ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  HOUSE OF SILLAGE LANCAR EDISI TERHAD BARU HARUMAN PASSION DE L'AMOUR

Thursday 21/04/2016



Newport Beach, Calif., April 21 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- House of Sillage iaitu Busana Haruman terkemuka, telah melancarkan haruman Passion de L’Amour Edisi Terhadnya. Haruman ini merupakan produk edisi terhad dan eksklusif, di mana hanya 1,000 penutup yang direka dengan menawan ini telah dikeluarkan di seluruh dunia.

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/00fec452-916c-469a-b1f5-e06d23a939d4

Passion de L’Amour telah diilhamkan oleh detik kebahagiaan pada malam tropika yang panas di Pasifik Selatan. Bayu vanila dan karamel menarik perhatian sambil bayangan indah membawa anda jauh ke tempat-tempat eksotik.
Pengembaraan mewah sedang menunggu anda. Haruman yang menggoda ini dipersembahkan dalam botol kaca berlakuer ombre klasik House of Sillage bagi menambah pengalaman mewah yang merupakan mercu tanda House of Sillage.

Penutup yang menakjubkan ini disadur dengan emas 18 karat, dengan tatahan buatan tangan potongan kualiti tertinggi dan kristal Swarovski dengan warna khas. Bunga halus yang menakjubkan yang diletakkan di dalamnya adalah diukir dengan tangan dan diletakkan di dalam “Mother of Pearl” (Gewang) tulen, dengan batu Swarovski potongan Asher diletakkan di tengah-tengahnya menjelmakan kemewahan sejati. Cicak yang suka bermain pada penutup haruman mewah ini dilitupi lebih 100 kristal buatan tangan, dan matanya yang penuh semangat diletakkan teliti dengan kristal terlangkup supaya ia nampak lebih cerah dan meriah. Setiap satu rekaan idaman ini telah direka dengan teliti oleh jauhari atelier paling mahir untuk menyampaikan kecemerlangan kemewahan kualiti tertinggi.

Untuk melihat dan menikmati haruman luar biasa, botol menakjubkan dan pembungkusan unik House of Sillage, sila hubungi 1.949.200.9265 atau e-mel: info@houseofsillage.com atau lawati www.houseofsillage.com untuk tempat jualan berhampiran anda.

House of Sillage ialah sebuah syarikat busana haruman mewah yang berpangkalan di California, yang menghasilkan haruman luar biasa yang disaingi hanya oleh reka bentuk seni botol mereka yang menakjubkan dan menjadi rebutan ramai.
Produk ini dihasilkan di Perancis oleh sekumpulan muncung, artis dan pereka profesional.
Di bawah panduan pakar pengasasnya iaitu Nicole Mather, House of Sillage berazam untuk mengekalkan dan mengatasi definisi sebenar Kemewahan dan Haruman. Syarikat pada masa ini mengedarkan produk di lebih 35 buah negara dengan rancangan untuk meluaskan jualan di seluruh pasaran terpilih di serata dunia dalam masa terdekat.

660 Newport Center Drive Suite 660
Newport Beach, CA 92660 Amerika Syarikat
Telefon +1.949.200.9265
Faks +1.949.258.5267
www.houseofsillage.com


Sumber : House Of Sillage

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.