ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  KUMPULAN KEAGAMAAN MENGELUARKAN KENYATAAN ANTARA AGAMA YANG MENGGESA TINDAKAN SEGERA DIAMBIL TERHADAP PENGHAPUSAN SENJATA NUKLEAR DI GENEVA

Tuesday 10/05/2016



AsiaNet 64288 

TOKYO, 6 Mei, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Pada 2 Mei, satu kumpulan yang terdiri daripada organisasi yang berasaskan pelbagai keagamaan telah mengeluarkan satu kenyataan antara agama yang keras yang menonjolkan kemestian moral dan etika bagi penghapusan senjata nuklear, untuk menandakan permulaan sesi kedua Kumpulan Kerja Terbuka PBB 2016 (OEWG) yang membawa ke hadapan rundingan pelucutan senjata nuklear pelbagai hala yang diadakan di Geneva antara 2 Mei dan 13 Mei.

Kenyataan itu berbunyi: "Senjata nuklear tidak sesuai dengan nilai-nilai yang didukung oleh tradisi agama masing-masing -- hak rakyat untuk hidup secara bermaruah dan selamat; dengan nilai-nilai hati nurani dan keadilan; kewajipan untuk melindungi golongan yang mudah terjejas dan melakukan pengawasan yang akan melindungi bumi ini untuk generasi akan datang."

Kenyataan itu, yang telah dibentangkan kepada Pengerusi OEWG Duta Thani Thongphakdi dari Thailand pada 3 Mei, menggesa kumpulan kerja itu untuk memberi tumpuan kepada kesan senjata nuklear ke atas manusia sejagat, bagi kesemua negara untuk mengambil bahagian di dalam usaha pelucutan senjata nuklear dengan niat yang baik, dan penggunaan awal satu kerangka perundangan yang akan memudahkan larangan dan penghapusan nuklear senjata di bawah kawalan ketat antarabangsa.

PAX, Soka Gakkai International (SGI) dan Majlis Gereja Sedunia (WCC) telah mengambil langkah awal dan mendahului di dalam merangka kenyataan itu yang bertajuk "Komuniti Beragama Prihatin terhadap Akibat Senjata Nuklear ke atas Manusia Sejagat."

Hirotsugu Terasaki, Pengarah Eksekutif untuk Keamanan dan Hal Ehwal Global bagi SGI, mengulas, "Adalah menjadi harapan kami bahawa perbincangan tersebut semasa OEWG akan membuka jalan kepada satu pelan tindakan yang konkrit yang membawa kepada 'permulaan untuk mengakhiri' era senjata nuklear."

Susi Snyder, Pengurus Program Pelucutan Senjata Nuklear untuk PAX, berkata: "Kami menggalakkan kesemua peserta untuk bermula dari asas perspektif moral, etika dan kemanusiaan. Penentangan kami kepada senjata nuklear mestilah lebih besar daripada kata-kata, dan perlu dibuat teguh melepasi satu instrumen undang-undang baharu yang melarang mereka secara muktamad."

Dr. Emily Welty, Pemangku Moderator untuk Suruhanjaya WCC bagi Hal Ehwal Antarabangsa, menjelaskan kedudukan WCC: "Keyakinan kami yang mendalam dan agama kami meminta kami untuk menolak keselamatan yang bergantung kepada ancaman senjata nuklear. Ia harus dilihat sebagai satu salah guna sumber-sumber kita yang melampau."

Disahkan setakat ini oleh lebih daripada 33 kumpulan dan orang perseorangan, kenyataan lengkap itu boleh diperolehi di:

http://www.sgi.org/content/files/resources/ngo-resources/OEWG-Joint-Statement.pdf

Kenyataan ini dibina di atas kenyataan antara agama sebelum ini mengenai kesan senjata nuklear ke atas kemanusiaan yang dikeluarkan di Washington D.C. (April 2014), Vienna (Disember 2014) dan New York (Mei 2015).

Kumpulan agama dan orang perseorangan yang ingin memasukkan nama mereka pada kenyataan itu boleh berbuat demikian dengan menghantar e-mel kepada y-matsuoka [at] soka.jp.

Kumpulan Kerja Terbuka itu diadakan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berdasarkan kepada satu resolusi yang diterima pakai pada Disember 2015 untuk sebahagian besarnya menangani langkah-langkah perundangan yang konkrit dan berkesan, peruntukan dan norma-norma yang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan sebuah dunia tanpa senjata nuklear. Mesyuarat pertama mereka telah diadakan pada Februari 2016.

 

SUMBER: Soka Gakkai International

 

Hubungi: Yuko Oshima

Penyelaras Program

Keamanan dan Hak Asasi Manusia

Soka Gakkai International

Tel: +81-80-5957-4710

E-mel: y-matsuoka [at] soka.jp

--BERNAMA 

 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.