ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  UNISYS MENGAMBIL PERISIAN MAYA CLEARPATH MCP PERDANA DENGAN VERSI YANG TAK BERSANDARKAN PERKAKASAN

Thursday 28/04/2016

AsiaNet 64254

BLUE BELL, Pa, 28 April, 2016/Medianet International-AsiaNet/--
 
Persekitaran pengoperasian yang berkuasa yang menggunakan VMware yang popular tanpa perkakasan sistem yang khusus, memudahkan penggunaan sumber IT pelanggan dan membolehkan pengurangan kos
 
Unisys Corporation (NYSE: UIS) (http://www.unisys.com/) hari ini mengumumkan satu versi perkakasan yang tidak bersandarkan kepada perisian persekitaran pengoperasian ClearPath(R) MCP mereka (http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-mcp-software). Pelancaran itu menandakan buat kali pertamanya Unisys telah menawarkan satu daripada persekitaran pengoperasian ClearPath utama mereka secara bebas daripada platform sistem besar ClearPath Forward (TM) (http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems).
 
Versi baharu bagi persekitaran pengoperasian MCP perdana ini direka untuk menyediakan satu keadaan aras permulaan yang bersedia untuk pengeluaran bagi tindanan perisian sepenuhnya yang beroperasi dengan mana-mana server x86 Intel di bawah VMware ESXi (TM) atau sistem yang dipilih pelanggan yang menepati kepada sesuatu spesifikasi rujukan.
 
Langkah ini yang tidak pernah berlaku sebelum ini membolehkan sistem pelanggan Unisys ClearPath Forward Libra (http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-forward-libra-systems) untuk menggunakan beban kerja aplikasi MCP mereka yang kritikal dengan menggunakan infrastruktur pilihan mereka yang berasaskan x86 Intel tanpa keperluan yang berpotensi untuk menanggung kos modal dan penyelenggaraan bagi perkakasan tambahan.
 
Selain itu, pengguna MCP boleh memperkayakan persekitaran aplikasi mereka dengan mengambil kesempatan daripada prestasi, fungsi dan pengurusan yang disampaikan oleh VMware yang popular itu.
 
"Virtualisasi persekitaran MCP adalah satu kemajuan besar yang membawa kami lebih dekat kepada matlamat utama kami untuk menjadikan ClearPath Forward sebagai sesuatu yang penting di pusat-pusat data yang didefinisikan oleh perisian pelanggan kami," kata Tarek El-Sadany, naib presiden kanan, Teknologi, dan ketua pegawai teknologi, Unisys. "Kami kekal komited untuk memberi pelanggan ClearPath Forward kami dengan cara untuk membina  suatu persekitaran IT hibrid yang moden dan menjimatkan kos yang cukup fleksibel untuk memenuhi cabaran mereka yang sentiasa berkembang dan pada masa yang sama membina ke atas pelaburan jangka panjang mereka di dalam aplikasi ClearPath Forward yang mengendalikan perniagaan mereka."
 
Penghantaran persekitaran pengoperasian yang tidak bersandarkan perkakasan adalah langkah terkini dalam evolusi yang berterusan bagi sistem ClearPath Forward ke dalam penawaran berasaskan perisian sepenuhnya yang menyediakan peningkatan nilai secara berterusan kepada pelanggan.
 
Diiktiraf secara meluas untuk keselamatan mereka yang tiada tandingan (http://assets.unisys.com/Documents/Global/Misc/MISC_20160422_ClearPathNISTNationalVulnerabilityDatabase.pdf),  ClearPath MCP dan OS 2200 - yang menjanakan sistem ClearPath Forward Dorado (http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-forward-dorado-systems) – telah diuji, tindanan bersepadu sepenuhnya bagi lebih 100 produk perisian yang menangani keperluan pengkomputeran perusahaan kritikal, dari pengagregatan kecekapan, penggunaan memori dan pengurusan sistem fail kepada pemprosesan urus niaga yang bervolum tinggi.
 
ClearPath MCP yang tak bersandarkan platform boleh didapati dengan serta merta dalam dua pilihan berikut
(http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-mcp-software/clearpath-mcp-bronze-and-silver) untuk pengeluaran aras permulaan:
    * ClearPath MCP Bronze menawarkan pelesenan berasaskan pengguna serentak dan boleh memikul beban kerja umum yang merangkumi kerja-kerja pengeluaran serta pembangunan aplikasi dan aktiviti ujian.
    * ClearPath MCP Silver termasuk pelesenan berdasarkan kapasiti yang ditentukan oleh bilangan maksimum modul pemprosesan MCP pusat yang tersedia untuk pengaktifan.
Lesen untuk beberapa jenis beban kerja yang ada, termasuk kegunaan umum, persekitaran pembangunan Unisys Agile Business Suite yang dipacu oleh model, dan pilihan untuk kesinambungan perniagaan dan pemulihan bencana.
 
Pelanggan boleh mengambil kesempatan daripada perkhidmatan Unisys ClearPath Forward
(http://www.unisys.com/offerings/high-end-servers/clearpath-forward-systems/clearpath-mcp-software/clearpath-mcp-bronze-and-silver untuk merancang, melaksana dan mengurus infrastruktur berasaskan x86 Intel yang diperluaskan dan persekitaran aplikasi yang berkaitan. Suite ini termasuk perundingan dan khidmat nasihat, operasi, dan aplikasi pemodenan dan perkhidmatan pengurusan.
 
Unisys merancang untuk menyampaikan versi bebas platform bagi persekitaran operasi OS 2200 pada masa akan datang.
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf global yang menjalin kerjasama dengan kebanyakan syarikat terbesar di dunia dan organisasi kerajaan untuk menyelesaikan cabaran IT dan perniagaan mereka yang paling mendesak. Unisys adalah pakar di dalam menyediakan penyelesaian bersepadu, canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Dengan lebih 20,000 orang pekerja yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, penawaran Unisys termasuk perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi, penyelesaian keselamatan, dan teknologi server atasan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisys.com.
 
Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan
LinkedIn(http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
                                       ###
 
NOMBOR SIARAN.: 0427/9421
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang masing-masing.
UIS-C
 
Hubungi: Claire Hosegood, Unisys, +61 411 253 663
               Claire.hosegood@au.unisys.com
 
SUMBER: Unisys Corporation 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.