ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  DECKER & CO. MENGETUAI BERSAMA PENAWARAN SAHAM BESAR UNTUK XURPAS, INC. YANG BERPANGKALAN DI FILIPINA

Wednesday 27/04/2016



SAN FRANCISCO, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Broker institusi ekuiti Decker & Co. hari ini mengumumkan penyelesaian satu penawaran saham untuk Xurpas Inc. (PSE:X)  yang berpangkalan di Filipina di mana ia berkhidmat sebagai Penyelaras Bersama dengan SB Capital. Xurpas dengan jayanya melengkapkan satu penempatan semalaman yang dipercepatkan bagi 155,400,000 saham pada harga Php16.00 sesaham. Penempatan itu dinilai pada satu harga diskaun 11.9% kepada harga purata 30 hari sebanyak Php18.15 sesaham.

Penempatan semalaman itu telah dilanggan oleh sebanyak 21 dana global termasuk Philippine QIBs dan dana-dana merentasi Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Ia distrukturkan sebagai satu tambah nilai separa, di mana pengasas Xurpas menjual saham dan membeli balik sebahagian daripada saham-saham yang baharu diterbitkan, dan meningkatkannya secara berkesan tahap apungan bebas bagi Xurpas kepada kira-kira 28% daripada 20% sebelum urus niaga itu.

Mengulas mengenai struktur perjanjian itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Decker & Co. Mark Decker berkata, "Struktur dan kemudahan urus niaga itu adalah penting bagi kedua-dua penerbit dan pelabur dana global. Dalam hubungan ini, penempatan itu adalah satu tawaran tambah nilai separa, yang popular pada dekad yang lalu, dan kami merasakan bahawa ia adalah satu struktur yang baik untuk syarikat-syarikat yang lebih kecil. Decker & Co., bersama-sama dengan rakan kongsi tempatan kami di seluruh ASEAN, besar kemungkinan akan juga menggunakan struktur ini dalam urus niaga di masa hadapan."

"Faktor penting daripada satu urus janji seperti ini adalah kepentingan dana global di dalam syarikat-syarikat yang berkualiti tinggi," kata Decker. "Kami telah dapat memperkenalkan syarikat-syarikat dan pasukan pengurusan yang berkualiti di Amerika Syarikat dan di peringkat global kerana kami terus berusaha mencari 'berlian' di Asia, ada di antaranya yang mendapat sedikit perhatian daripada rakan-rakan kami. Kelebaran minat di dalam penempatan Xurpas menekankan kepentingan pelabur global di dalam batu permata ini."

Decker & Co. telah memperkenalkan 47 pasukan pengurusan kepada pelabur-pelabur global yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam tempoh tiga tahun yang lalu. "Satu daripada tumpuan kami adalah untuk membawa tawaran yang lebih kecil ke Amerika Syarikat, termasuk sebagai penawaran 144A," kata Decker. "Kami akan terus memberikan tumpuan kepada syarikat-syarikat berkualiti di dalam had julat pasaran $1 bilion dan menjangka untuk melihat urus niaga di masa hadapan memberikan minat pelabur global di dalam kualiti walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar."

MAKLUMAT MENGENAI DECKER & CO

Decker & Co. adalah pakar broker bagi pasaran modal baru muncul dan kurang maju di Asia  di rakan-rakan Decker & Co. di Amerika Syarikat dengan broker-broker tempatan yang utama dalam setiap pasaran untuk menyediakan kepada pelabur institusi Amerika Syarikat dengan akses yang tiada tolok bandingannya bagi penyelidikan tempatan yang terbaik dan syarikat-syarikat korporat yang disenaraikan. Prinsipal firma itu adalah di antara kalangan pakar-pakar terkemuka di pasaran Asia sejak 1990-an. Rakan kongsi penjelasan firma itu adalah Broadcort, yang merupakan sebahagian daripada Bank of America Merrill Lynch. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.deckerco.com.  

SAFE HARBOR

Maklumat di dalam siaran media ini mungkin didasarkan kepada ramalan pengurusan dan menggambarkan keadaan semasa dan pandangan kami pada tarikh ini, kesemua yang sewajarnya tertakluk kepada perubahan. Pencapaian masa lampau bukan menjadi satu petunjuk prestasi pada masa hadapan.

Hubungi

The Lowe Group
Ben Bishop, (414) 777-1880


Sumber: Decker & Co.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160426006995/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.