ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  UNISYS MENYAMPAIKAN KESELAMATAN SEGMENTASI MIKRO YANG TELAH MEMENANGI ANUGERAH PADA MICROSOFT AZURE

Monday 18/04/2016



AsiaNet 64131 

BLUE BELL, Pa., 18 April, 2016 /Medianet International-AsiaNet/ --

Unisys Stealth (awan)(TM) akan menyampaikan keselamatan tambahan pada kos yang lebih rendah bagi pengguna Microsoft Azure, satu platform yang digunakan oleh 85 peratus daripada syarikat-syarikat Fortune 500 di 140 buah negara

Unisys Corporation (NYSE:UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan ketersediaan Unisys Stealth (awan)(TM) untuk Microsoft Azure agar menyampaikan dengan lancar keselamatan segmentasi mikro Stealth yang telah memenangi anugerah daripada perusahaan pelanggan kepada Azure.

Dengan memperluaskan kepada keselamatan Microsoft yang dibina ke dalam Azure, Stealth membuat lapisan pada langkah balas keselamatan tambahan, sekali gus menyatukan pengurusan keselamatan untuk perusahaan yang menggunakan awan, dan menghasilkan satu pautan yang sangat berkesan untuk memindahkan beban kerja kepada Azure di dalam satu cara yang selamat, cekap dan menjimatkan kos.

"Ketika perusahaan beralih daripada pusat data kepada awan, keselamatan dan kecekapan adalah kunci kepada kejayaan," kata Tom Patterson, Ketua Pegawai Amanah di Unisys. "Unisys amat gembira untuk menambahkan saling kendali dengan Azure kepada penawaran Stealth kami, untuk memberikan perusahaan dengan tahap keselamatan yang tiada bandingannya, kawalan yang lebih besar, dan kos yang lebih rendah dengan peningkatan kecekapan operasi apabila bekerja dengan Azure."

"Kami komited untuk menyokong satu pendekatan yang komprehensif, syarikat bersilang kepada keselamatan dalam segala yang kami lakukan," kata Ann Johnson, Naib Presiden bagi Kumpulan Keselamatan Perusahaan di Seluruh Dunia di Microsoft. "Dengan menambahkan Stealth kepada keselamatan kukuh yang telah dibina ke dalam Azure membantu untuk memberikan perusahaan dengan fleksibiliti dan jaminan untuk beroperasi di awan kami."

Perisian Stealth menyediakan perlindungan tambahan kepada data dan aplikasi pada platform awan Azure yang menggunakan penyulitan dan teknik segmentasi mikro yang dipacu oleh identiti – satu pendekatan baharu kepada keselamatan yang membolehkan perusahaan untuk dengan cepat dan mudah membahagikan rangkaian fizikal kepada beribu-ribu segmen mikro logik. Walaupun jika musuh menyusup ke dalam satu segmen mikro, mereka tidak akan dapat bergerak merentasi ke kawasan lain di dalam persekitaran perusahaan itu. Di samping itu, syarikat-syarikat yang mahu melanjutkan secara dinamik infrastruktur mereka di premis kepada Azure dengan mudah boleh menggunakan keupayaan XDC (pusat data yang dilanjutkan) Stealth yang mengautomasikan peralihan beban kerja yang selamat dari pusat data mereka terus ke dalam Azure, sekali gus menjimatkan masa dan wang.

Dengan menyediakan ciri-ciri keselamatan tambahan, Stealth mengetepikan sekatan bagi kebanyakan organisasi yang ingin mengambil kesempatan daripada awan sebagai satu cara untuk kekal di hadapan dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif pada hari ini. Stealth membolehkan organisasi untuk memperluaskan perlindungan Stealth dengan sempurna dari pusat-pusat data mereka kepada platform awan atas permintaan Azure, dengan menyediakan penyulitan data hujung-ke-akhir daripada satu stesen kerja, server atau mesin maya dalam pusat data sepanjang perjalanan ke sebuah mesin maya (VM) di Azure. VM Azure yang dilindungi oleh Stealth tidak dapat dikesan oleh pengguna tanpa izin.

Unisys dipilih oleh Microsoft kerana anugerah Rakan Inovasi Terbaik Azure bagi 2015 mereka. Penyelesaian baharu itu menekankan strategi berterusan Unisys untuk bekerjasama dengan pembekal teknologi awan yang terkemuka, dan penyokong komitmen syarikat itu dalam menyelesaikan cabaran perniagaan dunia sebenar dengan menyediakan keupayaan termaju dalam infrastruktur dan perkhidmatan pengurusan, analisis, perkhidmatan aplikasi dan perisian, yang dibezakan oleh keselamatan.

Maklumat mengenai Unisys

Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang menjalin kerjasama dengan kebanyakan syarikat terbesar di dunia dan organisasi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling mendesak. Unisys adalah pakar di dalam menyediakan penyelesaian bersepadu, canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Dengan lebih 20,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi server atasan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisys.com dan www.unisys.com/security.

Ikuti Unisys di Twitter dan LinkedIn.

 

Hubungi:

Claire Hosegood,

Unisys,     

+61 411 253 663

Claire.hosegood@au.unisys.com

 

NOMBOR SIARAN.: 0418/9414

Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang masing-masing.

 

SUMBER: Unisys Corporation

--BERNAMA 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.