ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  UNISYS BERGANDING DENGAN BRIGHTERION UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN ANALISIS JENAYAH KEWANGAN TEPAT MASA TERMAJU DI ASIA PASIFIK

Wednesday 20/04/2016

AsiaNet 64165

SYDNEY, 20 April, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

Teknologi kecerdasan tiruan dan pembelajaran mesin mengubah data kepada keputusan tepat masa untuk memerangi penipuan kewangan
 
Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) dan Brighterion Inc. hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian untuk menyediakan penyelesaian berasaskan kepada perisian analisis tepat masa termaju Brighterion http://www.unisys.com/ms/real-time-analytics-for-fraud-protection untuk organisasi perkhidmatan kewangan di Asia Pasifik.
 
Di bawah perjanjian itu, Unisys akan bertindak sebagai penyepadu penyelesaian Brighterion di Asia Pasifik, dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian antipenipuan bagi pembekal perkhidmatan kewangan. Unisys akan menyediakan perkhidmatan integrasi hujung ke akhir, penggunaan dan sokongan dengan Unisys IP dan kepakaran industri kewangan untuk menyediakan penyelesaian secara total kepada pelanggan mereka di rantau itu.
 
Teknologi Brighterion telah berjaya digunakan dalam keselamatan siber/ dalam negeri, pencegahan penipuan merentas saluran secara tepat masa, risiko kredit dan pencegahan caj balik, ID peranti, AML, dan pengesanan pelanggaran data.
 
Brighterion menawarkan satu portfolio yang menyeluruh bagi teknologi kecerdasan tiruan dan pembelajaran mesin untuk menyediakan kepintaran tepat masa daripada pelbagai sumber data, tanpa mengira jenis, kerumitan dan volum. Produk Brighterion menggabungkan 10 teknologi kecerdasan tiruan yang canggih dan pembelajaran mesin termasuk ejen pintar yang dipatenkan, perlombongan data, rangkaian neural, pemikiran berasaskan kes, perlombongan teks, pembelajaran tanpa pengawasan, logik kabur, peraturan tingkah laku perniagaan, pengoptimuman suite dan algoritma genetik yang belajar, meramal, membuat kesimpulan dan membuat keputusan bijak secara tepat masa.
 
"Brighterion telah berkembang dengan pesat dan kami amat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Unisys bagi membolehkan kami berkembang ke sektor perkhidmatan kewangan di Asia Pasifik. Keupayaan penyampaian dan pengetahuan mengenai keperluan dan peraturan perbankan tempatan oleh Unisys adalah satu adunan yang sangat sesuai untuk teknologi kecerdasan tiruan Brighterion," kata Dr Akli Adjaoute, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Brighterion.
 
Tony Windever, naib presiden dan pengurus besar, Penyelesaian Perusahaan, Unisys Asia Pasifik berkata: "Unisys gembira untuk bekerjasama dengan Brighterion bagi menyampaikan teknologi kecerdasan tiruan mereka kepada pelanggan di Asia Pasifik. Kami akan menyumbangkan tenaga kerja, proses, teknologi Unisys, kepakaran industri dan pengurusan pakar projek yang diperlukan untuk mereka bentuk dan menyampaikan pengesanan jenayah kewangan termaju dan penyelesaian khusus industri yang lain."
 
Unisys bekerjasama dengan pelanggan perkhidmatan kewangan merentasi ke seluruh dunia untuk dengan yakin mentransformasi pengalaman pelanggan, menggerakkan analisis data, memerangi jenayah kewangan dan mempertahankan terhadap jenayah siber. Unisys memberi perkhidmatan kepada lebih separuh daripada 25 bank utama di dunia, dan lebih  450 institusi kewangan di seluruh dunia menggunakan penyelesaian perbankan teras Unisys. Dan lebih lima juta pelanggan perbankan Internet di Singapura, Hong Kong dan Malaysia dilindungi daripada penipuan perbankan oleh Unisys.
 
Penyelesaian Analisis Data Termaju Unisys digunakan untuk menganalisis data dari lebih 6,000 institusi kewangan di Amerika Syarikat bagi menguruskan risiko dan meramalkan gangguan di dalam ekonomi. Amalan Perkhidmatan Analisis Termaju Unisys menawarkan satu portfolio yang menyeluruh bagi teknologi dan perkhidmatan kecerdasan tiruan dan pembelajaran mesin untuk menyediakan kepintaran tepat masa daripada rangkaian  sumber data yang meluas dan sangat berskala.
 
Maklumat mengenai Brighterion
 
Teknologi kecerdasan tiruan Brighterion menyediakan yang terbaik dalam hasil keputusan kelas merentasi pelbagai industri dan menggunaka kes termasuk analisis tepat masa, keselamatan, penemuan ubat-ubatan dan pengesanan penipuan. Sebagai sebuah syarikat milik persendirian, yang ditubuhkan pada tahun 2000, Brighterion beribu pejabat di San Francisco, CA. Teknologi kepintaran kecederasan tiruan Brighterion yang dipatenkan dihantar sebagai satu perkhidmatan melalui awan dan melalui pergerakan premis perusahaan. Pasukan pengurusannya termasuk pemimpin daripada industri kecerdasan tiruan, bayaran dan penguatkuasaan undang-undang siber.
 
Pasukan produk dan kejuruteraan Brighterion melaburkan lebih 15 tahun dalam pembangunan dalaman yang mewujudkan teknologi kecerdasan tiruan yang dipatenkan yang menjanakan platformnya. Brighterion telah mendapat sanjungan ke seluruh perusahaan untuk kepimpinan teknologinya, dan telah menerima pelbagai anugerah bagi teknologi yang terbaik dalam kelasnya, termasuk: Anugerah Inovasi Penipuan Siri Dunia, Anugerah Kecemerlangan Produk Keselamatan Bayaran dan Anugerah Penyelesaian Analisis Terbaik. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://brighterion.com/.
 
Maklumat mengenai Unisys
 
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang menjalin kerjasama dengan kebanyakan syarikat terbesar di dunia dan organisasi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling mendesak. Unisys adalah pakar di dalam menyediakan penyelesaian bersepadu, canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Dengan lebih 20,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi server atasan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.unisys.com.
 
Maklumat mengenai Unisys Asia Pasifik
 
Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian melalui anak syarikat di Australia, New Zealand, China, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Taiwan dan menerusi pengedar dan penjual semula di negara-negara lain di rantau itu.
 
Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC (http://www.twitter.com/UnisysAPAC), LinkedIn
(http://www.linkedin.com/company/unisys), dan di China di:
www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang masing-masing.
 
Hubungi:
Claire Hosegood
Unisys Asia Pasifik
+61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com

 
SUMBER: Unisys Corporation  
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.