudukan sebagai satu daripada lima vendor utama dalam pasaran keselamatan dan pengurusan kerentanan secara keseluruhan – mendahului McAfee, NetIQ, Symantec, Qualys, Rapid7 dan Tenable Network Security.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.tripwire.com.

Maklumat mengenai Tripwire

Tripwire adalah sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pengesanan dan tindak balas akhir (EDR), keselamatan, pematuhan dan operasi IT bagi perusahaan, pembekal perkhidmatan dan agensi kerajaan. Penyelesaian Tripwire adalah berdasarkan pada penglihatan aset kesetiaan yang tinggi dan kecerdasan titik akhir yang mendalam yang digabungkan dengan konteks perniagaan; bersama-sama penyelesaian ini dapat menyatukan dan mengautomasikan operasi keselamatan dan IT. Portfolio Tripwire bagi penyelesaian keselamatan kelas perusahaan termasuk konfigurasi dan pengurusan dasar, pemantauan integriti fail, pengurusan kelemahan, pengurusan log, dan pelaporan dan analisis. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tripwire.com, mendapatkan berita, trend dan pandangan keselamatan di tripwire.com/blog atau ikuti kami di Twitter @TripwireInc.

Hubungi
Tripwire, Inc.
Shelley Boose, 408-398-6987
sboose@tripwire.com  

Sumber: Tripwire, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.