ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  KEJOHANAN GOLF TERBUKA PANASONIC BAKAL MENARIK PENONTON DUNIA DENGAN PENSTRIMAN SECARA LANGSUNG PADA 23 DAN 24 APRIL

Wednesday 20/04/2016



TOKYO, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kejohanan Golf Terbuka Panasonic akan disiarkan secara langsung pada 23 dan 24 April ini di lubang dan lokasi terpilih semasa pusingan pada hujung minggu di kelab Golf Chiba untuk meningkatkan lagi pengalaman menonton oleh peminat golf.

[Penstriman secara langsung Terbuka Panasonic]

Tarikh siaran: 7 pagi (JST) pada 23 April, Sabtu.
(PUSINGAN KETIGA) URL: https://www.youtube.com/watch?v=bBdORFizIfg

Tarikh siaran: 7 pagi (JST) pada 24 April, Ahad.
(PUSINGAN AKHIR) URL: https://www.youtube.com/watch?v=xyY56aHWcnQ

Kejohanan Golf Terbuka Panasonic, yang akan membuat kemunculan sulungnya di Jadual Jelajah Asia dan Jelajah Golf Jepun dari 21 April hingga 24 April, telah menarik barisan pemain handalan yang merangkumi pendahulu Order of Merit Jelajah Asia Marcus Fraser dari Australia, yang akan mencabar kejuaraan itu dengan bintang-bintang terkemuka dari Jepun.

Panasonic sangat teruja dengan perkembangan dan inisiatif digital baharu ini yang kami harapkan akan memperluaskan bilangan penonton bagi kejohanan itu di seluruh dunia.
Penonton akan mendapat peluang untuk melihat aksi pada lubang satu, 10 dan 18 serta dari padang latihan semasa pusingan ketiga dan terakhir di Kelab Golf Chiba di saluran rasmi Pertubuhan Jelajah Golf Jepun di Youtube.

Andy Wada, bekas pemain Jelajah Asia dan Dave Fromm akan memberi komentar dalam bahasa Inggeris semasa penstriman secara langsung itu bagi kejohanan yang menawarkan hadiah 150 juta Yen (kira-kira AS$ 1.27 juta) itu.

Maklumat mengenai Kejohanan Golf Terbuka Panasonic

Buat kali pertamanya dalam 112 tahun, golf dijadual diadakan di Sukan Olimpik 2016 di Rio. Panasonic, sebuah Rakan Sukan Olimpik di Seluruh Dunia untuk lebih 25 tahun, akan sekali lagi menjadi tuan rumah Terbuka Panasonic untuk menyumbang kepada era baharu golf. Di samping jelajah lelaki yang tradisional, kami telah mengubah sikap kami dan akan mewujudkan kejohanan Jelajah Naik Turun Wanita untuk menyokong kedua-dua pemain golf lelaki dan wanita yang bersaing untuk tempat di Sukan Olimpik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Terbuka Panasonic di http://www.panasonic.com/global/panasonic-open
 
Gambaran Keseluruhan Kejohanan Golf Terbuka Panasonic
Hos:Panasonic Corporation
Hos Bersama:Pertubuhan Jelajah Golf Jepun
Pengurusan Hos Bersama: Pertubuhan Jelajah Golf Jepun/ Jelajah Asia
Venue Acara:Kelab Golf ChibaPadang Golf Umesato 
Hadiah Wang Tunai:Jumlah Hadiah Wang Tunai 150,000,000 YEN
Tarikh Acara:20 April (Rabu)Hari latihan yang ditetapkan
 21 April (Khamis)Pusingan 1
 22 April (Jumaat)Pusingan 2
 23 April (Sabtu)Pusingan 3
 24 April (Ahad)Pusingan  Akhir
 
 
Gambaran Keseluruhan bagi Jelajah Terbuka Panasonic Naik Turun LPGA Wanita
Hos:Persatuan Pemain Golf Profesional Wanita Jepun
Hos Bersama:Panasonic Corporation
Venue Acara:Kelab Golf ChibaPadang Golf Noda 
Hadiah Wang Tunai:Jumlah Hadiah Wang Tunai 20,000,000 YEN
Tarikh Acara:20 April (Rabu)Pusingan 1
 21 April (Khamis)Pusingan 2
 22 April  (Jumaat)Pusingan Akhir


Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51323115&lang=en

Hubungi
Hubungan Media:
Panasonic Corporation
Jabatan Komunikasi Global
Pejabat Promosi Media
E-mel: presscontact@ml.jp.panasonic.com
 

Sumber: Panasonic Corporation
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.