ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  PROMOSI KAD KELUARAN LUAR NEGARA OLEH UNIONPAY INTERNATIONAL DIALU-ALUKAN OLEH PELANCONG KE DALAM NEGARA

Tuesday 17/05/2016



AsiaNet 64448
 
SHANGHAI, China, 17 Mei, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dengan perkembangan pesat UnionPay di luar negara, terutamanya pelaksanaan strategi penyetempatannya, kad UnionPay sering digunakan oleh pemegang kad di luar negara yang semakin meningkat. Difahamkan pada 9 Mei itu, menjelang akhir suku pertama 2016, jumlah urus niaga kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah perniagaan antarabangsa UnionPay; angka ini pada akhir tahun 2013 adalah hanya 27%. Bilangan transaksi kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara di tanah besar Cina meningkat sebanyak lebih 30% tahun ke tahun.
 
Sehingga kini, lebih 55 juta kad UnionPay telah dikeluarkan di 40 buah negara dan rantau luar negara. Hong Kong, Macau, Jepun, Korea Selatan, Asia Tenggara, dan pasaran-pasaran sepanjang "Satu Jaluran dan Satu Jalan" adalah rantau-rantau utama di luar negara dari segi pengeluaran kad UnionPay. Pasaran-pasaran ini juga merupakan sumber utama pelancong ke dalam China, menurut Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan.
 
UnionPay International memperkayakan perkhidmatan dan keistimewaannya untuk pemegang kad luar negara: Pertama, ia meningkatkan persekitaran penerimaannya di pasaran luar negara dan membesarkan skala pengeluaran kad. Kedua, ia telah membina kawasan-kawasan perniagaan yang diketengahkan di pelbagai bandar-bandar dalam negeri dan mengoptimumkan penyelesaian perdagangan sempadan. Ketiga, ia telah menyediakan keistimewaan dan tawaran eksklusif untuk kad-kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara. Misalnya, ia menawarkan perkhidmatan VIP di 10 Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China di Korea Selatan, Singapura dan Australia.
 
Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International, berkata, "Dengan wawasan UnionPay untuk membina satu 'rangkaian global dan jenama antarabangsa,' kami terus meningkatkan rangkaian penerimaan dan sistem perkhidmatan di luar negara, bukan sahaja memberikan kemudahan pembayaran kepada orang Cina untuk 'pergi ke luar negara' tetapi juga memberi lebih perhatian kepada pengguna di luar negara. UnionPay International akan mengembangkan pengeluaran kad luar negaranya dan membangunkan produk dan perkhidmatan kad yang disesuaikan, untuk menarik lebih banyak pelanggan luar negara ke China, dan untuk menawarkan sokongan dwiarah untuk pertukaran dan kerjasama antara China dan rantau-rantau lain. "
 
Kad UnionPay popular di Hong Kong, Korea Selatan, Singapura, Pakistan, Rusia dan Kazakhstan. Pada suku pertama, perbelanjaan pemegang kad luar negara di Tanah besar China telah meningkat dengan mendadak. Jumlah urus niaga kad UnionPay keluaran  Singapura di China telah meningkat hampir 3 kali, dan kadar pertumbuhan kad UnionPay yang dikeluarkan di Laos, Kemboja dan Australia semuanya meningkat dua kali ganda.
 
Mulai hari ini hingga 31 Oktober, Kedai Bebas Cukai China di lapan lapangan terbang di Guangzhou, Hangzhou, Kunming, Shenyang, Nanjing, Xiamen, Qingdao dan Changsha menawarkan diskaun 10 % untuk kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara bersama keistimewaan lain.
 
Kini, produk dan perkhidmatan kad UnionPay diiktiraf dengan jumlah pelanggan luar negara yang semakin meningkat. Pada suku pertama, jumlah transaksi kad UnionPay keluaran Korea Selatan di Jepun dan Amerika Syarikat telah meningkat lebih dua kali, dan juga kad UnionPay yang dikeluarkan di negara-negara di sepanjang "Satu Jaluran dan Satu Jalan "(Rusia, Pakistan, dan Mauritius, dan lain-lain) di rantau-rantau lain meningkat lebih dua kali ganda.
 
Untuk maklumat lanjut: http://www.unionpayintl.com/
 
Sumber: UnionPay International

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.