ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  GORDAGEN MELAPORKAN KEPUTUSAN GARIS ATAS UNTUK KAJIAN PENYELIDIKAN (KLINIKAL) MANUSIA AMERIKA SYARIKAT BAGI SUPPLEMEN PEMULIHAN OTOT

Tuesday 03/05/2016



AsiaNet 64287 

MELBOURNE, Australia, 3 Mei, 2016/Medianet International-AsiaNet/ --

Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat persendirian dari Australia, hari ini mengumumkan keputusan positif garis atas bagi satu kajian klinikal fasa awal bebas Amerika Syarikat bagi pemakanan tambahan sukan E1-ElitE(TM) yang menyasarkan kesakitan dan fungsi otot berikutan senaman yang eksentrik.

 

Kajian ini, yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Mount Union, Ohio, berusaha untuk mengesahkan bukti keberkesanan positif Gordagen yang sedia ada bagi formulasi nE1-ElitE(TM) mereka untuk prestasi senaman dan pemulihan otot selepas menjalani senaman. Kajian dubel-buta yang dikawal oleh plasebo menunjukkan peningkatan yang ketara untuk pemulihan dari kesakitan otot yang disebabkan oleh senaman, otot mikro-trauma dan kelemahan.

 

Keputusan garis atas menunjukkan bahawa peserta di dalam kumpulan pemakanan tambahan (yang diberikan dengan nE1-ElitETM Gordagen) melaporkan kekurangan sakit otot pada seluruh badan berbanding dengan kumpulan (p=0.02) yang dikawal selama 24 jam selepas sesi latihan berat yang mencabar yang melibatkan 25 ulangan eksentrik - atau "negatif" - pada 80% bagi satu ulangan maksimum dalam juak baring, mencangkung, dan bisep ikal. Ini menunjukkan pengurangan yang ketara di dalam Kelewatan Bermulanya Kesakitan Otot (DOMS) selepas bersenam.

 

Peserta yang menerima nE1-ElitE(TM) juga mempamerkan sudut lengan tergantung (p=0.05) yang kurang ketara (satu petanda yang menunjukkan bengkak dan mikrotrauma) berbanding dengan kumpulan kawalan, senaman selepas eksentrik 24 jam, yang menunjukkan pemulihan otot yang dipercepatkan selepas bersenam.

 

Satu trend yang kuat (p=0.056) untuk peserta yang diberikan supplemen nE1-ElitETM untuk melaksanakan satu kayuhan pecut Wingate dengan kuasa puncak yang lebih besar sehari selepas latihan eksentrik yang "merosakkan" berbanding dengan kumpulan kawalan, adalah petanda yang menunjukkan penyelenggaraan kuasa otot yang lebih baik – satu isu kritikal di dalam keupayaan untuk pulih dengan lebih cepat dan kembali menjalani latihan semula dengan lebih awal.

 

Kajian itu melibatkan satu program supplemen selama 14 hari, di mana peserta telah ditugaskan untuk pengambilan harian 40mg tokotrienol (nE1-ElitETM) atau pil plasebo yang sepadan. Peserta merupakan pemain bola sepak kolej dan rakan-rakan mereka yang menjalani latihan berat badan di Amerika Syarikat menjalani latihan di luar musim (N=17). Pemulihan otot selepas senaman dinilai merentasi beberapa pembolehubah: psikometrik (kelewatan bermulanya kesakitan otot), morfologi (otot bengkak dan kontraktur), dan prestasi (kayuhan pecut ergometer).

 

"Gordagen amat teruja kerana dapat menjalin kerjasama rapat dengan pasukan yang dipimpin sebahagiannya oleh Profesor Madya Lowery pada kajian ini. Sebagai seorang pemegang PhD dalam latihan fisiologi, dan seorang pakar pemakanan berdaftar dan berlesen yang telah menyiapkan satu disertasi dan kerja korporat ke atas affecter pemakanan bagi Kelewatan Bermulanya Kesakitan Otot (DOMS), beliau adalah paling sesuai untuk mengkaji nE1-EliteTM. Pengalaman penyelidikan dan kepakaran industri beliau amat bernilai kepada Gordagen di dalam pembangunan produk ini dan akan membolehkan kami untuk memasarkannya ke Amerika Syarikat dalam jangka masa terdekat," kata Dr. Glenn Tong,  Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Gordagen.

 

Kajian itu juga mendapat manfaat daripada pengawasan oleh Profesor Madya Ron Mendel yang memegang ijazah PhD dalam fisiologi senaman, adalah seorang Fellow bagi Persatuan Antarabangsa bagi Pemakanan Sukan (ISSN) dan mempunyai sejarah yang panjang bekerja di dalam industri suplemen pemakanan.

 

Profesor Lowery menyatakan "Hasil daripada kajian fasa awal ini menunjukkan bahawa nE1-ElitETM keluaran Gordagen ini mengurangkan kesakitan otot selepas senaman dan meningkatkan pengekalan puncak kuasa otot yang menyokong pemulihan yang dipercepatkan."

 

Analisis data bagi keputusan itu adalah berterusan dan akan disediakan oleh para penyiasat untuk persembahan dan penerbitan bagi satu penyelidikan abstrak.

 

"Drs. Lowery dan Mendel dan kumpulan penyelidikan mereka diiktiraf sebagai sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan di dalam makanan tambahan untuk sukan dan pemakanan. Data itu jelas melengkapkan pemerhatian Gordagen yang telah dibuat di dalam DOMS kami sendiri dan kajian daya tahan latihan, dan juga data yang sedia ada yang kami kumpulkan setakat ini. Ia merupakan satu peristiwa penting di dalam program pembangunan produk Gordagen ini," kata Dr Ric DeGaris, Ketua Pegawai Operasi untuk Gordagen.

 

Gordagen berhasrat untuk melancarkan diet tambahan nE1-ElitETM yang merangsangkan dan unik itu di pasaran Amerika Syarikat pada pertengahan kedua 2016.

 

Pertanyaan Pelabur dan Media:

 

Syarikat

Dr Glenn Tong

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif

Tel: +61 (0) 412 193 350

 

Australia / Asia

Paris Brooke

Bt Novo Pty Ltd

Tel: +61 (0) 407 715 574

 

 

Amerika Syarikat / Eropah

David Burke

The Ruth Group

Pejabat: 646.536.7009  

Telefon Bimbit: 917-618-2651

 

Maklumat mengenai Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd

Gordagen pada masa ini membangunkan nutraseutikal berasaskan tokotrienol yang disokong oleh penyelidikan klinikal dikawal selia, untuk pasaran kesakitan otot, ketahanan senaman dan kesihatan jantung. Ia mempunyai satu portfolio preskripsi farmaseutikal yang pelbagai, yang meliputi tanda-tanda utama penyakit kardiovaskular, kencing manis dan darah tinggi.

Proprietari Syarikat dan teknologi melt MELT3(TM) yang dipatenkan adalah digabungkan dengan satu formulasi tokotrienol.

www.gordagen.com

 

SUMBER: Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.