ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR AMPLIFIER IC KUASA 4CH MAKLUM BALAS ARUS UNTUK AUDIO KERETA DENGAN PENGESANAN OFSET TERBINA SEPENUH MASA

Wednesday 27/04/2016



TOKYO, 27 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Storage & Electronic Devices Solutions milik Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) hari ini mengumumkan pelancaran "TCB501HQ," satu amplifier IC kuasa 4 saluran yang mengesan voltan ofset output yang merupakan satu faktor di dalam kegagalan alat pembesar suara. Pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada Jun 2016.

IC baharu itu mengintegrasikan sebuah litar pengesanan ofset sepenuh masa yang baharu dibangunkan. Pengesanan ofset konvensional semasa penghasilan bunyi adalah sesuatu yang sukar. IC baharu Toshiba mengesan voltan ofset DC output yang disebabkan oleh kebocoran daripada kapasitor input dan sumber lain, walaupun semasa penghasilan bunyi, dan menghalang kegagalan alat pembesar suara.

IC baharu itu mengintegrasikan sebuah maklum balas arus daripada jenis yang diguna pakai di dalam audio hi-fi yang mewah. Ini menghalang degradasi kualiti bunyi pada jalur lebar yang luas dan menawarkan kualiti bunyi yang konsisten. 
 
Spesifikasi
Nombor Bahagian
 
 TCB501HQ
 
Output Kuasa Maksimum
 
 49W x 4ch (Vcc=15.2V, RL=4Ω, MAXPOWER)
 
Julat Voltan Bekalan Pengoperasian 6V-18V (4Ω), 6V-16V (2Ω)
 

Voltan Ofset Output 
 
90mV

Voltan Bunyi Output 
 
33uV (BW=A-berat)
Fungsi Tertanam dan Ciri-ciri



 
 
 
 
 
 
 
  • Kuasa output yang tinggi dan gangguan yang rendah
  • Fungsi dalaman untuk senyap dan siap sedia, pengesanan ofset, pengesanan litar pintas, dan pemacu suis bahagian tinggi.
  • Operasi 6V (keupayaan pengurangan enjin melahu)
  • Satu rangkaian litar perlindungan (perlindungan termal, voltan lampau, output ke VCC, output ke GND, output ke output)
 
 
Pakej HZIP25-P-1.00F

Harga Sampel
(bersama cukai)

 
 500 yen
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/power-amp.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Mixed Signal IC
Tel: +81-44-548-2826
http://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga produk dan spesifikasi, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah tepat pada masa pengumuman tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang pemberitahuan.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat termaju. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba mempromosikan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Diwujudkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 580 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 199,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 6.6 trilion yen (AS$55 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2015.)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51329442&lang=en

Hubungi

Pertanyaan media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.