ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  PUSAT DAGANGAN HAK CIPTA KUALA LUMPUR (KLTCC) 2016 BAKAL MEMPERKASAKAN INDUSTRI PELESENAN DAN PENERBITAN ASEAN

Friday 22/04/2016



KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) yang kini kembali untuk edisi yang ke-9 bakal memperkasakan industri perlesenan dan penerbitan di negara-negara ASEAN melalui penumpuan digital dan perdagangan harta intelek. Justeru, pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit di Malaysia; Kota Buku sebagai penganjur utama mengalu-alukan pencipta kandungan, peserta dan para pempamer untuk mengetengahkan harta intelek mereka di KLTCC yang akan diadakan di Pameran Taman Agro Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 7 hingga 9 Mei 2016.

Sebagai medium untuk mempromosikan perdagangan hakcipta dan hak digital, KLTCC pada tahun ini memfokuskan kepada; Page to Pitch Media 360 (P2P) (pertandingan penerbitan idea ke pelbagai platform media digital yang pertama di dunia), Simposium Industri Buku ASEAN (ABIS) (sebuah platform pertukaran idea dan ilmu tentang industri buku di ASEAN), Pocket Talks (sesi mengenai dunia kandungan dan hakcipta yang diterajui oleh pemain industri tempatan dan antarabangsa), sesi padanan perniagaan yang lebih terperinci, dan pelbagai pameran yang menarik.  

Seperti edisi lalu, KLTCC menjadi tempat pertemuan bagi para penerbit, pencipta kandungan, penterjemah, pembekal kandungan dan syarikat-syarikat yang mencari peluang untuk mempelbagaikan kandungan mereka serta mempamer, meneroka dan mencari harta intelek dan kandungan terbaik daripada pasaran ASEAN. Di samping itu, syarikat-syarikat terkemuka antarabangsa seperti Scholastic (US), Ookbee (Thailand), Kadokawa Publishing (Jepun) dan banyak lagi bakal menyertai acara ini sebagai pembeli. Tambahan pula, wakil ketua daripada negara-negara ASEAN (kecuali Brunei) akan turut sama mengambil bahagian untuk berkongsi pandangan dan memberi laporan mengenai industri penerbitan negara mereka.

Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku berkata, "KLTCC merupakan platform yang ideal bagi mempromosikan industri perlesenan dan penerbitan untuk terus diperkembangkan. Pertama, kerana ia merupakan satu acara untuk para pemain industri melihat bahawa ini adalah platform untuk mereka menambah baik kandungan mereka yang sedia ada. Kedua, kami ingin mendidik pemain industri bahawa industri penerbitan tidak hanya terhenti dengan kegiatan perbukuan sahaja. Ketiga, kami ingin memberikan batu loncatan kepada pemain industri supaya mereka boleh meneroka peluang baharu untuk mengembangkan kandungan mereka."

Selain memperkenalkan pertandingan P2P Media 360 pada kali pertama untuk  membuka peluang serta mencipta saluran kepada para penulis baharu untuk menerbitkan idea mereka dan mengadaptasikan hasil karya penulis sedia ada ke dalam bentuk yang lain, KLTCC 2016 juga akan menawarkan Geran Malaysiana; sebuah dana untuk penerbit yang mempunyai kandungan berkaitan sejarah, geografi, cerita rakyat dan warisan budaya Malaysia. Selain itu, Geran Terjemahan untuk menyokong karya terjemahan bagi sebarang buku yang diterbitkan di Malaysia untuk pasaran antarabangsa bernilai USD 2,500  juga bakal ditawarkan di KLTCC 2016.

Mengenai Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC)

Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) adalah acara tahunan mengenai hak cipta di Asia Tenggara. Sebagai pameran perdagangan dan hak cipta yang terbesar di rantau ini, KLTCC membuka peluang yang tiada tandingan kepada para penerbit, pencipta kandungan, pembekal dan para syarikat dalam perdagangan harta intelek dan pelesenan. Tambahan pula, ia menawarkan produk yang berkualiti tinggi, rangkaian eksekutif penerbitan yang luas, dan peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa. Para penerbit, penulis, penterjemah dan syarikat terkemuka bakal bersatu di acara berprestij ini untuk meluaskan rangkaian, membeli, menjual disamping mengikuti trend terkini dalam industri penerbitan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kltcc.com

Mengenai Perbadanan Kota Buku

Perbadanan Kota Buku ditubuhkan pada 2011 sebagai sebahagian daripada Dasar Buku Negara, bagi menghimpunkan kegiatan perbukuan dalam negara dan telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Selain itu, Kota Buku adalah pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit untuk bertemu serta membantu mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan kegiatan perbukuan di antara satu sama lain. Di samping itu, Kota Buku menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti latihan dan pembangunan untuk penulis dan pelukis, pemasaran, promosi dan perkhidmatan penerbitan termasuklah membeli dan menjual hak dan juga inisiatif penerbitan buku serta digital bagi membantu mengapai visi mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kotabuku.my

SUMBER : Global Creative and Media Agency Portal Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262 / 017 988 8678
Emel: amzar.anizam@gcma.tv

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.