ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  PLATFORM ALIRAN KERJA EFFEKTIF DITUKAR NAMA KEPADA ALIRAN KERJA SIGNAVIO

Tuesday 03/05/2016



BERLIN, 3 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Signavio GmbH, satu daripada pembekal perisian yang terkemuka untuk proses dan pengurusan keputusan mengumumkan penyatuan sepenuhnya bagi platform aliran kerja mereka yang berasaskan awan. Penyatuan Effektif ke dalam platform Signavio kini telah dimuktamadkan dengan menukar namanya kepada Aliran Kerja Signavio.

Effektif ditubuhkan pada tahun 2013 oleh tokoh veteran BPM, Tom Baeyens, berikutan peranannya yang instrumental sebelum ini di dalam pembangunan Activiti (sejak itu dicabang oleh Camunda) dan jBPM (Red Hat).

Dengan Aliran Kerja Signavio, syarikat-syarikat boleh:
– Rakam proses mereka
– Mengautomasikan proses dan peraturan tanpa apa-apa pengaturcaraan
– Memantu proses pelaksanaan

Sebagai sebuah platform pengurusan aliran kerja yang berasaskan awan, Aliran Kerja Signavio melengkapkan kedua-dua produk yang sedia ada, Editor Proses Signavio dan Pengurus Keputusan Signavio.

"Penamaan semula ini sekali lagi melambangkan penyatuan sepenuhnya Aliran Kerja Signavio ke dalam ekosistem Signavio. Pelanggan kami mendapat manfaat daripada satu persimpangan yang lancar dan boleh melaksanakan model proses dan keputusan sehingga ke titik automasi dengan produk Signavio.", kata Dr. Gero Decker, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Signavio GmbH.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Aliran Kerja Signavio menawarkan percubaan 30 hari secara percuma. Dafter di sini.

Maklumat mengenai Signavio

Pemaju perisian dari Jerman itu beribu pejabat di Berlin dan mempunyai pejabat di Sunnyvale, CA dan Singapura. Signavio menawarkan satu penyelesaian berasaskan web untuk model, analisis dan mengoptimumkan proses dan keputusan perniagaan. Sebagai sebuah pembekal utama perisian SaaS untuk Proses Perniagaan dan Pengurusan Keputusan Perniagaan merentasi organisasi, Signavio menggabungkan kepelbagaian bagi seorang profesional BPM dan penyelesaian BDM dengan kelebihan kerjasama di dalam Awan.

 
Hubungi
Signavio GmbH
Katharina Clauberg
marketing@signavio.com


Sumber: Signavio GmbH

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160503005829/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.