ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  YAMAHA MOTOR MAJU KE PASARAN AFRIKA

Monday 16/05/2016



AsiaNet 64414

LAGOS, Nigeria dan IWATA, Jepun, 16 Mei, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Kilang Pemasangan Motosikal Pertama di Nigeria Menandakan Penglibatan Kedua ke Benua Afrika -

Yamaha Motor Co., Ltd. (Tokyo: 7272) hari ini mengumumkan bahawa CFAO Yamaha Motor Nigeria Ltd, sebuah syarikat usaha sama antara Yamaha Motor dan CFAO SA, membuka kilang pemasangan motosikalnya yang pertama di Afrika dalam kawasan Skim Industri Amuwo Odofin di Lagos, Nigeria pada 13 Mei. Kemudahan itu termasuk sebuah bilik pameran yang mempamerkan barisan luas Yamaha Motor untuk produk-produk pengangkutan tanah dan air.

(Foto & Video: http://bit.ly/244rGax)
(YouTube: https://youtu.be/_lUnnRwM4sk)

Ini menandakan penglibatan kedua Yamaha Motor ke Nigeria, serta juga keseluruhan Benua Afrika, berikutan pemberhentian pengeluaran motosikal di Nigeria pada tahun 2005.

Kilang dan bilik pameran akan membantu memenuhi keperluan tempatan untuk pengangkutan tanah dan air, termasuk inisiatif kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian akuatik Nigeria. Pengeluaran dijangka mencecah 70,000 motosikal pada 2018.

Pelawat yang datang ke bilik pameran akan dapat melihat dan membeli pelbagai produk dari barisan Yamaha Motor, seperti enjin sangkut, kenderaan air peribadi, kenderaan lasak, penjana dan pelincir Yamalube, yang semuanya diedarkan di Nigeria secara eksklusif oleh CFAO Yamaha Motor Nigeria .

Yamaha Motor turut mengumumkan dua inisiatif untuk permotoran orang ramai tempatan: Akademi Teknikal Yamaha, yang akan menyediakan latihan dan perkhidmatan sokongan teknikal, dan Akademi Menunggang Yamaha, yang akan menggalakkan keselamatan menunggang motosikal.

Para hadirin di majlis perasmian termasuk Gabenor Lagos Akinwumi Ambode, Presiden Yamaha Motor, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Wakil Hiroyuki Yanagi, dan Pengerusi Kumpulan CFAO Richard Bielle.

CFAO, ahli kumpulan Toyota Tsusho Jepun yang berpangkalan di Paris, mengedarkan produk jenama antarabangsa utama di Afrika. Syarikat itu telah berada dalam perniagaan selama lebih daripada 110 tahun, di mana ia telah membina rangkaian pengedaran yang luas di Nigeria.

Mengenai CFAO Yamaha Motor Nigeria Ltd.
CFAO Yamaha Motor Nigeria Ltd adalah anak syarikat berdaftar kumpulan CFAO dan Yamaha Motor. Ia telah ditubuhkan pada 9 April, 2015. Syarikat itu merupakan pengedar eksklusif produk Yamaha Motor di Nigeria.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Sumber: Yamaha Motor Co., Ltd.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.