ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  UNISYS STEALTH(TM) MENJAMIN KESELAMATAN KIOS LAYAN DIRI ANGKASA

Tuesday 19/04/2016



AsiaNet 64133

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 April 2016 / Medianet International-AsiaNet / --

Perlindungan data Unisys Stealth membantu melindungi maklumat peribadi dan kredit pelanggan yang diakses melalui kios layan diri ANGKASA

Unisys Corporation (NYSE:UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan bahawa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) http://www.angkasa.coop/), badan induk bagi pergerakan koperasi di Malaysia, telah melaksanakan penyelesaian Unisys Stealth(TM) (http://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth) untuk melindungi maklumat peribadi dan butiran akaun yang diakses melalui 26 kios layan diri di seluruh Malaysia.

 

ANGKASA adalah organisasi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk mewakili kira-kira 12,596 koperasi di seluruh negara. Koperasi adalah sebuah syarikat, organisasi atau entiti perniagaan sosial yang dimiliki dan diuruskan oleh ahli-ahlinya. Satu daripada perkhidmatan teras ANGKASA adalah untuk memudahkan pemotongan gaji bagi koperasi, bank, pembekal insurans, unit amanah, kesatuan sekerja dan persatuan komuniti yang diintegrasikan dengan jabatan-jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat senarai awam. Perkhidmatan pemotongan gaji ANGKASA adalah sebuah gerbang pembilan dan pembayaran berpusat di antara majikan dan institusi kewangan bukan bank yang menyediakan pembayaran automatik langganan bulanan, ansuran pinjaman, premium insurans, dan bayaran lain melalui potongan gaji sistematik.

 

Unisys menyediakan perisian Unisys Stealth(teras) yang telah memenangi anugerah(1) (http://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth/stealth(core) ) dan perkhidmatan pelaksanaan dan sokongan perkhidmatan yang berkaitan untuk membantu ANGKASA menjamin keselamatan komunikasi di antara kios layan diri dan pusat data mereka daripada penggodam atau akses tanpa izin yang lain, melindungi aset IT yang kritikal dan menjamin keselamatan data pelanggan yang sensitif.

 

Kios itu ditempatkan di agensi-agensi kerajaan yang terpilih, cawangan-cawangan ANGKASA dan cawangan-cawangan Bank Rakyat. Ia digunakan oleh ahli-ahli koperasi untuk menyemak maklumat potongan gaji dan butiran baki pinjaman mereka. Orang perseorangan mengakses maklumat mereka melalui kios itu dengan menggunakan kad pengenalan kebangsaan MyKAD Malaysia mereka untuk mengesahkan identiti mereka. Stealth mewujudkan satu saluran komunikasi yang selamat di antara kios itu dan server di pusat data ANGKASA.

 

Mohd Sofian Osman, Ketua Pegawai Maklumat ANGKASA, berkata: "Ahli-ahli ANGKASA bergantung kepada kios itu untuk mengakses maklumat pinjaman mereka pada masa yang sesuai dengan mereka daripada pelbagai lokasi di seluruh Malaysia. Dengan teknologi Unisys Stealth mereka akan mempunyai keyakinan bahawa urus niaga mereka adalah dilindungi."

 

Unisys Stealth menggunakan teknik dan penyulitan segmentasi mikro berasaskan identiti yang membantu organisasi mengurangkan serangan siber dari luar atau dari dalam organisasi dengan menyebabkan peranti, data dan pengguna akhir tidak dapat dikesan di rangkaian. Penyelesaian itu menetapkan “segmen mikro” yang selamat di dalam sesebuah perusahaan di mana hanya pengguna yang dibenarkan sahaja boleh mengakses maklumat. Pengguna yang tidak mempunyai izin tidak boleh mengakses titik akhir yang dilindungi oleh Stealth -- atau melihat bahawa ia wujud. Walaupun jika rangkaian itu dikompromi di tempat lain, Stealth mengawal pencerobohan itu kepada satu segmen tunggal di dalam rangkaian itu, tanpa mempunyai akses untuk bergerak sisi ke bahagian lain di dalam perusahaan itu.

 

Tony Windever, naib presiden dan pengurus besar, Penyelesaian Perusahaan, Unisys Asia Pasifik berkata: "Penyelidikan(2) Unisys Security Insights mendapati bahawa satu dalam tiga rakyat Malaysia menjangkakan maklumat peribadi yang dipegang oleh institusi kewangan mereka akan diakses oleh orang yang tidak mempunyai keizinan dalam tempoh satu tahun, oleh itu dengan melihat saluran-saluran kios itu selamat adalah satu cara utama untuk ANGKASA membina keyakinan di kalangan ahli-ahlinya. Dan gabungan penyulitan dan segmentasi mikro Unisys Stealth adalah cara terbaik untuk menyediakan perlindungan seumpama itu."

 

ANGKASA juga telah bergantung kepada teknologi Unisys ClearPath yang selamat dan fleksibel untuk membangun dan menjalankan aplikasi potongan gaji terasnya sejak tahun 1996.

 

Unisys bekerjasama dengan pelanggan perkhidmatan kewangan di seluruh dunia untuk dengan yakin mentransformasikan pengalaman pelanggan, menggunakan analisis data untuk kelebihan maksimum, memerangi jenayah kewangan dan mempertahankan terhadap jenayah siber. Unisys memberi perkhidmatan kepada lebih separuh daripada 25 bank utama di dunia, dan lebih 450 institusi kewangan di seluruh dunia menggunakan penyelesaian perbankan teras Unisys. Dan lebih lima juta pelanggan perbankan Internet di Singapura, Hong Kong dan Malaysia dilindungi daripada penipuan perbankan oleh Unisys.

 

(1) – Senarai anugerah: https://unisyssecurity.com/why-unisys/

(2) – Penyelidikan Unisys Security Insights – Malaysia (2015) –

http://www.unisys.com/ms/unisys-security-insights/malaysia

 

Maklumat mengenai Unisys

Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang menjalin kerjasama dengan kebanyakan syarikat terbesar di dunia dan organisasi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling mendesak. Unisys adalah pakar di dalam menyediakan penyelesaian bersepadu, canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Dengan lebih 20,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi server atasan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.unisys.com.

 

Maklumat mengenai Unisys Asia Pasifik

Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian melalui anak syarikat di Australia, New Zealand, China (http://www.unisys.com.cn/), Hong Kong (http://www.unisys.com.hk/), India (http://www.unisys.co.in/) , Malaysia (http://www.malaysia.com.my/ ), Filipina (http://www.unisys.com.ph/), Singapura (http://www.unisys.com.sg/), dan Taiwan (http://www.unisys.com.tw/ ) dan menerusi pengedar dan penjual semula di negara lain di rantau itu.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.unisys.com.my.  

 

Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC  (http://www.twitter.com/UnisysAPAC) ,

LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys) , dan di China di:

www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.

 

Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang masing-masing.

 

Hubungi:

Claire Hosegood,

Unisys Asia Pacific,

+61 411 253 663

claire.hosegood@au.unisys.com

 

SUMBER: Unisys Corporation

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.