ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  ACARA "NO LIMITS SPECIAL GINZA & TOKYO" DIADAKAN UNTUK PENGALAMAN PERIBADI DALAM RAYUAN BAGI SUKAN PARALIMPIK!

Thursday 12/05/2016



AsiaNet 64359
 
TOKYO, 10 Mei, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Kerajaan Metropolitan Tokyo telah menganjurkan satu acara khas di Ginza untuk menggalakkan rayuan bagi Sukan Paralimpik.
 
(Foto1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102164/201605090430/_prw_OI1fl_2b0Bd848.jpg)
 
 
(Foto2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102164/201605090430/_prw_OI5fl_0oqO51f3.jpg)
 
 
(Foto3: https://prw.kyodonews.jp/opn/release/201605090430/)
 
 
Kira-kira 22,000 orang pengunjung telah menyaksikan demonstrasi oleh pemenang pingat emas tenis berkerusi roda di Sukan Paralimpik London Shingo Kunieda, Yui Kamiji, dan pasukan kebangsaan ragbi berkerusi roda, yang berada pada kedudukan ke-3 terbaik di dunia.
 
Terdapat gerai untuk menimba pengalaman sendiri bagi lapan acara Paralimpik -- olahraga, powerlifting, bola sepak dengan menutup mata, boccia, bola keranjang berkerusi roda, dan goalball -- dengan atlet-atlet terkemuka menyediakan gambaran mengenai acara-acara itu. Para pelawat ditunjukkan apa yang perlu diperhatikan dalam sukan itu dan bagaimana untuk menikmatinya.
 
Acara "NO LIMITS SPECIAL GINZA & TOKYO" itu merupakan satu kejayaan yang merangsangkan, dengan ramai pelawat dapat merasakan secara peribadi betapa sukar dan mendalamnya disiplin itu.
 
Ketika tahun 2020 semakin hampir, kami berharap untuk dapat menyalurkan rayuan mengenai Paralimpik itu melalui semua kaedah yang ada," kata Gabenor Tokyo Yoichi Masuzoe.
 
Kunieda, yang mengalami kecederaan, tidak beraksi tetapi mengulas mengenai rakan-rakan sepasukan beliau, "Saya pasti anda akan mendapati bahawa aksi mereka yang cukup menarik itu adalah lebih daripada layak untuk mendapatkan sokongan hangat daripada anda. "Pemain ragbi berkerusi roda Daisuke Ikezaki, yang akan berada di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, berkata, "Oleh kerana ragbi berkerusi roda masih tidak terkenal sebagaimana tenis berkerusi roda, saya berharap rayuan itu boleh disampaikan melalui acara ini."
 
Tenis berkerusi roda dan ragbi berkerusi roda dipaparkan di peringkat demonstrasi.
 
Atlet Kunieda, Kamiji dan Satoshi Saida diiringi di pentas oleh bekas pemain tenis profesional yang bertubuh sihat Ai Sugiyama. Selepas menikmati aksi sukan itu, Sugiyama berkata, "Ia adalah benar-benar sukar untuk menggunakan raket tenis ketika menggunakan kerusi roda!"
  
Para pemain ragbi berkerusi roda kemudian menawarkan satu demonstrasi manakala atlet yang tegap dan sihat Akihito Yamada dan bekas pemain ragbi pasukan kebangsaan Toshiaki Hirose telah mencubanya.
  
Gabenor Tokyo Masuzoe mengulas mengenai Paralimpik itu yang akan diadakan di Tokyo pada tahun 2020. "Saya rasa bahawa acara ini cukup hebat kerana ia telah membolehkan begitu ramai orang untuk mengalami (acara-acara Paralimpik) itu secara sendiri."
 
Kerajaan Metropolitan Tokyo akan terus menganjurkan acara itu yang membolehkan orang ramai untuk menikmati pengalaman secara langsung mengenai rayuan Paralimpik itu.
 
Sumber: Biro Persiapan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.