ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  HERBALIFE DINAMAKAN SEBAGAI PENAJA RASMI PEMAKANAN BAGI ATLET VIETNAM YANG AKAN KE RIO 2016, KOMITED KEPADA PERKONGSIAN BAHARU LIMA TAHUN DENGAN SUKAN VIETNAM

Thursday 21/04/2016



HANOI, Vietnam, 21 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat pemakanan global (NYSE: HLF), hari ini mengumumkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) telah menamakan Herbalife Vietnam sebagai Penaja Rasmi Pemakanan bagi atlet Vietnam yang akan ke Rio 2016. Perjanjian baharu itu menandakan kesinambungan penajaan pemakanan Herbalife untuk atlet Vietnam ke Sukan Olimpik, serta penajaan sulung syarikat itu untuk atlet Paralimpik negara.

Sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan Herbalife bagi pemakanan sukan dan pencapaian di Vietnam, perjanjian itu membuka jalan bagi Herbalife untuk menyediakan rangkaian produk pemakanannya yang meluas, perundingan dan latihan pemakanan sukan kepada atlet dan jurulatih yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2016 di Rio.

Di samping itu, Herbalife Vietnam telah menandatangani satu penajaan baharu lima tahun dengan Pentadbiran Sukan Vietnam (VSA), sekali gus menjadikannya Penaja Rasmi Pemakanan bagi Sukan Vietnam dari tahun 2017 hingga 2021. Sebagai Penaja Rasmi Pemakanan, satu peranan yang dinikmati oleh Herbalife sejak Sukan Olimpik London 2012, Herbalife akan memberikan pakaian dan produk pemakanan sukan untuk semua pasukan dan atlet Vietnam yang mengambil bahagian dalam pertandingan sukan di peringkat antarabangsa. Ini termasuk tiga Sukan Asia Tenggara (SEA) (tahun 2017, 2019, 2021), tiga Sukan  Para ASEAN (tahun 2017, 2019, 2021), Sukan Asia 2018, dan Sukan Olimpik Musim Panas 2020.

"Kami amat gembira kerana sekali lagi dinamakan sebagai Penaja Rasmi Pemakanan bagi atlet Vietnam yang akan ke Sukan Olimpik. Kami amat berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh para atlet dalam tempoh lima tahun yang lalu, dan komited untuk melakukan lebih untuk menyokong pertumbuhan pemakanan sukan dan pencapaian di negara itu. Kami juga gembira untuk melanjutkan sokongan kami kepada atlet Paralimpik Vietnam buat kali pertama, dan berharap nasihat pemakanan dan latihan akan memberikan mereka kelebihan tambahan menjelang pertandingan Rio 2016," kata Stephen Conchie, naib presiden dan pengurus besar, Herbalife Asia Tenggara. "Herbalife sentiasa menjadi penyokong kuat dalam kuasa sukan kerana ia memberi contoh tentang gaya hidup aktif yang sihat yang kami menggalakkan. Dengan komitmen kami yang diperbaharui sebagai Penaja Rasmi Pemakanan Sukan Vietnam, kami sedang mencari jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan kami dan membantu atlet dan jurulatih memaksimumkan faedah pemakanan sukan untuk mencapai prestasi yang maksimum."
 
Maklumat mengenai Herbalife
Herbalife adalah sebuah syarikat pemakanan global yang telah berjaya mengubah kehidupan orang ramai dengan produk-produk yang hebat sejak tahun 1980. Produk  pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan dan penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif kepada dan melalui Ahli Bebas Herbalife yang khusus di lebih 90 buah negara. Kami komited untuk memerangi masalah obesiti di seluruh dunia dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi, latihan seorang dengan seorang bersama ahli Herbalife dan sebuah komuniti yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk hidup secara sihat dan aktif.

Kami menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife mereka untuk membantu membawa pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga menaja lebih 190 atlet, pasukan dan acara yang bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy dan juara dalam banyak sukan yang lain.
Syarikat itu mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan saham mereka didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak AS$4.5 bilion pada tahun 2015. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari herbalife.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20160419006901/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw, +852 3589 2643
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
dalieal@herbalife.com
Sumber: Herbalife
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.