ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  CONTENT TOKYO, PAMERAN BTOB TERBESAR JEPUN BAGI INDUSTRI KANDUNGAN YANG AKAN DIADAKAN DI TOKYO DARI 29 JUN HINGGA 1 JULAI

Thursday 28/04/2016



TOKYO, 28 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Reed Exhibitions Japan:

Yang Terbesar di Jepun – 1,530 Pempamer yang meliputi kesemua genre kandungan

Di CONTENT TOKYO 2016, satu rekod sejumlah 1,530 pempamer akan berkumpul dari seluruh Jepun dan dari seluruh dunia untuk mempamerkan produk terbaharu mereka,  produk dan teknologi yang paling kreatif dan paling berinovatif. Mereka berurusan dengan semua genre kandungan seperti muzik, permainan, animasi, TV, filem, teknologi dalam ekspresi, AI, dan penerbitan, dan lain-lain. Ia menyebabkan tindak balas kimia bukan sahaja di antara pempamer dan pengunjung, tetapi juga di kalangan kesemua peserta, oleh itu  venue akan diisi dengan keseronokan dan kreativiti.

Pempamer adalah terdiri daripada pencipta kandungan & syarikat produksi dan syarikat-syarikat yang berurusan di dalam penyelesaian bagi kandungan perniagaan

CONTENT TOKYO terdiri daripada 6 rancangan khas. Pada Ekspo Syarikat Penerbitan, Ekspo Pencipta, dan PELESENAN JEPUN, anda akan menemui syarikat-syarikat penerbitan utama sehingga kepada pencipta muda dan pemberi lesen yang unik.

Pada tiga pameran lain, Ekspo Teknologi Kandungan Termaju, Ekspo Penyelesaian Kandungan, dan Ekspo Pemasaran Kandungan, anda akan mencari penyelesaian bagi perniagaan anda.

Eksekutif dari NETFLIX, PIXAR dan seorang pengarah filem bagi “Attack on Titan” dan lain-lain akan berucap pada persidangan (masuk adalah percuma)

Pada persidangan itu, pemimpin-pemimpin industri akan mendedahkan rahsia mereka untuk membuat kandungan yang menarik.

Encik David Lee dari Netflix akan bercakap tentang faktor-faktor yang berguna apabila membuat filem asal dan objektif Netflix untuk pasaran Jepun dan Asia.

Cik Sandra Karpman, seorang pengendali kamera bagi PIXAR, akan mendedahkan bagaimana dunia magik PIXAR dicipta melalui teknik kamera mereka.

Encik Katsuro Onoue, pengarah filem bagi "Attack on Titan", akan bercakap dengan memberi tumpuan kepada SFX/VFX. Mengakses laman web untuk maklumat mengenai penceramah lain dan butiran bagi sesi lain. Sesi-sesi ini adalah percuma, khas bagi pelawat yang datang dari luar Jepun.

Pelawat dari Seluruh Dunia

Sebanyak 38,000 pelawat profesional bagi industri kandungan dijangka berkumpul dari seluruh Asia. Jika anda tergolong di dalam industri kandungan, anda tiada pilihan melainkan untuk hadir menyertai acara menarik selama tiga hari ini!

CONTENT TOKYO 2016
29 Jun – 1 Julai, 2016
Pempamer: 1,530
Pelawat: 38,000
www.content-tokyo.jp/en/

Jumlah pempamer dan pelawat adalah angka ramalan.

Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi Di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51329456&lang=en


Hubungi

Pengurusan Pameran CONTENT TOKYO
Reed Exhibitions Japan Ltd.
Itsuki Imamura, +81-3-3349-8519
visitor-eng.content@reedexpo.co.jp


Sumber: Reed Exhibitions Japan Ltd.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 

--BERNAMA

 


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.