ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN STRATEGI KREATIF GLOBAL BAHARU

Wednesday 20/04/2016



Francisco Costa dan Italo Zucchelli akan Meninggalkan Syarikat itu sebagai Pengarah Kreatif Calvin Klein Collection

 

NEW YORK, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc. hari ini mengumumkan satu strategi kreatif global yang baharu bagi syarikat itu, yang akan menyatukan kesemua jenama Calvin Klein di bawah satu visi kreatif. Francisco Costa, Pengarah Kreatif Wanita, Calvin Klein Collection, dan Italo Zucchelli, Pengarah Kreatif Lelaki, Calvin Klein Collection, akan meninggalkan syarikat itu.

Strategi itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada evolusi global ke arah jenama Calvin Klein, yang bermula dengan pemerolehan semula perniagaan jeans dan pakaian dalam mereka pada tahun 2013. Ketika syarikat itu terus membina dirinya menjadi sebuah perniagaan jualan runcit bertaraf global yang bernilai $10 bilion, usaha itu akan mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu di seluruh dunia dan membuka laluan bagi pertumbuhan jangka panjang di peringkat global pada masa hadapan. Arah haluan jenama baharu itu akhirnya akan mengikuti satu visi kreatif merentasi kesemua kategori perniagaan. Satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

Steve Shiffman, Ketua Pegawai Eksekutif Calvin Klein, Inc. berkata, "Strategi kreatif ini menandakan permulaan bagi satu lagi tempoh penting dalam legasi jenama Calvin Klein sejak persaraan Encik Klein. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Francisco dan Italo di atas komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada jenama Calvin Klein dan pencapaian mereka sepanjang dekad yang lalu. Mereka berdua telah memberi sumbangan yang besar untuk menjadikan Calvin Klein sebagai sebuah peneraju global di dalam industri fesyen, dan mereka telah berbuat demikian dengan penuh dedikasi, fokus dan kreativiti."

Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. [NYSE:PVH], adalah sebuah studio reka bentuk fesyen dan pemasaran yang terkemuka di dunia. Ia mereka dan memasarkan pakaian koleksi pereka wanita dan lelaki dan pelbagai produk lain yang dihasil dan dipasarkan melalui satu rangkaian perjanjian pelesenan dan penyusunan  lain di seluruh dunia. Barisan produk di bawah pelbagai jenama Calvin Klein termasuk pakaian dan sut wanita, hiasan pakaian lelaki dan pakaian yang disesuaikan, pakaian sukan lelaki dan wanita dan bridge and koleksi pakaian, pakaian golf, seluar jean, pakaian dalam, wangi-wangian, cermin mata, pakaian prestasi wanita, hosieri, stokin, kasut, pakaian renang, barang kemas, jam tangan, pakaian luar, beg tangan, barangan kecil kulit, dan kelengkapan rumah (termasuk perabot). Untuk maklumat lanjut, sila layari calvinklein.com.

Dengan warisan yang menjangkau lebih 130 tahun, PVH Corp. telah cemerlang dalam mengembangkan jenama dan perniagaan dengan warisan Amerika yang mewah, menjadi satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia. Kami mempunyai lebih 30,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dengan meraih pendapatan lebih $8 bilion pada tahun 2015. Kami memiliki jenama ikonik Calvin Klein, Tommy Hilfiger, Van Heusen, IZOD, ARROW, Speedo*, Warner’s dan Olga dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenama ini dan jenama lain yang dimiliki dan dilesenkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean selama-lamanya dari Speedo International, Ltd.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan perancangan, strategi, objektif, jangkaan dan niat masa hadapan bagi PVH Corp. dan anak syarikatnya (secara kolektif, "PVH") dibuat selaras dengan peruntukan safe harbor dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan, kebanyakannya tidak boleh diramal dengan agak tepat, dan ada yang mungkin tidak dijangkakan, termasuk (i) pelan, strategi, objektif, jangkaan dan niat PVH adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa menurut budi bicaranya; dan (ii) risiko dan ketidaktentuan lain yang dinyatakan dari semasa ke semasa di dalam fail PVH yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Syarikat itu tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil dari penerimaan maklumat baharu, acara pada masa hadapan atau sebaliknya.

KREDIT EDITORIAL: Calvin Klein

MEDIA SOSIAL: facebook.com/calvinklein; calvinklein.tumblr.com; google.com/+calvinklein; youtube.com/calvinklein; twitter.com/calvinklein; instagram.com/calvinklein; pinterest.com/calvinklein snapchat: calvinklein show yours. #mycalvins brand handle: @calvinklein

Hubungi
Calvin Klein, Inc.
Pejabat Komunikasi Global
Rod Manley, 212-292-9795
Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Global
rodmanley@ck.com

atau
Alexandra Wagner, 212-292-9794
Naib Presiden, Komunikasi Korporat
alexandrawagner@ck.com

atau
Pejabat Komunikasi EMEA
Denise Zamarioni, +39 02 550 50 510
Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam – EMEA
denisezamarioni@ck.com

 

Sumber: Calvin Klein, Inc.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.