ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  REGENT SEVEN SEAS CRUISES UMUMKAN JADUAL PERJALANAN UNTUK 2017-18

Tuesday 03/05/2016



AsiaNet 64155

SYDNEY, 3 Mei, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

Syarikat kapal pelayaran mewah mengumumkan butiran bagi Pelayaran Northwest Passage yang epik di atas kapal Seven Seas Navigator, dan pelayaran sempena ulang tahun ke-25 di atas kapal Seven Seas Explorer.

Syarikat kapal pelayaran mewah mengumumkan butiran bagi Pelayaran Northwest Passage yang epik di atas kapal Seven Seas Navigator, dan pelayaran sempena ulang tahun ke-25 di atas kapal Seven Seas Explorer.

Syarikat kapal pelayaran mewah yang paling menyeluruh, Regent Seven Seas Cruises, telah mengumumkan satu jadual perjalanan baharu yang pelbagai sebagai sebahagian daripada Koleksi Pelayaran 2017-18 mereka. Pengalaman menyeluruh bagi Regent Seven Seas Cruises termasuk lawatan ke pantai tanpa had secara percuma, wain dan arak yang terbaik, WiFi tanpa had, ganjaran prabayar, pemindahan ke darat dan penginapan hotel mewah sebelum pelayaran. 

"Pelancaran akan datang bagi kapal Seven Seas Explorer dan program pengubahsuaian keseluruhan armada kami yang bernilai $125 juta akan memastikan kapal-kapal kami adalah pelayaran yang paling mewah yang belayar membelah lautan di dunia," kata Jason Montague, presiden dan ketua pegawai operasi bagi Regent Seven Seas Cruises.

Armada empat kapal - Seven Seas Explorer, Seven Seas Mariner, Seven Seas Navigator dan Seven Seas Voyager - akan membuat lebih 100 pelayaran semasa musim 2017-18 -- termasuk lawatan yang jarang dibuat melalui Northwest Passage di Kanada yang menjadi legenda. Pelayaran selama 30 malam di pelayaran Grand Northwest Passage di atas kapal Seven Seas Navigator berlepas dari Seward dan menerokai pulau-pulau, fjord, pelabuhan dan laluan di Alaska, Kanada dan Greenland yang jarang dilalui.

Jadual 2017-18 termasuk pelepasan tambahan dari Los Angeles, meningkatkan bilangan pelayaran yang melawat Kepulauan Hawaii, Mexican Riviera dan satu rekod pencapaian melintasi Terusan Panama sebanyak lapan kali oleh Seven Seas Navigator dan Seven Seas Mariner. Seven Seas Explorer akan memulakan musim pertamanya di Eropah Utara, termasuk pelayaran istimewa ulang tahun ke-25 Regent Seven Seas Cruisesselama 10 malam dari Barcelona ke Venice pada April 2017, manakala Seven Seas Voyager akan kembali ke Mediterranean sebelum melawat Timur Tengah dan Asia. Jadual perjalanan Voyager di Asia Pasifik termasuk pelayaran Towering Skylines selama 12 malam, pada lewat Disember 2017 yang singgah ke Hong Kong, Shanghai, Nagasaki, Seoul (Incheon) dan Beijing (Tianjin) dan pelayaran Pristine Australian Peaks selama 18 malam yang melawat ke Auckland, Pulau Norfolk, Brisbane, Cairns dan Bali bersama-sama dengan beberapa tempat lawatan menarik Australia yang lain.

Untuk musim 2017-18, Regent Seven Seas Cruises akan singgah di lebih 335 pelabuhan di 98 buah negara di seluruh dunia - termasuk 35 pelabuhan yang belum pernah dikunjungi oleh Regent, hampir satu pertiga daripada ini adalah di pelayaran Northwest Passage selama 30 malam oleh Seven Seas Navigator.

Sebagai satu rangkuman mewah tambahan, di pelayaran terpilih tetamu boleh menikmati satu program di darat sebelum dan selepas pelayaran selama tiga malam – yang boleh didapati pada kebanyakan pelayaran Asia di Seven Seas Voyager, dengan pengembaraan melawat Kuil Angor Wat, Empayar Khmer purba, Permata Hong Kong dan banyak lagi.

Regent Seven Seas Cruises adalah satu-satunya kapal pelayaran yang menawarkan lawatan ke pantai tanpa had secara percuma di setiap pelabuhan persinggahan. Untuk tetamu berani yang ingin menyelidiki lebih mendalam ke dalam budaya masakan sesuatu rantau, Lawatan Gourmet Explorer ditawarkan di Seven Seas Explorer sebagai sebahagian daripada pakej Persiaran Pantai Pilihan Regent – berharga dari AS$79 hingga AS$799 bagi setiap tetamu.

Untuk butiran jadual perjalanan yang lebih khusus atau untuk maklumat umum mengenai Regent Seven Seas Cruises, sila layari www.RSSC.com atau e-mel res.apac@rssc.com . Malaysia, telefon: +612 9224 6096; Singapura, telefon: 800-6167-097. 

Maklumat mengenai Regent Seven Seas Cruises
Regent Seven Seas Cruises adalah kapal pelayaran mewah yang paling menyeluruh di dunia dengan memiliki armada yang melawat ke lebih 375 destinasi di seluruh dunia. Tambang kapal pelayaran itu termasuk penginapan di bilik suite, perkhidmatan yang bersifat sangat peribadi, masakan yang disanjung, wain dan arak yang terbaik, akses internet tanpa had, lawatan bersiar-siar di setiap pelabuhan, kesemua ganjaran, dan satu pakej hotel mewah sebelum pelayaran bagi tetamu yang menginap di concierge dan bilik suite yang lebih tinggi. Tiga kapal yang kesemua biliknya merupakan suite yang telah memenangi anugerah, Seven Seas Navigator, Seven Seas Mariner, dan Seven Seas Voyager, adalah antara yang paling luas di lautan, dengan kapal terbaharu, Seven Seas Explorer boleh menampung 750 orang tetamu, memulakan pelayaran sulungnya pada 20 Julai 2016.

HUBUNGI:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Emel: asia.pr@nclcorp.com
Telefon: +852-3750-7951

SUMBER: Norwegian Cruise Line Holdings

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.