ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  MUZIUM SNOOPY - TEMPAT SUCI UNTUK PEMINAT "PEANUTS" - AKAN DIBUKA DI ROPPONGI, TOKYO

Friday 22/04/2016



AsiaNet 64198

TOKYO, 22 April, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Muzium Snoopy Tokyo, muzium satelit yang pertama di dunia bagi Muzium dan Pusat Penyelidikan Charles M. Schulz yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat, dibuka di daerah Roppongi di Tokyo pada Sabtu, 23 April, 2016.
 
Setiap enam bulan sehingga September 2018, Muzium Snoopy Tokyo akan mengadakan pameran yang memaparkan komik asal dan karya seni lain daripada koleksi Muzium Charles M. Schulz.
 
Kira-kira 150 item, termasuk komik asal yang diminati oleh Puan Jean Schulz, akan dipaparkan pada pembukaan pameran "MY FAVORITE PEANUTS." Selain pameran, "Stor Brown," sebuah stor muzium yang akan menjual barangan eksklusif, dan "Cafe Blanket," yang akan menghidangkan makanan dan minuman dengan sentuhan Pantai Barat, akan menjadi ciri-ciri utama di muzium itu.
 
Sama seperti Muzium Charles M. Schulz, Muzium Snoopy Tokyo akan mempamerkan pencapaian dan keperibadian Charles Schulz, pencipta "Peanuts," melalui perubahan pameran dan acara-acara koordinasi. Muzium itu akan mengadakan pelbagai acara bermusim dan bengkel dengan kandungan baharu dan unik setiap enam bulan agar pengunjung boleh sentiasa bergembira ketika datang ke muzium walaupun jika mereka belum lagi menjadi peminat Snoopy.
 
(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201604220067/)
 
Komen dari Puan Schulz pada pembukaan Muzium itu:
Jepun adalah sebuah negara yang istimewa buat kami. "Peanuts" begitu disayangi oleh rakyat Jepun untuk tempoh lebih 40 tahun. Muzium Snoopy Tokyo yang akan dibuka sebentar lagi bukan sahaja akan merupakan satu peluang penting bagi peminat Jepun tetapi sebagai hadiah yang besar untuk kami. Satelit Muzium Charles M. Schulz itu adalah percubaan pertama di dunia dan boleh mengadakan pelbagai pameran untuk tempoh lebih dua tahun. Ini adalah usaha yang mencabar dan mendatangkan kepuasan untuk semua kakitangan di muzium itu. Saya lebih-lebih lagi tidak sabar untuk melihat sesuatu yang mengejutkan di muzium itu yang tidak pernah saya mengalami.
 
Tiga Ciri-ciri pada Muzium Snoopy Tokyo
1) Pameran diadakan setiap enam bulan
Sepanjang tempoh kira-kira dua setengah tahun sehingga September 2018, Muzium Snoopy Tokyo akan mengadakan pameran setiap enam bulan yang menerokai tema yang berbeza dengan perubahan pameran. Dalam pameran pembukaan, "My Favorite Peanuts," 60 kartun asal yang dipilih oleh Puan Schulz akan dipamerkan.
 
2) Stor Muzium "Stor Brown"
Lebih 500 produk asal, yang merangkumi dari mainan lembut, alat tulis dan barangan rumah kepada barang makanan, akan dijual pada "Stor Brown." Kesemua barang-barang ini telah dihasilkan khas untuk Muzium Snoopy Tokyo dan tidak boleh didapati di tempat lain.
 
3) "Cafe Blanket"
"Komponen Snoopy Dish," yang terdiri daripada sandwic, corn dog mini, kentang dan mentega kacang, akan disajikan di "Cafe Blanket," bersama-sama dengan makanan dan minuman lain. Penkek, piza dan "My Sweet Babboo," sejenis susu kocak yang muncul dalam kerja-kerja yang dipilih oleh Puan Schulz untuk pameran itu turut dihidangkan.
 
Laman web rasmi: http://www.snoopymuseum.tokyo/en/
 
 
Sumber:  Sony Creative Products
                 (C) Peanuts Worldwide LLC 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.