ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  DANA HUTANG III LP MADISON REALTY CAPITAL DITUTUP DENGAN MEMBERI KOMITMEN $695 JUTA, SEBAHAGIAN BESARNYA MELEBIHI SASARAN AWAL

Wednesday 11/05/2016



NEW YORK, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Madison Realty Capital (MRC), sebuah firma ekuiti persendirian hartanah bersepadu menegak yang memberi tumpuan kepada pelaburan ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan Amerika Syarikat, mengumumkan penutupan akhir Dana Hutang III LP Madison Realty Capital ("Dana Hutang III MRC"), cabang pelaburan hutang hartanah institusi ketiga firma itu.
 
Adam Tantleff, Prinsipal Urusan bagi MRC, membuat pengumuman itu.
 
Dana ekuiti budi bicara persendirian mengumpul sejumlah $695 juta dalam komitmen modal, dengan sebahagian besarnya melebihi matlamat asal sebanyak $600 juta. MRC memperolehi modal bagi dana itu daripada pelbagai kumpulan pelabur, termasuk dana pencen awam, dana pencen korporat, yayasan dan endowmen, pejabat keluarga, dan pengurus harta.
 
"MRC dengan sukacitanya mengumumkan penutupan akhir bagi dana ketiga kami pada satu tahap yang melepasi sasaran awal kami dengan margin yang begitu besar," kata Encik Tantleff. "Kami menghargai sokongan yang amat besar yang kami terima daripada pelabur-pelabur baharu dan yang sedia ada dalam masyarakat institusi sepanjang pengumpulan ini. Memandangkan aset firma kami kini menghampiri $3 bilion kami terus berusaha mencari dan mengeksploitasi peluang-peluang pasaran yang wujud di dalam pasaran pertengahan yang kurang mendapat liputan merentasi kelas-kelas aset. Platform bersepadu menegak kami, yang merangkumi kedua-dua kepakaran hutang dan ekuiti, membolehkan kami untuk mengambil kesempatan daripada peluang pinjaman keadaan khas yang mana pihak lain mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk bertindak."
 
Dana Hutang III MRC berasal daripada pinjaman gadai janji komersial, pinjaman mezanin dan kepentingan ekuiti pilihan, dan memperoleh gadai janji tidak berbayar. Dengan keupayaan untuk memanfaatkan dan mengitar semula modal, dana itu mempunyai lebih $2.5 bilion keupayaan urus niaga. Cabang hutang MRC sebelum ini, Dana Hutang Sullivan, yang dilancarkan pada tahun 2012 dan mengumpul sejumlah $350.4 juta komitmen ekuiti, juga melebihi matlamat $300 juta mereka. Pada tahun 2005, MRC melancarkan dana hutang permulaan yang mengumpulkan lebih daripada $300 juta.
 
Maklumat mengenai Madison Realty Capital (MRC)

MRC adalah sebuah firma pelaburan hartanah yang berpangkalan di New York yang menjalankan pelaburan ekuiti hartanah dan pelaburan hutang di pasaran pertengahan dan mempunyai $2.7 bilion pada bentuk aset firma. Ditubuhkan pada tahun 2004, MRC telah melabur melebihi $4.5 bilion dalam bentuk urus niaga di dalam sektor berbilang keluarga, runcit, pejabat, industri dan hotel. Kakitangan MRC yang melebihi 50 orang profesional merangkumi pakar-pakar dalam pengasalan, pengambilalihan, pengunderaitan, penstrukturan, penutupan, perkhidmatan, pengurusan aset, pengurusan hartanah, pembinaan, pasaran modal, pensindiketan dan pentadbiran.
 
Hubungi
Media:
Great Ink Communications, 212-741-2977
Eric Waters, eric.waters@greatink.com

atau

Tom Nolan, tom@greatink.com

Sumber: Madison Realty Capital
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160510005351/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.