ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  ENECO MENCAPAI LAKURAN AIR/MINYAK UNTUK KALI PERTAMA MELALUI PENAPIS BAHAN API LAKURAN PLASMA

Monday 16/05/2016



AsiaNet 64417

TOKYO, 16 Mei 2016 / Kyodo JBN-AsiaNet / -

Eneco Holdings, Inc. (https://www.eneco-hd.co.jp/en/), pemaju teknologi emulsi canggih, kini telah berjaya mencampurkan minyak berat LSA dengan air paip pada nisbah 50:50 dengan penggunaan penapis bahan api generasi akan datang, Lakuran Plasma Eneco. Hasil penemuan ini telah disahkan melalui analisis yang disahkan oleh Pusat Analisis Fizikal & Kimia di Yokohama. Ini merupakan satu langkah besar ke hadapan untuk teknologi emulsi dan membolehkan minyak berat LSA untuk dicampur dengan air paip pada nisbah 30:70, bergantung kepada keadaan air yang digunakan.

(Foto:http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M103819/201605130591/_
prw_OA1fl_gIm40B2C.pdf)

Bagi Sidang Kemuncak Ise-Shima Kumpulan Tujuh (G7) yang akan diadakan dari Khamis, 26 Mei hingga Jumaat 27 Mei, Eneco Holdings akan menjadi tuan rumah bagi ruang komunikasi ruangan G7 untuk organisasi berita di tapak sidang kemuncak (Bandaraya Shima, Wilayah Mie), di mana ahli-ahli media dari seluruh dunia akan disediakan dengan butiran mengenai teknologi ini.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Sumber: Eneco Holdings, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.