ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  GLORY GLOBAL SOLUTIONS: PERUNCIT UTAMA SINGAPURA SHENG SIONG MEMBUAT MEMBELI-BELAH LEBIH CEPAT DAN LEBIH MUDAH UNTUK PELANGGAN MEREKA

Friday 13/05/2016



Pasar Raya menyokong kempen kerajaan untuk menangani kekurangan pekerja melalui pelaksanaan Kios Pembayaran Hibrid baharu yang mudah.
 
BASINGSTOKE, England, 13 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sheng Siong Supermarket, peruncit ketiga terbesar di Singapura, telah memperkenalkan CashInfinity™ Glory iaitu penyelesaian pengurusan tunai tertutup yang dijamin selamat, yang menjadikan membeli-belah lebih cepat dan lebih mudah untuk pelanggan mereka. Penyelesaian dari Glory Global Solutions itu, sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian teknologi tunai, melengkapkan langkah terbaharu Sheng Siong dalam menangani cabaran tenaga kerja di dalam industri itu. Kali pertama digunakan pada Disember 2014, penyelesaian Glory CashInfinity sedang dilaksanakan di kedai-kedai di seluruh pulau itu.
 
Kios bayaran tunai itu menerima, mengesahkan dan memberikan tunai untuk pelanggan; mempercepatkan urus niaga, meningkatkan keselamatan secara keseluruhan dan meningkatkan daya pengeluaran juruwang. Penyelesaian Glory itu mengurangkan masa yang digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas penyesuaian tunai sehingga 50%.
 
Penyelesaian itu secara automatik mengutip pembayaran pelanggan dan memberikan baki wang secara tepat, sekali gus menghapuskan keperluan untuk pembayaran secara manual untuk juruwang. Ini memastikan ketepatan yang lebih tinggi di dalam pembayaran wang tunai, dan membolehkan juruwang untuk menggunakan lebih banyak masa dengan pelanggan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka. Sistem itu juga mampu untuk lebih fleksibel dan serba boleh kerana lebih banyak masa boleh digunakan untuk menjalankan tugas-tugas lain seperti pengurusan stok dan barangan.
 
Encik Lim Hock Chee, Ketua Pegawai Eksekutif, Sheng Siong Group, berkata, "Kami merupakan pasar raya yang pertama melaksanakan kios pembayaran layan diri sepenuhnya di Singapura. Sebanyak 70% daripada pelanggan Sheng Siong masih memilih untuk menggunakan wang tunai dan 30% lebih suka menggunakan kad, oleh itu keupayaan unik sistem itu untuk menerima kedua-dua bentuk pembayaran dan bertindak sebagai sebuah ATM untuk pengeluaran wang tunai adalah amat sesuai. Sistem CashInfinity adalah satu pelaburan yang penting dalam usaha kami untuk membolehkan pelanggan menikmati pengalaman membayar yang lebih lancar dengan pengendalian pembayaran secara tepat dan perkhidmatan yang lebih baik."
 
Bercakap bersama Encik Lim, Ben Thorpe, Pengarah Urusan bagi Glory Global Solutions rantau Asia Pacific, berkata, "Di tengah-tengah krisis pekerja yang semakin meningkat dan persekitaran perniagaan yang semakin kompetitif, Sheng Siong Group mengenal pasti bahawa melalui penggunaan teknologi layan diri mereka boleh melakukan lebih banyak lagi dalam menangani cabaran-cabaran ini. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Sheng Siong Group sepanjang pengeluaran ini dan seterusnya membantu mereka dalam usaha mereka yang berterusan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam memenuhi keperluan pelanggan mereka."
 
-AKHIR-
 
Maklumat mengenai Glory Global Solutions
 
Glory Global Solutions adalah merupakan sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian pengurusan tunai yang selamat. Beroperasi merentasi industri kewangan, peruncitan, pusat tunai dan perjudian, perniagaan di lebih 100 buah negara bergantung kepada penyelesaian kami untuk meningkatkan kecekapan kakitangan, mengurangkan kos operasi dan membolehkan pengalaman pelanggan yang lebih baik.
 
Dengan beribu pejabat di United Kingdom, Glory Global Solutions adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya GLORY Ltd. Dengan mempunyai lebih 3,000 orang profesional di seluruh dunia dan mempunyai kemudahan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan pengeluaran yang khusus merentasi Eropah, Asia dan Amerika Utara, Glory Global Solutions adalah organisasi jualan dan perkhidmatan antarabangsa GLORY. Dibina di atas warisan yang dipacu oleh teknologi yang bertumpukan kepada pelanggan yang merangkumi hampir seratus tahun, GLORY adalah sebuah perintis di dalam pembangunan dan pembuatan pengurusan tunai, layan diri dan peralatan perkhidmatan automatik.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gloryglobalsolutions.com atau ikuti kami di Twitter: http://twitter.com/glory_global
 
Maklumat mengenai Sheng Siong Supermarket Pte Ltd
 
Syarikat tempatan Sheng Siong Supermarket Pte Ltd (secara ringkasnya "Sheng Siong Supermarket") telah diwujudkan pada tahun 1985 oleh gandingan adik-beradik Encik Lim Hock Eng, Encik Lim Hock Chee dan Encik Lim Hock Leng. Ketika itu, ia hanya merupakan sebuah pasar raya yang kecil yang terletak di bahagian bawah sebuah blok rumah pangsa HDB, dengan menjual barangan runcit dan makanan pada harga yang berpatutan dan menyediakan perkhidmatan yang mesra dan baik kepada penduduk tempatan. Masa berlalu dan Sheng Siong Supermarket berkembang dengan mantap, tidak terjejas oleh kelembapan  mahupun kemelesetan ekonomi. Pada hari ini, ia telah berkembang kepada satu nama yang menjadi sebutan ramai dan merupakan satu rantai kedai runcit dengan mempunyai 40 buah kedai di seluruh pulau dan lebih 2,000 orang pekerja. Sheng Siong Supermarket merupakan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Sheng Siong Group Ltd yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Singapura pada Ogos 2011. Perolehan jualan tahunan Sheng Siong Group Ltd setakat 31 Disember 2015 adalah sebanyak S$764.4 juta.
 
www.shengsiong.com.sg
 
Hubungi
 
Media:
Glory Global Solutions
Paul Race
Pengarah bagi Operasi Pemasaran Global
M: +44 (0) 7887 052366
paul.race@uk.glory-global.com

 
Sumber: Glory Global Solutions
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20160511005016/en

 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.