ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  CTS ENGINES DINAMAKAN "PEMBEKAL TERBAIK" BOEING UNTUK TAHUN 2015

Wednesday 04/05/2016



Anugerah diberikan kepada kurang daripada 0.1 peratus daripada kesemua pembekal Boeing
 
FORT LAUDERDALE, Fla., 4 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --  CTS Engines, pemimpin global bagi perkhidmatan penyelenggaraan enjin matang, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai ”pembekal Terbaik” Boeing untuk Tahun 2015 dalam kategori Perkhidmatan & Sokongan untuk sokongan baik pulih enjin CF6 mereka bagi armada E-4B Tentera Udara Amerika Syarikat.
 
"Kami amat teruja sehingga tak terkata untuk menerima anugerah ini daripada sebuah pelanggan kontrak yang berprofil tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif CTS Brian Neff. "Kesemua kami di CTS mengiktiraf kepentingan yang mendalam bagi anugerah ini daripada Boeing dan kepentingan kritikal di dalam misi asas pelanggan. Ia adalah satu penghormatan besar untuk menerima anugerah ini, dan satu pengiktirafan terhadap proposisi nilai CTS yang cemerlang di dalam pasaran enjin matang."
 
CTS Engines adalah satu daripada 12 buah syarikat yang menerima satu daripada anugerah tahunan itu. Pada tahun 2015, Boeing telah membelanjakan $62 bilion dengan lebih daripada 13,000 pembekal dari 47 buah negara. Komponen dan pemasangan yang disediakan oleh pembekal mencakupi 65 peratus daripada keseluruhan kos produk Boeing.
 
Berpangkalan di Ft. Lauderdale, CTS Engines adalah pemimpin dunia di dalam penyelenggaraan enjin matang, melakukan baik pulih enjin pada model engin CF6-50, CF6-80A, CF6-80C, dan PW2000 di kemudahan MRO mereka di Ft. Lauderdale yang berkeluasan 70,000 kaki persegi. Di tempat uji 155,000 lbf  mereka di Jupiter, Fla., syarikat itu juga melakukan ujian kembali untuk perkhidmatan enjin matang, serta ujian pembangunan OEM untuk platform enjin baharu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ctsengines.com.
 
Hubungi
CTS Engines
Alejandra Meza, 954-889-0640

 
Sumber: CTS Engines
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160503006071/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.