ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  KAJIAN MENDEDAHKAN PERANAN GLUTATION DALAM MEMERANGI PENYAKIT HATI BERLEMAK BUKAN ALKOHOL (NAFLD)

Friday 06/05/2016



TOKYO, 6 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keputusan bagi kajian klinikal pelbagai pusat baru-baru ini menunjukkan, buat kali pertama, bahawa pemberian secara oral KOHJIN Glutation (L-Glutation Dikurangkan, GSH) adalah berkesan terhadap permulaan dan pergerakan NAFLD, dan sindrom metabolik di dalam pandangan yang lebih luas. Implikasi daripada kajian ini, yang dibentangkan pada Kongres Hati Antarabangsa 2016 di Barcelona, ​​Sepanyol, tidak pernah berlaku sebelum ini kerana, sehingga kini, tidak ada terapi ubat-ubatan yang terdapat yang telah menunjukkan keberkesanan di dalam merawat NAFLD (ILC 2016 # FRI-340).
 
NAFLD, yang boleh berkembang kepada steatohepatitis bukan alkohol (NASH), sirosis, dan karsinoma hepatoselular, adalah satu ancaman yang semakin meningkat di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat, di mana kadar morbiditi telah melonjak sehingga 30%. Kajian itu melihat kepada 34 subjek yang diberikan 300 mg Glutation secara harian dalam tempoh empat bulan, dan memutuskan dengan satu perbandingan antara kedua-dua parameter klinikal dan imej pemandangan pemerhatian steatosis (degenerasi adipos), dengan bantuan elastografi sementara, menurut profil terperinci bagi setiap subjek sebelum dan selepas rawatan dengan menggunakan Glutation. Peningkatan dalam keadaan fizikal bagi kedua-dua barisan adalah muktamad. Tahap aminotransferase alanine (ALT) dan parameter pengecilan Kawalan (CAP/ Fibroscan) berkurangan dengan ketara.
 
Glutation adalah sejenis tripeptida luar biasa yang ditemui di dalam setiap sel mamalia, fungsi penting yang berperanan untuk menjadi pengantara bagi aktiviti selular dan menentang kemerosotan selular yang berlaku apabila badan melawan jangkitan virus dan mikrob dan penyakit sistemik; mengalami tekanan dan keletihan akibat daripada kehidupan seharian dan aktiviti fizikal yang berat; mengekalkan, melalui perkumuhan, serangan pencemaran, toksin, dan faktor-faktor luaran yang lain; dan terutamanya, menjalani penuaan normal, yang mengurangkan bekalan Glutation di dalam darah. Ia bertindak sebagai antioksidan, menyokong fungsi hati, dan melakukan pembersihan dalaman bagi sistem radikal bebas. Pada tahun 2014 penyelidik melenyapkan sebarang ketidakpastian mengenai sama ada Glutation yang diberikan secara oral kepada badan menyimpan bahan itu, dan sama ada volum tambahan Glutation akan berfungsi dengan cara yang sama seperti yang sedia ada secara semula jadi.
 
Kajian itu menggunakan bentuk yang dikurangkan daripada Glutation dengan pensijilan US FDA FULL GRAS, KOSHER, dan HALAL, yang dihasilkan secara eksklusif di kilang pengeluaran yang diluluskan oleh GMP (USP koresponden, NON-GMO) bagi KOHJIN Life Sciences, perintis utama di dalam mengkaji manfaatnya selama hampir 50 tahun, yang bertujuan  menjalankan ujian klinikal berskala besar pada masa hadapan.
 
Hubungi
Untuk KOHJIN Life Sciences
ASIA
Yusuke Sauchi
yusuke.sauchi@kohjinls.com

atau

AMERIKA SYARIKAT & KANADA
Robert Price
rprice@mitsubishiingredients.com

Sumber: KOHJIN Life Sciences
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160505005229/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.