ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ALMEX INC. (USEN GROUP) LANCARKAN LOVEINN JAPAN

Wednesday 27/04/2016



TOKYO, 27 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ALMEX INC. telah melancarkan Loveinn Japan iaitu laman web yang dibuat khas untuk “love hotels” (hotel yang digemari) di Jepun pada April 25, 2016.

Loveinn Japan ialah laman web pertama dalam bahasa Inggeris yang dibangunkan secara eksklusif untuk warga asing, dengan bahasa Cina dan Korea akan ditambah tidak lama lagi. Matlamatnya adalah untuk memperkenalkan budaya love hotels yang unik kepada warga asing, termasuk panduan dan tutorial “bagaimana ”, memudahkan pelancong menggunakan hotel-hotel percutian apabila berkunjung ke Jepun. Loveinn Japan juga menawarkan pilihan untuk membuat carian dan melayari ratusan love hotels, dengan lebih banyak hotel akan ditambah setiap bulan. Kemas kini kandungan yang kerap dan entri blog merupakan ciri utama bagi laman web ini, menawarkan panduan tentang love hotels dan topik-topik berkaitan.

Pada masa ini, Loveinn Japan merupakan satu-satunya laman web yang menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan hotel percutian dalam bahasa Inggeris. Tidak ramai warga asing mengetahui tentang love hotels dan tidak boleh membaca dan bertutur dalam bahasa Jepun, ini menyukarkan pelancong untuk memahami sistem hotel percutian. Loveinn Japan akan bertindak sebagai orang tengah antara pengguna dan love hotels, menawarkan sokongan kepada kedua-dua belah pihak dan memudahkan pelancong dari luar negara untuk menggunakan love hotelsLoveinn Japan juga merancang untuk melancarkan sistem tempahan pada tahun 2017 yang akan membolehkan pelanggan melayari dan membuat tempahan dalam talian untuk bilik penginapan mereka.

“Kami sangat teruja dengan pengembaraan baru ini,” ujar Mr.Tsuboi, Pegawai Eksekutif Urusan ALMEX INC. “dan kami tidak sabar untuk melihat lebih ramai pelancong dari luar negara mengunjungi Jepun dan menikmati penginapan di love hotels.” ALMEX INC., syarikat yang melancarkan laman web ini telah lama bertapak dalam industri yang membekalkan penyelesaian sistem IT dan sokongan dalam sektor keraian dan perubatan, dan mempunyaipengalaman selama lebih daripada tiga puluh tahun dalam bidang ini, masa depan Loveinn Japan pastinya kelihatan sangat cerah.

https://loveinnjapan.com/  

Source : ALMEX INC.


3-1-2 Kitaaoyama, Minato-ku, Tokyo 107-0061
Tel: +81 03-6820-1411
Emel: info@loveinnjapan.com
http://www.almex.jp/

 --BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.