TOKYO, 10 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan “Bufet Pencuci Mulut Little Mermaid” di All Day Dining Jurin dari 1 Jun hingga 30 September, 2016 sebagai memperingati ulang tahun ke-180 cerita dongeng "The Little Mermaid" yang ditulis oleh pengarang Denmark Hans Christian Andersen. Pencuci mulut khas yang berdasarkan tema "The Little Mermaid" itu, termasuk Denmark, laut dan makhluk laut, akan disediakan oleh pembuat pastri dan kek kami yang berkemahiran tinggi.
Bufet pencuci mulut sebelumnya diadakan dari November 2015 hingga Januari 2016 yang bertemakan "Alice’s Adventures in Wonderland" dan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelanggan wanita. Pembuat pastri di hotel kami akan menunjukkan kemahiran mereka dengan mencipta pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat yang dibahagikan kepada lima zon yang berbeza di sebuah kaunter yang berukuran 15 meter panjang bagi pelanggan untuk membuat pilihan pada setiap hari semasa pameran itu dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang. Kuih tat dalam bentuk "umang-umang," kek gulung dalam bentuk "belut malung" dan pencuci mulut artistik yang lain yang menggambarkan watak-watak daripada tema lautan, makhluk laut dan musim panas dengan menggunakan crème beri biru, jeli pudina, dan bahan-bahan lain yang unik akan disediakan.
Sambil mengekalkan tema "Puteri Ikan Duyung," kami mengubah bahan-bahan utama pada setiap bulan untuk melayan pelanggan berulang kami: Beri Biru pada bulan Jun, pic pada bulan Julai, mangga pada bulan Ogos dan anggur pada bulan September. Pada bulan Jun, bulan pertama diadakan bufet pencuci mulut Princess Mermaid, pencuci mulut beri biru, wakil buah bagi permulaan musim panas, akan ditawarkan termasuk "kek sifon beri biru" dan "tat beri biru."
-“Bufet Pencuci Mulut Little Mermaid” |
Tempat: | | | | All Day Dining “Jurin” |
Masa: | | | | 3:00 petang - 5:30 petang (Pesanan dialu-alukan sehingga 5:00 petang.) |
Harga: | | | | JPY 3,800 untuk dewasa, JPY 2,600 untuk kanak-kanak (Berumur 4 hingga 12 Tahun) |
| | | | |
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami boleh berbangga kerana mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang terbuka dan mesra, perkhidmatan yang bertaraf hebat, dan layanan yang mesra. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman sesawang, YouTube, Facebook, atau Instagram kami.
Galeri Foto/ Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51336983&lang=en
Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8113
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp
Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA