ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  HUBSKY DARI CHINA MEMILIH UNISYS UNTUK MENYEDIAKAN PERUNDINGAN IT DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN BAGI PUSAT DATA BAHARU YANG BERASASKAN AWAN DI BEIJING

Friday 15/04/2016

AsiaNet 64105

BEIJING, 15 April., 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

Perkhidmatan khidmat nasihat, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan oleh Unisys untuk membantu HubSky mewujudkan kemudahan pusat data baharu bagi perniagaan China

Unisys Corporation (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa HubSky Network Company (HubSky) telah melantik Unisys bagi menyediakan perkhidmatan perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan sebuah pusat data untuk pusat data baharu HubSky yang berasaskan awan di Beijing. Pusat data itu direka bentuk untuk membolehkan HubSky memenuhi keperluan perniagaan China yang semakin berkembang.

HubSky, sebuah anak syarikat MeiRongJia Investment Private Ltd., di Beijing dan sebuah pelanggan baharu Unisys, merupakan pakar dalam hartanah dan pembinaan. Kementerian  Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China telah menganugerahkan HubSky dengan lesen Pusat Data Internet (IDC) bagi menyediakan perkhidmatan rangkaian pusat data di China. Kemudahan di Beijing itu akan menjadi pusat data yang pertama untuk HubSky.

Di bawah terma kontrak lima tahun itu, Unisys akan mengetuai aktiviti reka bentuk dan perundingan hujung-ke-akhir untuk pusat data baharu itu, dengan menyediakan perkhidmatan berikut:

• Susun atur, keselamatan fizikal dan kuasa/ penyejukan;

• Infrastruktur sistem termasuk server, rangkaian, penyimpanan dan keselamatan;

• Aplikasi, infrastruktur pemetaan dan kebergantungan;

• Perkhidmatan pengurusan perundingan dan penggunaan, serta perkhidmatan

   integrasi dan pengurusan (SIAM);

• Perkhidmatan sokongan di tapak; dan

• Membantu pusat data itu untuk memenuhi kriteria pensijilan tertentu industri.

"Kami memilih Unisys sebagai syarikat yang dapat membawa gabungan kepakaran teknologi global dan keupayaan yang sudah terbukti untuk menyampaikan perkhidmatan IT secara tempatan yang kami perlukan bagi menyokong pelancaran kami ke dalam pasaran pusat data China," kata Puan Yang, Presiden Hubsky.

Tony Windever, naib presiden dan pengurus besar, Enterprise Solutions, Unisys Asia Pasifik, berkata: "Pengalaman pusat data global dan kerangka kerja kami yang telah terbukti akan memastikan penyiapan yang tepat pada masanya bagi kemudahan yang kritikal ini bagi HubSky. China kekal sebagai satu pasaran penting bagi Unisys dan kami amat gembira untuk menambahkan HubSky ke dalam senarai Pelanggan kami yang semakin berkembang di rantau ini."

Unisys telah beroperasi di China sejak tahun 1981 dan pada hari ini menyediakan penyelesaian IT untuk menyokong proses perniagaan kritikal bagi syarikat besar, termasuk syarikat penerbangan, lapangan terbang dan penyelesaian kargo bagi TravelSky, Air China, China Eastern dan China Southern; penyelesaian pusat panggilan bagi Beijing Hyundai Auto Finance; dan, bergandingan dengan 21Vianet untuk menyampaikan satu penyelesaian pengurusan perkhidmatan berasaskan awan yang dihoskan secara tempatan untuk organisasi dari China seperti Phicomm. Di samping itu, Unisys Global Sourcing Center China di Shanghai menyediakan pembangunan perisian, perkhidmatan teknologi maklumat, perkhidmatan penyumberan luar proses perniagaan, perkhidmatan meja bantuan teknikal serta sokongan teknologi dan perkhidmatan penyelenggaraan kepada pelanggan Unisys di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Unisys

Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang menjalin kerjasama dengan kebanyakan syarikat terbesar di dunia dan organisasi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling mendesak. Unisys adalah pakar di dalam menyediakan penyelesaian bersepadu, canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Dengan lebih 20,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi server atasan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.unisys.com

Maklumat mengenai Unisys Asia Pasifik

Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian melalui anak syarikat di Australia, New Zealand, China, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Taiwan dan menerusi pengedar dan penjual semula di negara-negara lain di rantau itu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.unisys.com.cn.  

Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC, LinkedIn, dan di China di: www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.

Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang masing-masing.

 

HUBUNGI: Claire Hosegood
Unisys Asia Pasifik
+61-411-253-663
claire.hosegood@au.unisys.com


SUMBER: Unisys Corporation 


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.