ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  KAD KREDIT UNIONPAY YANG PERTAMA DIKELUARKAN DI AMERIKA SYARIKAT

Thursday 28/04/2016

AsiaNet 64257

SHANGHAI, China, 28 April, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 28 April, UnionPay International mengumumkan pengeluaran bersama mereka bagi kad kredit UnionPay yang pertama (nombor kad bermula dengan 62) di Amerika Syarikat dengan Industrial and Commercial Bank of China (Amerika Syarikat) (kemudian dari ini dirujuk sebagai "ICBC US"). Ia juga merupakan kad kredit yang pertama yang dikeluarkan oleh sebuah bank perdagangan China di sana. Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, Wang Xiquan, Naib Presiden ICBC, dan Luan Jiansheng, Presiden bagi Pusat Kad ICBC Peony menghadiri majlis pengeluaran itu. Zhang Qiyue, Konsul Besar China di New York hadir untuk ucapan tahniah.
 
UnionPay dan ICBC, dengan strategi pengantarabangsaan yang sama, adalah rakan strategik antara satu sama lain. Mereka bekerja rapat di seluruh dunia di dalam penerimaan, pengeluaran dan pembayaran yang inovatif bagi kad UnionPay. Penerimaan UnionPay yang berkembang secara berterusan di luar negara memenuhi permintaan pembayaran bagi pemegang kad global, yang juga merupakan pelanggan bagi pengeluar antarabangsa seperti ICBC. UnionPay International juga membantu pengembangan bank-bank China ke luar negara. Setakat ini, ia telah menjalin kerjasama dengan ICBC di dalam mengeluarkan kad di lebih 20 negara dan wilayah, termasuk Kanada, New Zealand dan Singapura.
 
Kad kredit UnionPay ini, yang diterima di dalam rangkaian penerimaan UnionPay di 157 buah negara dan wilayah, adalah untuk memberikan perkhidmatan pembayaran yang selamat, mudah dan keutamaan kepada penduduk Amerika yang melancong ke China dan ke negara-negara Asia Pasifik yang lain, selain warga China di Amerika Syarikat dan pelajar pertukaran. Dua jenis ditawarkan: "Kad Pilihan" dan "Kad Premier"; Kad Pilihan tanpa yuran tahunan dan menawarkan bayaran balik tunai sementara Kad Premier menawarkan lebih banyak bayaran balik tunai dan perkhidmatan VIP.
 
Cai Jianbo berkata, Tahun Melawat China-Amerika Syarikat akan menggalakkan pertukaran kakitangan di antara kedua-dua buah negara dan kad-kad UnionPay akan menawarkan lebih banyak perkhidmatan pembayaran yang lebih mudah dan bertimbang rasa. Rangkaian UnionPay di Amerika Syarikat kini boleh memenuhi keperluan pemegang kad di samping menyediakan keistimewaan yang banyak dan pengalaman yang dioptimumkan. Pembayaran UnionPay secara dalam talian juga boleh didapati di e-peniaga utama dan universiti-universiti terkenal. Dengan persekitaran penerimaan yang lebih baik, kami bekerjasama dengan ICBC di dalam mengeluarkan kad UnionPay untuk menawarkan pilihan pembayaran yang baharu bagi penduduk tempatan, menarik lebih ramai pelanggan Amerika Syarikat ke China, dan menyokong pertukaran dua hala.
 
Sehingga kini, lebih 54 juta kad UnionPay telah dikeluarkan di luar negara. Sistem perkhidmatan UnionPay di Amerika Syarikat terus bertambah baik. Kad-kad UnionPay kini diterima di hampir kesemua ATM tempatan. Sebanyak 80% daripada peniaga tempatan menyokong pembayaran tandatangan dengan kad UnionPay, dan pedagang dengan pad PIN menyokong pembayaran PIN dengan menggunakan kad UnionPay.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.