ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  BAUCER BUKU BERI MANFAAT KEPADA PELAJAR KAYM

Monday 18/04/2016



MELAKA, 18 April (Bernama) -- Seramai 1796 pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM449 Ribu di kampus induk Bukit Sebukor, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi  melahirkan rasa syukur kerana pemberian Baucer Buku ini dapat memberi manfaat kepada golongan pelajar.

Kerajaan menerusi pembentangan Bajet tahun 2016 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM300 Juta untuk pemberian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 kepada 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Sehubungan itu, kepada pelajar warganegara Malaysia yang terbabit dengan BB1M berhak untuk mendapatkan inisiatif bernilai RM250 yang diberikan oleh kerajaan.

“Tujuan utama kerajaan memperkenalkan BB1M adalah untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku-buku pengajian dan memupuk minat membaca di kalangan pelajar” katanya.

Beliau berharap pelajar-pelajar KAYM dapat memanfaatkan pemberian baucar buku ini dengan membeli buku-buku akademik dan dapat juga meringankan beban perbelanjaan ibubapa bagi pembelian buku pelajar.

Sebagai  pelajar, haruslah bijak berbelanja dan menggunakan BB1M secara bijak kerana mereka adalah golongan cerdik pandai yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti.

Sementara itu, Badrul Amin Abdul Razak dari Sekolah Sains Sosial berkata inisiatif kerajaan ini sangat berguna bagi seorang pelajar.

“Melalui BB1M, saya dapat membeli buku rujukan tambahan berkaitan bidang pengajian dan bersyukur dengan segala inisiatif dan keprihatinan yang dilaksanakan oleh kerajaan” katanya.

BB1M dapat meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian dan inisiatif ini dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Pelajar Program Kerjasama UTM-KAYM, Chee Hui Min pula berkata golongan pelajar  perlu  mempunyai sikap yang lebih positif dan sentiasa ingin menimba ilmu sebanyak mungkin melalui pembacaan.

Beliau berkata pemberian BB1M ini harus digunakan sebaik mungkin untuk membeli buku-buku ilmiah yang dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam bidang pengajian masing-masing.

Bagi Deepa a/p Narainasamy, pelajar Diploma Komputer Sains pula, pemberian BB1M memang baik dan banyak memberi faedah kepada penerimanya.

“Saya amat berharap agar inisiatif kerajaan ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa memandangkan kos pembelian buku-buku rujukan agak mahal dan BB1M dapat membantu meringankan beban pembelian buku” ujurnya  lagi.

“Pemberian BB1M memberi impak besar  dan sedikit sebanyak dapat membantu golongan pelajar untuk meringankan beban bagi perbelanjaan pembelian buku pengajian” kata Siti Nur Najiha Mhd Ruseli dari Sekolah Teknologi Media dan Seni.

Najiha juga berharap dengan BBIM  dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar kerana pihak kerajaan telah banyak memberi bantuan dan sepatutnya kita mesti gunakan peluang ini dengan sebaiknya.

SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat

Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel : (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Faks : (606) 2861062 
Emel : harmiyati@kym.edu.my
 
--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.