ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  POLYPLASTICS LANCAR GRED BAHARU POM BAGI APLIKASI SENTUHAN MAKANAN, MELIHAT DENGAN PENUH MINAT PERLUASAN PERNIAGAAN DI EROPAH DAN BENUA AMERIKA

Monday 18/04/2016



AsiaNet 64106 

 

TOKYO, 18 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -

 

Polyplastics Co., Ltd mengumumkan pada 18 April bahawa ia akan melaksanakan strategi berikut untuk mengukuhkan lagi kehadiran syarikat itu di pasaran Eropah dan benua Amerika. Polyplastics mula mara ke dalam pasaran ini pada tahun 2012 dan telah membina satu struktur jualan yang terdiri daripada syarikat-syarikat jualan di Amerika Syarikat, Jerman dan Mexico (*1). Hasilnya, jumlah jualan POM (polyacetal) dan PBT (polybutylene terephthalate) di dalam pasaran-pasaran ini telah menjadi empat kali lebih tinggi berbanding tiga tahun yang lalu.

 

1. Gred baharu DURACON (R) POM telah dibangunkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU) mengenai aplikasi sentuhan makanan dan bekalan air minuman. Polyplastics akan memulakan penjualan sejenis gred untuk acuan suntikan (2 jenis) dan satu gred bagi pembentukan penerobosan fasa pepejal (1 jenis).

 

DURACON (R) POM digunakan untuk aplikasi sentuhan makanan dan bekalan air minuman di Jepun, Amerika Syarikat dan Asia kerana sifat-sifat mekanikalnya yang seimbang dan ketahanan rayapan yang unggul, ketahanan fatig, ketahanan kimia dan kestabilan dimensi. Baru-baru ini, gred-gred baharu telah dibangunkan yang mematuhi kawal selia yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah. Polyplastics kini berusaha untuk mengembangkan pasaran bagi DURACON (R) POM ke seluruh dunia. Gred baharu itu mempunyai sifat-sifat mekanikal yang baik dan kebolehacuan yang disahkan bersamaan dengan atau lebih tinggi daripada gred yang sedia ada.

 

DURACON (R) M90-57 WK2001: Aplikasi sentuhan makanan/ kawasan basah, standard,  untuk acuan suntikan umum

 

DURACON (R) M270-57 WK2001: Aplikasi sentuhan makanan/ kawasan basah, aliran tinggi, untuk acuan suntikan umum

 

DURACON (R) EX-09 WK2001: Kelikatan tinggi, pembentukan penerobosan fasa pepejal, standard

 

2. Polyplastics mempunyai kilang pempolimeran POM di Jepun, Malaysia, Tanah Besar China dan Taiwan dengan jumlah kapasiti pengeluaran kira-kira 290,000 tan setahun, yang terbesar di dunia. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan keupayaan Polyplastics bagi membekalkan produk sebatian, pembinaan telah dimulakan yang akan meningkat sebanyak 9,000 tan setahun kapasiti pengeluaran sebatian bagi Polyplastics Asia Pacific Sdn. Bhd. (*2), sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Polyplastics di Malaysia. Apabila kemudahan baharu itu siap pada Jun 2017, Polyplastics Asia Pacific akan mempunyai jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 35,000 tan setahun. Ini akan menjadikan jumlah kapasiti pengeluaran sebatian bagi kumpulan Polyplastics kepada 150,000 tan setahun, sekali gus membentuk satu sistem yang mantap yang dapat memenuhi keperluan pasaran di Eropah dan benua Amerika.

 

3. Selain strategi di atas, Polyplastics juga berusaha untuk mengembang dan mengukuhkan struktur jualannya di pasaran Eropah dan Amerika. Di samping itu, Pusat Penyelesaian Teknikal Polyplastics di Jepun, satu pangkalan perkhidmatan teknikal di Detroit, Michigan, di Amerika Syarikat, dan penyelia perkhidmatan teknikal ditempatkan di Frankfurt, Jerman, membentuk satu penyelesaian rangkaian teknikal yang bekerja rapat dengan pelanggan untuk menyokong aspek-aspek teknikal di dalam usaha pembangunan produk mereka. Polyplastics akan bergerak ke hadapan untuk membangunkan permintaan baharu di pasaran Eropah dan benua Amerika.

 

 

(*1) Polyplastics USA Inc. (Michigan) http://polyus.polyplastics.com/

    

     Polyplastics Europe GmbH (Frankfurt, Jerman) 

     http://polyeu.polyplastics.com/en/

 

     Polyplastics Marketing Mexico, S.A. de C.V. (Bandar Raya Mexico)

     http://polymx.polyplastics.com/en/

 

(*2) PAP: Polyplastics Asia Pacific Sdn. Bhd.

          (Kuala Lumpur & Kuantan, Malaysia)

 

 

Sumber: Polyplastics Co., Ltd.

--BERNAMA 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.