ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  PRODUKTIVITI SYARIKAT DI MALAYSIA DIPERTINGKATKAN MELALUI PENGURUSAN LEAN

Thursday 28/04/2016



SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Sebanyak RM 8.7 juta berjaya dijimatkan oleh 21 organisasi awam dan swasta menerusi pelaksanaan program Pembangunan Sistem Lean bagi meningkatkan produktiviti dan inovasi negara.
 
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) , Dato’  Mohd Razali Hussain berkata, program kerjasama MPC, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menerusi Program Pembangunan Vendor (PPV)   itu diadakan bagi membantu setiap organisasi mengurangkan pembaziran dan memaksimumkan nilai pelanggan yang sekali gus menambah baik mutu kerja.
 
Menurut beliau, pihaknya berjaya menghimpunkan 24 projek daripada 21 organisasi pelbagai industri yang menunjukkan impak positif dari segi kecekapan proses, penjimatan masa dan bilangan produk yang tidak menepati spesifikasi.
 
"Prinsip Lean merupakan kaedah mengenalpasti dan menghapuskan aktiviti yang tidak penting hingga boleh mempercepatkan perkhidmatan pelanggan, menguruskan operasi dengan cekap serta mengurangkan kos pada tahap minimum.
 
"Secara tidak langsung menerusi kaedah ini sesebuah organisasi dapat mengurangkan pembaziran dan tenaga kerja dan mampu merealisasikan hasrat untuk memperoleh hasil maksimum pada masa depan," katanya selepas merasmikan acara penutup Creanova Lean 2016 di Shah Alam Convention Centre, di sini, semalam.
 
Dalam perkembangan yang sama, Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya merangkul Anugerah Projek Terbaik dengan penjimatan sebanyak RM 40,000 setahun, manakala Anugerah Khas dimenangi oleh MVE Technologies Sdn Bhd dengan penjimatan sebanyak RM15,000 setahun.  Fair Production Sdn Bhd pula membolot Anugerah Projek Kaizen Terbaik dengan penjimatan sebanyak RM66,000 setahun.
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):
 
Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.
 
SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Vimala Muniandy
Consultant
Strategic Planning & Corporate Communication

Tel : 03-7955 7266 Ext:422
Faks : 03-7954 0795
Emel : vimala@mpc.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.