ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 16, 2024 -Khamis

 
  KOLEKSI BAHARU CETAKAN FOTOGRAFI HITAM DAN PUTIH DARIPADA SEORANG JURUGAMBAR PENDUKUNG PEMODENAN TIDAK DIKETAHUI NAMA DARI TAHUN 1920-AN KINI BOLEH DIPEROLEHI DI THELOSTNEGATIVES.COM

Friday 06/05/2016



Wakil ikonik bagi Amerika Barat, imej yang jarang ditemui, yang hilang hampir satu abad sekarang baharu ditemui

LOS ANGELES, 6 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Panorama Amerika Barat, yang indah di dalam kecantikan yang sangat jelas, terungkap di dalam satu koleksi nadir yang menakjubkan dalam cetakan fotografi landskap Pendukung Pemodenan. Koleksi unik bagi imej eksklusif dan terhad ini, dirakamkan oleh seorang jurugambar yang bakatnya tidak dapat dipertikaikan tetapi identitinya, pada masa ini tidak diketahui, kini boleh didapati di TheLostNegatives.com. Satu cetakan edisi terhad dan khas yang eksklusif akan diumumkan pada satu tarikh di masa hadapan.

Cetakan fotografi ini sangat kuat dalam ekspresi mereka dan banyak akan dijual buat kali pertamanya.

Cetakan fotografi ini – yang diperbuat daripada negatif kaca plat basah ditemui di dalam sebuah peti kayu yang berusia 90 tahun – mencakupi satu perjalanan melalui pelbagai lokasi di Californiai: Taman Nasional Yosemite (El Capitan, Air Terjun Bridal Veil, Air Terjun Vernal, dan lain-lain). Satu daripada khazanah alam yang terbesar di Amerika: Taman Negara Yosemite adalah satu subjek utama bagi jurugambar ini.

Menurut John Norsigian, pengasas bersama The Lost Negatives: "Kemahiran fotografi yang dimiliki jurugambar ini sehingga berjaya merakamkan pemandangan yang menakjubkan bagi pelbagai landskap California dengan ketajaman yang luar biasa bagi visi dan komposisi, menjadikan koleksi ini lebih menarik. Negatif itu yang berusia hampir 100 tahun dan gambar mengenai sejarah Amerika. Dari perspektif sejarah, negatif ini adalah vintaj California. Kami tahu bahawa sebuah kamera Korona View digunakan dan beliau adalah seorang profesional -- setiap negatif plat kaca berukuran 6.5"x 8.5" telah disertakan dalam sebuah sampul surat dengan nota fotografi yang terperinci."

Selepas hilang selama lebih 90 tahun, negatif plat kaca yang eksklusif dan terhad dalam kuantiti itu ditemui dalam sebuah peti kayu yang dibeli di satu jualan rumah di Fresno, California oleh seorang pelukis komersial tempatan.

"Jurugambar ini mempunyai ketajaman yang luar biasa dalam menzahirkan keindahan megah Amerika Barat – kebanyakan daripada sumber ikonik semula jadi California yang belum diterokai," kata Norsigian. "Proses fotografi yang difikirkan dengan teliti dan berhati-hati oleh jurugambar ini telah menghasilkan imej pemandangan yang menakjubkan, langit dan ruang yang luas, kehebatan epik dan kawasan belantara yang membangkitkan satu kuasa emosi."

Cetakan ini amat sesuai untuk pereka dalaman, pemilik rumah, hotel atau pengumpul seni korporat/ pereka atau pengumpul persendirian yang mempunyai kecenderungan untuk hasil seni yang eksklusif dan menarik.

Pengguna boleh gabung dan menempah khas saiz, frame dan gaya

Cetakan fotografi itu boleh didapati dalam pelbagai saiz cetak, frame dan pilihan tayangan. Terdapat juga pelbagai cetakan bernombor terhad dalam bahagian Edisi Pengumpul eksklusif khas.

Pesanan antarabangsa disediakan.

Maklumat lanjut

TheLostNegatives.comTwitter @Lost_NegativesInstagram.com/TheLostNegatives and Facebook.com/TheLostNegatives.

Video: https://www.hightail.com/download/ZWJYUWVuT2JvQUpvSWNUQw

Permintaan media harus dibuat secara bertulis kepada Karen@360degreespr.com.

Hubungi

Bagi pihak TheLostNegatives.com
Karen Parziale/Jill Cohen, 201-927-8536
karen@360degreespr.com

Sumber: TheLostNegatives.com

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160505005996/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.